Kehamilan merupakan momen indah dalam kehidupan seorang wanita bergelar isteri. Begitu juga buat pelakon, Izreen Azminda di mana baru-baru ini dia mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak keempat dengan usia kandungan telah pun memasuki trimester kedua.
Menurut Izreen, 39, kandungan kali ini agak berbeza kerana berasa cepat letih berbanding kehamilan anak-anak sebelum ini.
“Mungkin dalam keadaan berbadan dua dan pada masa sama harus menguruskan anak-anak yang masil kecil serta sedang lasak. Selain itu, semuanya okey sahaja,” kata Izreen memetik perkongsian di laman Instagram miliknya.
Dalam melahirkan keterujaan hamil kali keempat, Izreen sempat menitipkan doa buat wanita yang sedang cuba untuk hamil dan mendapat zuriat untuk keceriaan rumahtangga.
‘Kami doakan buat ampa semua pejuang-pejuang TTC (Trying To Conceive) supaya dikurniakan malaikat-malaikat kecil satu hari nanti, InsyAllah.. Doa itu senjata,” ujarnya.
Disoal tentang jantina, Izreen yang merupakan ibu kepada tiga orang anak lelaki tidak mengharap untuk memiliki cahaya mata perempuan, sebaliknya menyerahkan semuanya kepada rezeki.
“Saya tidak kisah soal jantina anak, asalkan anak sihat sudah memadai buat saya,” kongsi Izreen.
Ads
Terdahulu, Izreen membuat pengumuman kehamilan anak keempat menerusi Instagram berserta foto yang memaparkan fizikal sedang hamil bersama tiga anaknya.
Izreen mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pemuzik bebas, Ude Wahid pada 8 Ogos 2017 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, Aaron Ibrahim, 5, dan Ali Idress, 3.
Sementara itu, menerusi perkahwinan pertamanya dengan pengarah, Muhammad Riza Baharudin, Izreen mempunyai seorang anak lelaki, Adrian Umar, 11.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sinonim mengacarakan program masakan hampir lima tahun telah membuka puluang buat usahawan dan pengacara Karl Shafek dipilih sebagai duta bagi pesta makanan, MAHA BUFFET 2024 anjuran Restoran Mak Kimbong dan Experiment Kitchen.
Karl yang juga merupakan bekas peserta program Masterchef Selebriti Malaysia itu akan memasak sendiri hampir 10 menu khas selain 200 menu gabungan yang akan disajikan buat para pengunjung.
“Saya akan bersama program MAHA BUFFET sepanjang bulan Ramadan. Saya akan berada di MAEPS hampir setiap hari.
“Sebagai duta, saya juga akan memasak sendiri hampir sepuluh menu. Para pengunjung berpeluang meresa air tangan saya,” ujar Karl yang turut berkongsi pengalaman berharga mengacarakan sebuah rancangan memasak kira-kira lima tahun yang lalu sekaligus banyak memberikan pengalaman buat dirinya mempelajari ilmu memasak dari segenap pelusuk kampung di tanahair dan negara-negara jiran antaranya termasuklah Thailand dan Indonesia.
“Sebelum ini, saya mempunyai sebuah rancangan tv yang berjudul Aroma Tradisi di sebuah stesyen televisyen swasta. Jadi saya punyai hampir 400 resipi tradisi yang boleh dibukukan bila-bila masa sahaja.
Sepanjang lima tahun, saya kerap masuk ke kawasan kampung seluruh Malaysia termasuk Thailand dan Indonesia. Mereka juga ada mengajar saya memasak menu yang tidak ditunjukkan di TV,” ujarnya lagi.
Menurut Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, dia sering menyediakan menu istimewa buat para para pekerjanya hampir setiap malam.
“Walaupun saya bukan pembikin konten masakan, tapi hari-hari saya masak di rumah. Saya jarang makan di luar sebab saya suka makan masakan sendiri.
“Saya ini orang kampung jadi masakan saya ini memang selalunya menu kampung,” katanya ketika majlis sidang media baru-baru ini. Karl turut menyediakan menu istimewa ayam masak merah untuk dinikmati oleh rakan-rakan media yang hadir di majlis tersebut.
Anak ketiga daripada empat beradik yang terdiri dari kesemua lelaki ini turut berkongsi bagaimana dirinya mula belajar memasak seawal usia sekolah rendah kerana sering membantu ibunya di dapur.
“Ibu saya dahulu punyai bisnes katering. Adik-beradik kesemua lelaki jadi kami sudah dibiasakan dengan situasi membantu ibu memasak di dapur”-KARL SHAFEK.
Dari kecil sudah disuruh mengupas bawang dan sebagainya jadi tak kekok untuk membuat tugas-tugas memasak itu.
Kami juga biasa mengambil tempahan pelbagai kenduri terutamanya majlis perkahwinan. Saya sudah biasa masak dalam kondisi yang banyak. Kalau saya tak sempat, staf yang akan memasak tetapi menggunakan menu saya,” ujarnya lagi.
Sementara itu, pemilik Restoran Mak Kimbong, Khairul Amilin Abdul Rahman berkata, pelbagai hiburan bersesuaian turut diatur antaranya persembahan di pentas utama.
“Maha Buffet 2024 bakal menjadi lokasi himpunan makanan terbesar di Malaysia selain komited untuk memberi kepuasan kepada pelanggan menikmati pelbagai juadah istimewa.
“Istimewa lagi, Maha Buffet 2024 turut memberi peluang kepada pelanggan untuk menerima pelbagai hadiah cabutan bertuah setiap hari antaranya barangan elektrik, voucher beli belah, tiket penerbangan dan hadiah utama merupakan kereta misteri yang akan diberikan pada minggu pertama Maha Buffet berlangsung,” katanya.
Tambah Khairul lagi, pihaknya juga amat mengalu-alukan tajaan tunai dan infaq daripada individu mahupun pihak korporat yang akan digunakan untuk membawa anak-anak yatim, orang kurang bernasib baik serta badan kebajikan menikmati hidangan kami”.
Tempahan untuk slot menikmati juadah di Maha Buffet kini dibuka dengan harga serendah RM 49.90 (kanak-kanak) dan RM89.90 (dewasa).
Bagi harga tempat duduk VIP (pelbagai keistimewaan) adalah RM 149.90 (dewasa) dan RM 89.90 (kanak-kanak).
Namun anda boleh berjimat sehingga RM 10 lebih rendah dari harga asal jika membuat tempahan awal sebelum 29 Februari 2024.
Abby Abadi titip kata semangat, “lawan semua dengan doa, Mama Love. Ramai memperkatakan tindakan anak kedua Abby Abadi yang didakwa memilih suami orang dan menjadi isteri kedua.
Dakwaan Marissa Dania Hakim memilih Aslam sebagai pasangan hidup dan berkahwin di Songkhla tanggal 27 Disember tahun lalu dilihat satu tindakan mengejutkan kerana kesnya pernah hangat diperkatakan sebelum ini.
Dikatakan kedua ibu bapanya, Norman Hakim dan Abby Abadi ada meminta pasangan ini untuk berpisah namun keduanya enggan berbuat demikian.
Kisah pasangan ini mula menjadi bualan apabila satu perkongsian kakak ipar Aslam iaitu Nadiah Mazlan di Instagran Stories (IGs) seolah-olah mengesahkan khabar angin yang mendakwa lelaki itu berkahwin dengan anak Marissa apabila memuat naik babak drama Layang-Layang Perkahwinan tentang suami yang berkahwin dua tanpa izin isteri pertama selain menggambarkan adiknya dalam kesedihan apabila memuat naik quote sedih.
Dalam pada itu, di instagram Marissa Dania, anak kedua ini dilihat masih aktif seperti biasa tanpa membuka ruangan komen. Sementara itu di IGs Abby Abadi pula, dirinya memuat naik pelbagai kata dan doa termasuk perihal ghibah atau disebut juga sebagai mengumpat kurang 24 jam lalu.
Mungkin menyedari kisah anaknya menjadi tumpuan ramai hari ini dan masih mengunci mulut akan dakwaan anaknya sudah bernikah di Thailand, perkongsiannya di IGs mengundang persoalan.
Abby menulis “Bismillahirohmanirohim. “Lawan Semua Dengan Doa, Mama dan memberikan tanda emoji love. Tidak pasti kata-katanya ini ditujukan kepada siapa dan ianya amat ringkas.
Sementara itu di IG Norman Hakim, dirinya berkongsi rutin sebagai bapa apabila memuat naik empat anaknya tanpa adanya Marissa di dalam video berkenaan.
Tulisnya, “In shaa Allah hari ni anak-anak last day sekolah kat @abedeen.academy private & international school. Esok anak-anak dah start cuti raya cina. Betul ke?😅Ke @abedeen.academy je yang start cuti esok? Semua start cuti esok jugak,kan?
Anyway yang plan nak balik kampung,rancang perjalanan betul2 k utk elak kita ‘membesar’ dalam jem😂Kita orang lawan arus kot sbb weekend ni banyak lagi photoshoot raya nak kena settlekan utk @normey.hq pastu baru boleh plan🤘🏻
Alhamdulillah syukur nikmat,semoga kita semua sentiasa didalam jagaan & lindunganNya. Salam Israk & Mikrak tulisnya.
Di ruangan komen, ramai memuat naik kata-kata semangat buat keluarga ini di atas ujian dilalui.
Marissa – Aslam didakwa kahwin di Thailand 17 Disember lalu, nilah ketika isteri pertama mengerjakan umrah. Nampaknya cinta mengatasi segalanya biarpun berstatus isteri kedua.
Inilah yang terjadi kepada anak kedua Norman Hakim dan Abby Abadi yang memilih menjadi isteri kedua kepada Aslam, lelaki yang pernah dikecohkan bersamanya sebelum ini. Dan lebih mengejutkan, pasangan ini di dakwa memilih bernikah di Selatan Thailand pada 17 Disember lalu.
Memetik laporan Oh Bulan, kakak ipar kepada lelaki dikenali sebagai Aslam yang dikaitkan dengan Marissa Dania Hakim mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan pempengaruh media sosial itu di Songkla, Thailand pada Disember lalu.
Wanita dikenali sebagai Nadiah Mazlan itu mededahkan secara ringkas, laporan media mengenai berita pernikahan itu adalah tepat.
“Ya betul (Marissa dan Aslam) nikah di Thailand. Cerita sama macam apa yang dihebahkan,” jawapnya ringkas.
Terdahulu, berita pernikahan anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi itu heboh diperkatakan sejak petang semalam.
Marissa dan Aslam yang masih berstatus suami dan bapa kepada dua cahaya mata itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isterinya, Misya Mazlan sedang menunaikan umrah.
Pada September lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.
Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suaminya. Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh idah.
MStar turut melaporkan, Norman dan Abby ada meminta agar kedua pasangan ini berpisah kerana keduanya belum mendaftarkan lagi pernikahan ini di Malaysia namun didakwa keduanya enggan berbuat demikian.
“Satu pertemuan keluarga ada dibuat selepas mereka bernikah di Thailand. Keluarga Marissa tidak setuju dengan pernikahan ini dan minta keduanya berpisah.
Misha dan Marissa kini bermadu namun didakwa hubungan Aslam dan isteri pertama kembali retak selepas kehadiran Marissa.
Sementara itu, BH Online melaporkan, Marissa yang juga anak kedua daripada tiga beradik dilihat tidak lagi mengikuti ibu bapanya dalam laman sosial.
Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati Abby masih lagi mengikuti akaun Instagram Marissa, tetapi Norman sudah menyahikut akaun anaknya. Sumber :- Oh Bulan, MStar & BH Online.