Majlis resepsi kenduri perkahwinan yang sepatutnya diadakan di dewan terpaksa dibatalkan sebaliknya pengantin memilih untuk bersedekah lauk kenduri di pusat pemindahan banjir. Murni sungguh pasangan pengantin, keluarga dan katerer yang terlibat dalam menyumbang dalam memberi makanan kepada mangsa banjir yang memerlukan di lembah Klang ini.

Bukan apa, hujung tahun selalunya di penuhi dengan majlis kenduri kahwin, namun gara-gara bencana banjir, perancangan asal majlis di lokasi sepatutnya terpaksa dibatalkan.

Majlis Resepsi Perkahwinan Terpaksa Dibatalkan

Menerusi perkongsian TikTok @erinerene, majlis perkahwinan pasangan pengantin tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab banjir. Mereka memutuskan membuat agihan makanan lauk kenduri kahwin di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Meru, Klang, Selangor.

Majlis Resepsi Dibatalkan, Pengantin Sedekah Lauk Kenduri Di Pusat Pemindahan Banjir

Malah pihak catering juga turut turun padang memberi 300 pax makanan buat orang ramai.

Majlis Resepsi Dibatalkan, Pengantin Sedekah Lauk Kenduri Di Pusat Pemindahan Banjir

@erinereneMkn lauk kenduri majlis dibatalkan. Mkn dkt pusat memindahan banjir Meru, klang. Tq katering GGH ##banjir ##banjirklang ##merubanjir ##mangsabanjir♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

IKLAN

Perkara tersebut mendapat perhatian ramai yang terharu dengan tindakan prihatin pengantin, malah ramai juga pada masa yang sama mendoakan semoga perkahwinan pasangan ini dirahmati.

Antaranya:

Mima Laily
“Pasangan ini memulakan sesuatu yang membuka jalan keberkatan besar buat rumahtangga mereka kelak..takbir!”

chantek
Disebalik dugaan, Allah limpah rezeki pahala buat pengantin. Alhamdulilah semoga kekal ke jannah

Broken Angel
Ya Allah.. Lebih besar pahala jika sedekah ketika amat diperlukan. Tahniah pengantin dan keluarga. Allah pilih hambanya yang bertuah untuk berbuat baik.

IKLAN

Solihin
Tahniah pihak catering.Percayalah anda akan dapat keuntungan yang berlipat ganda.Kepada pihak pengantin,Semoga berbahagia selalu!

Ell
InshaAllah sakinah mawaddah warahmah rumahtangga kalian dimulakan hubungan dengan penuh barokah.

Adimus Putra Yamin
Selamat Pengantin Baru.Semoga berkekalan hingga syurga cinta Allah, sesungguhnya kalian bertuah dapat doa kesyukuran dari mangsa banjir.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
JANGAN Hidupkan Enjin Kereta Selepas Ditenggelami Banjir, Elak Kerosakan Lebih Teruk!

Panduan Ringkas Cara Claim Insurans Kereta Bila Ditenggelami Banjir

Mingguan Wanita: Tahniah buat pengantin sekeluarga dan pihak katering. Semoga mendapat keberkatan dalam memulakan rumahtangga dan dilipat gandakan lagi rezeki apabila membantu golongan yang memerlukan. Terbaik!

Sumber: TikTok erinerene

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI