Selalunya bila nak pasang plug, rak dapur, bingkai gambar dan sebagainya kita akan gunakan drill untuk buat lubang pada tiles mahupun mozek. Namun nak drill pada permukaan dinding yang licin macam ni, ada ilmu dan caranya yang betul. Jika tidak hasilnya tak kemas serta, pecah dan sompek pula.
Boleh ikut cara betul drill tiles dan mozek seperti yang dikongsikan oleh Alel Sharifuddin ini sebagai panduan;
Tiles subway ni special, permukaan dia licin sangat. Cara ni memang sangat berkesan untuk tile yang permukaannya licin.Moga bermanfaat.
Langkah Drill Tiles Yang Betul
Langkah 1
Gunakan tukul dan paku ‘sedikit’ sahaja di kawasan yang telah ditanda.Tujuannya untuk memberikan laluan kepada mata drill. Kalau terus gunakan mata drill, pasti akan licin/mata tergelincir.
Langkah 2
Gunakan mata drill tiles. Saya beli di hardware RM12.
Langkah 3
Gunakan mode drill, jangan gunakan mode ‘HAMMER’. Itu yang menyebabkan tiles pecah, mata drill tadi hujungnya sudah tajam, tidak perlu tolak mesin kuat-kuat.Layannn je sambil dia buat lubang atas tile.
Ads
Langkah 4
Lepas tile dah berlubang cantik, pakai mata drill tebuk dinding pulak. Kenapa kena tukar? sebab nak jaga mata drill tile. Boleh je nak guna mata drill tu,tapi nanti hujungnya tumpul.SAYANG.
Langkah 5
Ok, lepas dah ada lubang, dah tukar mata, barulah boleh tukar kepada mode HAMMER. Tekan perlahan-lahan juga.
Selalunya dedaun sayuran memang tak tahan lama. Selepas 2-3 hari mulalah layu. Sayang pula, buang begitu saja. Bila nak pakai mulalah tercari-cari.
Biasanya, kalau nak guna dedaun sayuran ini tidaklah banyak mana pun, tapi nak kena beli dalam jumlah yang ditetapkan. Bila simpan dalam peti ais, lama kelamaan akan layu dan kering.
Jadi, macam mana nak pastikan dedaun sayuran yang kadang-kadang digunakan ini tahan lama dan boleh diguna pakai untuk masakan seterusnya.
Inilah yang dikongsikan oleh Yatie Eimra untuk memastikan dedaun sayuran tahan lama. Paling penting tak perlu rendam dalam air pun. Masukkan dalam freezer je.
Kali ini saya kongsikan nak simpan herba/jenis dedaun ni macam kucai, daun kesum, daun kari, daun bawang, daun sup dan sebagainya.
Sebenarnya saya ikut cara mak saya – simpan lengkuas (yang dah dibersihkan & dipotong) dalam freezer supaya tak kering & tahan lama. Saya mula simpan daun macam daun kucai, daun bawang, daun sup, daun kari, daun kesum, cili, halia, serai dan sebagainya.
Yang bagusnya simpan bahagian freezer ni, herba/dedaun tahan lebih lama & tak perlu nak tukar air bagai (bagi yang rendam dalam air). Fridge saya kecik jer tak muat semua nak disimpan dalam botol/letak air..
Dekat 4 tahun gak la saya amalkan simpan dedaun macam ni. Kalau nak simpan dalam freezer ni, ada beberapa perkara yang kena tahu..
1) Walau simpan apa pun kat bahagian freezer, bila keluarkan nanti & defrost, semuanya akan jadi lembik. Contohnya cili merah, lepas keluarkan memang akan lembik sebab segala cecair dalam tu dah dibekukan. Jadi, KELUARKAN SEBELUM NAK GUNA/masak saja. Biasanya saya simpan cili sikit kat bahagian chiller gak untuk tujuan hiasan.
2) Kena guna tisu jenis tahan bila basah (disposable cloth) atau boleh guna kain perca. Tujuannya nak serap wap-wap air yang terbentuk bila simpan lama dalam freezer. Kalau guna tisu dapur biasa mudah koyak & melekat-lekat nanti. Disposable cloth yang saya guna ni, memang mahal sikit, tapi boleh dibasuh semula & keringkan. Lepas tu boleh guna balik.
3) Gunakan bekas kedap udara atau plastik ziplock terutamanya untuk simpan serai & dedaun supaya tak makin kering. Fridge saya kecik, kena guna plastik ziplock untuk jimat ruang. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan plastik ziplock yang besar & asingkan dedaun ikut jenis dalam plastik pembungkus makanan biasa tu jer.. Tapi cili tak simpan dalam plastik ziplock pun takpe sebab tetap akan lembik jugak.
Tip: Sila basuh & tos dulu ye sebelum frozenkan. Lagi bagus kalau biarkan keringkan sikit supaya tak melekat-lekat nanti. Lepas keluarkan tak perlu basuh & boleh terus guna.
P/s: Untuk sayur-sayuran boleh guna plastik ziplock & tisu ni tapi simpan kat bahagian chiller jer. Asingkan ikut portion sekali masak. Untuk simpan carrot, potong bahagian atas (supaya tak tumbuh tunas) & potong kecil. Tukar tisu/kain bila dah basah ye.
1. Halia ni saya potong banyak saiz sebab ada masakan yang perlukan halia dihiris panjang contohnya ayam masak halia.
2. Boleh juga basuh bersih halia & keringkan. Kemudian terus potong kecik & frozen kan. Halia yang baru dikeluarkan dari freezer lagi mudah nak kikis kulitnya.
3. Untuk halia, lengkuas & kunyit hidup saya letak dalam 1 plastik
4. Kucai ni perlu dilipat seperti ini supaya mudah nak ambil 1-1..
5. 1 pokok daun pandan ni saya simpan dalam freezer. Lipat 1-1 supaya mudah nak ambil
6. Masuk dalam plastik pembungkus makanan untuk asingkan jenisnya
7. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan 1 jer saiz besar.
8. Serai ni saya beli dah lama & masih elok.
9. Cara ni juga boleh simpan sayuran, cumanya simpan bahagian chiller.
10. Ada 2 ketul balance carrot. Masih rangup/tak berkulat bila simpan cara ni. Tapi perlu tukar tisu bila dah basah
Mingguan Wanita : Lepas ni, kita masuk dalam freezer. Paling penting tak payah rendam air pun. Tetap tahan lama dan tak kering.
Rupanya dengan melumur minyak dan pakai stokin sebelum memakai ‘boot’ ketika mahu membersihkan rumah akibat banjir dapat membantu mengelakkan kulat air dan kaki kecut. Bukan apa bahagian kaki merupakan antara bahagian yang paling sensitif mudah dijangkiti kulat air dan kecut apabila terendam dengan air, mahupun banjir berjam-jam lamanya.
Ada sahabat kita bagitau, diorang yang dok bersihkan rumah banjir hari-hari, kaki terperam dalam air berlumpur berjam-jam sampai rosak kulit kaki dan naik kulat air.
Allah..
Gini..KD share sikit..
Sebelum mulakan kerja membersih, samada basah atau tidak, sila lumurkan kaki dengan minyak. Minyak kelapa boleh, minyak zaitun pun ok. Lepas tu pakai stokin, baru pakai boot.
Kalau tak buat kerja tolak air, kaki akan basah juga sebab berpeluh dalam boot tu. Keadaan lembap gitu banyak bakteria membiak.
Stokin pakai tau. Kalau tak pakai, boleh akibatkan melecet, kaki lebih cepat berpeluh.
Stokin dan minyak zaitun atau minyak kelapa ialah antara barang kalian boleh sumbangkan buat mangsa banjir.
Mana KD tau petua ni?
Masa training dalam hutan dulu kami pakai spike boot. Selalunya akan basah lah sebab harung sungai, berhujan berpanas. Lebih seminggu dok peram kaki macam tu. Tahun pertama training memang tak reti lagi. Rosak kaki. Lama nak sembuh.
Lepas dah pandai sikit, kami pun pakai minyak bawang putih. Lumur kat kaki sebelum sarung stokin. Minyak ni elak kulat air, elak kaki kecut selepas berminggu basah dalam boot.
Pakai minyak masak kelapa sawit aje.
Cara nak buat minyak bawang putih -grill atau bakar bawang putih, pastu lenyekkan, bubuh dalam botol yang berisi minyak masak. Memang kuat bau bawang putih tu. Tapi demi menjaga kesihatan kaki, layan kan aje.
Pastu masa training dalam hutan tu, bila ada masa, buka boot, keringkan kaki dan tabur bedak askar (tak tahu lah brand apa nak pakai kalau bedak lain), supaya kaki betul-betul kering. Kalau nak gerak semula baru sapu buang balik bedak tu, lumur minyak, pakai stokin baru dan sarung semula boot. Jalan..
Jaga tau kulit kaki korang. Kulit kaki siap boleh lekang gitu aje kalau kulit dah kecut sangat. Kulat air toksah cerita lah. Keluar hutan siapla merenyam gatal celah-celah jari kaki tu.
Gitulah. Ada la sikit pengalaman tu.
Moga bermanfaat. Selamat Mencuba!
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian petua dan tip ini bermanfaat, terutamanya yang sedang dalam proses membersihkan rumah akibat banjir. Cara ini boleh mengelakkan kulat air dan kaki kecut kerana terendam lama dalam air.
Pokok pisang memang banyak kegunaannya. Baik daripada daun, buah, batang, umbut, jantung dan sebagainya. Nak tanam pokok pisang pula ada caranya tersendiri, baru pokok hidup subur, daunnya sihat dan berbuah lebat.
Rupanya dengan menanam pokok pisang kaedah terbalik, boleh memperbanyakkan anak pokok dan pisang berbuah lebih rendah. Bagi yang nak ada tanah dan kawasan di rumah boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh Joran Sempoi ini.
Atas permintaan sahabat malam tadi minta share gambar-gambar cara tanam pisang terbalik. Hasil tanam kaedah terbalik ini boleh banyakkan anak pokok dan katanya pokok berbuah lebih rendah.
1. Potong batang pisang rapat ke pangkal umbi.
2. Buang semua akar-akar halus dan bersihkan dengan air.
3. Begini keadaan setelah dibuang akar-akar halus.
4. Masukkan dalam keadaan terbalik.
5. Hasilnya 2 anak sulur sudah kelihatan.
6. 3 anak sulur. Tak ingat bila tarikh tanam. Kalau tak silap tak sampai sebulan. Siram pagi dan petang.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian tanam pokok pisang kaedah terbalik ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang ada tanah nak tanam pokok pisang boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Pastikan tanam secara terbalik baru anak pokok banyak dan pisang berbuah rendah.