“Hati Saya Dah Berpunya, Tak Berminat Nak Cari No 2,” itu antara reaksi daripada Menteri Kewangan, Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz,48 apabila namanya dikaitkan⠀oleh janji manis scammer.

Ia susulan berita seorang wanita sanggup mengeluarkan ‘modal’ RM4,200 demi memenuhi hasratnya menjadi isteri seorang ‘menteri’ yang dikenali melalui laman sosial Facebook, awal bulan ini.

Mangsa berusia 59 tahun yang bekerja sebagai guru tadika itu juga dijanjikan hadiah wang tunai RM1 juta dan sebuah kereta mewah jenis Rolls-Royce sekiranya bersetuju untuk menjadi isteri lelaki itu.

“Hati Saya Dah Berpunya, Tak Berminat Nak Cari No 2,” Menteri Kewangan⠀

Nasihat Jangan Mudah Terpedaya

Dalam perkongsian di Instagram, Tengku Zafrul nyata berasa terkejut apabila ada pihak menabur janji manis dan yang mengaku sebagai ‘Menteri Kewangan’. Beliau turut menasihatkan agar wanita tidak mudah terpedaya dengan penipuan yang dilakukan.

“Saya terkejut bila baca ada wanita terpedaya dengan janji-janji manis scammer yang mengaku Menteri Kewangan sehingga menyerahkan wang sebanyak RM4,200.”⠀

“Saya minta semua di sana berhati-hati dengan pelbagai scam di luar sana. Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan. Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali.”ujarnya.⠀

Tak Berminat Cari Isteri No 2

Disamping itu, ayah kepada empat orang cahaya mata ini juga menjelaskan bahawa dirinya tidak berminat untuk berkahwin lain (poligami) malah tak perlu sama sekali menerima ‘tawaran cinta’ untuk menjadi ‘isterinya’.


“Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah. Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari no 2.” ⠀

“Pesanan ini juga khas untuk isteri saya,” ujar beliau.

IKLAN

“Hati Saya Dah Berpunya, Tak Berminat Nak Cari No 2,” Menteri Kewangan⠀

Untuk makluman, Tengku Zafrul telah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datin Sri Johanna, yang juga seorang kerabat diraja Selangor-Negeri Sembilan. Pasangan bahagia ini juga dikurniakan dengan empat orang cahaya mata bernama Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.⠀

 Baca Lagi Di Sini:

Gara-Gara Nak Jadi Isteri ‘Menteri’, Rugi RM4,200 BAYAR ‘Yuran Proses Perkahwinan’!

Nak Masak ‘Breakfast’ Tak Sempat, Tengku Zafrul Usahakan ‘Lunch’ Di Rumah, Raikan Birthday Isteri!

IKLAN

Mingguan Wanita: Semoga penerangan ini memberi penjelasan buat wanita, mahupun sesiapa sahaja agar jangan mudah percaya dengan segala ‘janji manis’ yang ditawarkan.

Sumber: Instagram tzafrul_aziz

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

IKLAN

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI