Ads

“Sesak Dada Lepas Layan”, Astro Originals Good Boys Go To Heaven Cetus Gelombang Reaksi Jarang Berlaku

Astro Originals Good Boys Go To Heaven baru sahaja menayangkan episod pertamanya, tetapi impak drama thriller psikologi ini sudah mula terasa luar biasa di media sosial.

Tidak sampai 96 jam waktu tayangan, media sosial dibanjiri komen-komen luar biasa. Bukan sekadar pujian biasa tetapi perbualan yang sarat dengan emosi, persoalan dan rasa tidak tenang yang sukar diketepikan. Ramai juga tertanya-tanya, siapa yang membunuh Ahyan dan kesakitan ditanggung kanak-kanak ini ketika ajal menjemputnya.

“Sesak Dada Lepas Layan”

Paling mencuri perhatian apabila seorang petugas kesihatan berkongsi di Threads bagaimana episod pertama drama itu membuatkan dia kembali teringat kepada kes kanak-kanak yang pernah dikendalikan sendiri. Pengakuan tersebut terus mengundang pelbagai lagi reaksi emosi daripada penonton lain yang mengaku drama ini meninggalkan rasa “berat” dan sukar dilupakan.

Ada ibu bapa yang tanpa sedar terus memeluk anak selepas episod tamat. Reaksi sebegini jarang kita lihat dan mungkin di situlah terletaknya keistimewaan Siri Astro Originals, Good Boys Go To Heaven.

“Sesak Dada Lepas Layan”, Astro Originals Good Boys Go To Heaven Cetus Gelombang Reaksi Jarang Berlaku
Seorang petugas hospital bertugas berkongsi pengalaman menguruskan jenazah kanak-kanak selepas drama thriller Good Boy Go To Heaven menemui penonton

Threads mula dipenuhi dengan teori, persoalan dan rasa curiga terhadap setiap karakter dalam cerita ini.

“Tak ada siapa nampak innocent.”
“Aku rasa semua orang simpan rahsia.”
“Drama ni buat aku trust nobody.”

“Sesak Dada Lepas Layan”, Astro Originals Good Boys Go To Heaven Cetus Gelombang Reaksi Jarang Berlaku
Ramai tertanya-tanya siapa membunuh Ahyan
“Sesak Dada Lepas Layan”, Astro Originals Good Boys Go To Heaven Cetus Gelombang Reaksi Jarang Berlaku
Lakonan Zahirah MacWilson cukup mengesankan sehingga ramai tak sabar menunggu episod seterusnya. Kredit photo :- Threads@ZahirahMacWilson.

Hanya dengan SATU episod, Good Boys Go To Heaven sudah berjaya membuatkan penonton jadi “detektif” sendiri. Ramai mula replay semula dialog, memerhati setiap riak wajah dan mencari klu kecil yang mungkin terlepas pandang.

Dan satu persoalan kini mula menghantui ramai penonton:

“Sesak Dada Lepas Layan”, Astro Originals Good Boys Go To Heaven Cetus Gelombang Reaksi Jarang Berlaku

Ads

Siapa sebenarnya pembunuh Ahyan?

Astro SHAW berjaya mengadun drama ini dengan cermat dan kemas. Karya Mira Mustaffa begitu mencengkam setiap emosi kali ini. Drama ini tidak bergantung kepada jumpscare murahan atau adegan melampau untuk membuat penonton takut. Sebaliknya, ia bermain dengan emosi, sunyi dan trauma secara perlahan hingga meninggalkan rasa tidak selesa yang melekat lama di kepala.

Siri ini tidak memaksa rasa takut dan tidak menjerit untuk mengejutkan penonton. Ia menyusup perlahan, meninggalkan ketidakselesaan yang menetap lama di hati.

Lakonan Beto Kusyairy dan Zahirah MacWilson pula menjadi antara kekuatan utama yang diperkatakan. Kesedihan yang dipaparkan terasa begitu nyata sehingga penonton terlupa mereka sedang menyaksikan sebuah lakonan.

“Sesak Dada Lepas Layan”, Astro Originals Good Boys Go To Heaven Cetus Gelombang Reaksi Jarang Berlaku
Emosi ok tak tu? Pelakon utama drama Good Boys Go To Heaven, Zahirah Macwilson turut berkongsi mengenai drama ini- Kredit threads@zahirahmcwilson

Dalam masa sama, ramai mula membandingkan Good Boys Go To Heaven dengan psychological crime drama antarabangsa dan K-drama premium kerana visualnya yang dark, kemas dan penuh detail emosi.

Malah poster rasmi drama ini juga dipuji kerana tampil minimal tetapi cukup kuat membawa rasa misteri dan kehilangan tanpa perlu terlalu “menjerit” untuk mencuri perhatian.

Ads

“Sesak Dada Lepas Layan”, Astro Originals Good Boys Go To Heaven Cetus Gelombang Reaksi Jarang Berlaku

“Sesak Dada Lepas Layan”, Astro Originals Good Boys Go To Heaven Cetus Gelombang Reaksi Jarang Berlaku
Gandingan mantap pelakon terbaik Malaysia seperti Beto Kusyairi dan Zahirah MacWilson membuatkan ramai tak sabar menunggu episod seterusnya

Kalau episod pertama pun sudah berjaya buat ramai penonton overthinking dan mula mencipta teori sendiri, nampaknya misteri sebenar Good Boys Go To Heaven baru sahaja bermula.

Memasuki minggu kedua, misteri pembunuhan Ahyan semakin meresahkan. Setiap teori membawa lebih banyak persoalan. Setiap episod menuntut perhatian penuh.Selepas seminggu lebih tayangan, media sosial dibanjiri komen-komen luar biasa. Bukan sekadar pujian biasa tetapi perbualan yang sarat dengan emosi. Saksikan Good Boys Go To Heaven di Astro One dan Sooka.

 

Ads

 

Anda mungkin berminat dengan

 

 

 

 

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Perbezaan merisik meminang bertunang bernikah

Ini Perbezaan Merisik, Meminang, Bertunang & Bernikah Dalam Adat Melayu, Ramai...

Ketahui perbezaan merisik meminang bertunang bernikah dalam adat Melayu lengkap dengan maksud, tujuan dan susunan sebenar sebelum berkahwin.