Tak sangka tanam pokok kunyit dalam tayar, menjadi sungguh hasilnya. Bersusun isi, memang puas hati berbaloi. Bukan apa, kunyit antara ramuan yang kita selalu gunakan dalam masakan dan di dapur. Baik kunyit hidup mahupun serbuk kunyit.
Jika rajin bercucuk tanam, boleh cuba tanam sendiri pokok kunyit dalam tayar terpakai, ikut panduan seperti yang dikongsikan oleh Razak Adomini.
Tanam kunyit dalam 2 biji tayar. Setiap tayar 6-7 pokok. Alhamdulillah..Inilah hasilnya selepas lebih 6 bulan tanam.
Antara tip tanam pokok kunyit isi banyak bersusun sebagai panduan;
1. Guna tayar kereta biasa saiz 14. Potong dengan pisau dapur pun boleh. Bahagian tepi tayar takde dawai, pisau mesti cukup tajam. Kemudian terbalikkan yang luar ke dalam.
2. Bila semua pokok sudah mati, sedia untuk dituai.Masa ni isi kunyit dah cukup matang.
3. Hasil tayar no 2 selepas lebih 6 bulan.
4. Kemudian terbalikkan tayar dan tembak air. Saya guna baja asli tahi kambing (sebaiknya guna yang dah reput), tanah bakar, pasir. Gaul sekali semasa mula tanam.
Ads
5. Hasil tayar no 1
Saya tak jual, untuk kegunaan sendiri sahaja. Berbagi dengan jiran-jiran, adik beradik dan buat buah tangan tetamu yang tersinggah je.
Mingguan Wanita: Seronok nya lihat hasil kunyit ni. Walaupun hanya tanam pokok kunyit ni dalam tayar, namun menjadi betul. Bersusun isinya puas hati dan berbaloi sungguh!
Selalu bila api dapur warna oren, tandanya gas nak habis. Lepas tu mulalah bahagian punggung kuali atau periuk mula hitam. Satu hal untuk bersihkan pula.
Tapi bagaimana kalau gas dah tukar baru tapi api dapur tetap warna oren, tak seperti selalunya berwarna biru. Apa perlu buat? Mulalah mak-mak terfikir dapur pula ada masalahnya. Nak kena beli yang baru pula.
Sebab api dapur warna oren terus ingat dapur gas rosak dan terus nak tukar baru. Jangan menggelabah. Ada cara yang boleh bantu mak0mak untuk tukarkan kepada warna biru seperti biasa.
Boleh cuba buat cara yang dikongsikan oleh Puan Sharina Othman ini. Tengok-tengokkan bahagian bawah dapur gas mak-mak itu. Ada caranya.
Selalunya dedaun sayuran memang tak tahan lama. Selepas 2-3 hari mulalah layu. Sayang pula, buang begitu saja. Bila nak pakai mulalah tercari-cari.
Biasanya, kalau nak guna dedaun sayuran ini tidaklah banyak mana pun, tapi nak kena beli dalam jumlah yang ditetapkan. Bila simpan dalam peti ais, lama kelamaan akan layu dan kering.
Jadi, macam mana nak pastikan dedaun sayuran yang kadang-kadang digunakan ini tahan lama dan boleh diguna pakai untuk masakan seterusnya.
Inilah yang dikongsikan oleh Yatie Eimra untuk memastikan dedaun sayuran tahan lama. Paling penting tak perlu rendam dalam air pun. Masukkan dalam freezer je.
Kali ini saya kongsikan nak simpan herba/jenis dedaun ni macam kucai, daun kesum, daun kari, daun bawang, daun sup dan sebagainya.
Sebenarnya saya ikut cara mak saya – simpan lengkuas (yang dah dibersihkan & dipotong) dalam freezer supaya tak kering & tahan lama. Saya mula simpan daun macam daun kucai, daun bawang, daun sup, daun kari, daun kesum, cili, halia, serai dan sebagainya.
Yang bagusnya simpan bahagian freezer ni, herba/dedaun tahan lebih lama & tak perlu nak tukar air bagai (bagi yang rendam dalam air). Fridge saya kecik jer tak muat semua nak disimpan dalam botol/letak air..
Dekat 4 tahun gak la saya amalkan simpan dedaun macam ni. Kalau nak simpan dalam freezer ni, ada beberapa perkara yang kena tahu..
1) Walau simpan apa pun kat bahagian freezer, bila keluarkan nanti & defrost, semuanya akan jadi lembik. Contohnya cili merah, lepas keluarkan memang akan lembik sebab segala cecair dalam tu dah dibekukan. Jadi, KELUARKAN SEBELUM NAK GUNA/masak saja. Biasanya saya simpan cili sikit kat bahagian chiller gak untuk tujuan hiasan.
2) Kena guna tisu jenis tahan bila basah (disposable cloth) atau boleh guna kain perca. Tujuannya nak serap wap-wap air yang terbentuk bila simpan lama dalam freezer. Kalau guna tisu dapur biasa mudah koyak & melekat-lekat nanti. Disposable cloth yang saya guna ni, memang mahal sikit, tapi boleh dibasuh semula & keringkan. Lepas tu boleh guna balik.
3) Gunakan bekas kedap udara atau plastik ziplock terutamanya untuk simpan serai & dedaun supaya tak makin kering. Fridge saya kecik, kena guna plastik ziplock untuk jimat ruang. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan plastik ziplock yang besar & asingkan dedaun ikut jenis dalam plastik pembungkus makanan biasa tu jer.. Tapi cili tak simpan dalam plastik ziplock pun takpe sebab tetap akan lembik jugak.
Tip: Sila basuh & tos dulu ye sebelum frozenkan. Lagi bagus kalau biarkan keringkan sikit supaya tak melekat-lekat nanti. Lepas keluarkan tak perlu basuh & boleh terus guna.
P/s: Untuk sayur-sayuran boleh guna plastik ziplock & tisu ni tapi simpan kat bahagian chiller jer. Asingkan ikut portion sekali masak. Untuk simpan carrot, potong bahagian atas (supaya tak tumbuh tunas) & potong kecil. Tukar tisu/kain bila dah basah ye.
1. Halia ni saya potong banyak saiz sebab ada masakan yang perlukan halia dihiris panjang contohnya ayam masak halia.
2. Boleh juga basuh bersih halia & keringkan. Kemudian terus potong kecik & frozen kan. Halia yang baru dikeluarkan dari freezer lagi mudah nak kikis kulitnya.
3. Untuk halia, lengkuas & kunyit hidup saya letak dalam 1 plastik
4. Kucai ni perlu dilipat seperti ini supaya mudah nak ambil 1-1..
5. 1 pokok daun pandan ni saya simpan dalam freezer. Lipat 1-1 supaya mudah nak ambil
6. Masuk dalam plastik pembungkus makanan untuk asingkan jenisnya
7. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan 1 jer saiz besar.
8. Serai ni saya beli dah lama & masih elok.
9. Cara ni juga boleh simpan sayuran, cumanya simpan bahagian chiller.
10. Ada 2 ketul balance carrot. Masih rangup/tak berkulat bila simpan cara ni. Tapi perlu tukar tisu bila dah basah
Mingguan Wanita : Lepas ni, kita masuk dalam freezer. Paling penting tak payah rendam air pun. Tetap tahan lama dan tak kering.
Selepas air banjir surut, proses membersihkan rumah dari air bertakung dan lumpur memang cukup melelahkan. Ada yang berkali-kali terpaksa berulang alik membuang air keluar dari rumah. Nak guna peralatan seperti ‘waterjet’ pula tiada, malah sumber elektrik juga masih belum berfungsi.
Sebenarnya ada cara untuk mudahkan kerja pembersihan ini, sekaligus dapat membantu membuang lumpur dan air bertakung terus keluar dari rumah, tanpa perlu berulang alik seperti biasa.
Kepada mangsa banjir saya kongsikan cara mudah untuk buang air yang bertakung dalam rumah.
Baldi (Ditebuk lubang pada lantainya ikut saiz getah paip)
Getah paip atau poli pipe
Karung sampah saiz besar yang ditebuk lubang pada bahagian bawah ikut saiz paip.
2 buah Kerusi
1. Masukan hujung paip dari bawah baldi dan terus masukan pada lubang plastik sampah tadi. Ikat plastik tadi pada getah paip.
2. Tarik getah paip supaya plastik duduk dalam baldi. Hujung satu lagi getah paip bawa ke luar rumah.
3. Kemudian, letak baldi atas 2 kerusi .
4. Setelah itu, boleh cedok air banjir tuang ke dalam plastik yang berada dalam baldi tadi.
5. Tadaaa… air mengalir mengikut getah terus dan terus keluar. Jadi tak perlu angkut air keluar dari rumah lagi.
6. Pastikan terus kocak air dalam rumah, supaya lumpur tak mendap. Nanti bila air habis, lumpur tak ada dah sebab semua dah sebati dengan air yang dibuang tadi. Saya guna polypipe sebab senang nak ikat plastik tadi.
Tentu ada yang tanya kenapa guna karung plastik, sebabnya itu cara yang paling murah cepat dan tidak rumit dari menggunakan ebow soket white tape, spana bagai.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian idea untuk buang air bertakung dan lumpur terus keluar dari rumah ini bermanfaat, sekaligus membantu dalam memudahkan kerja pembersihan selepas banjir.