Dato Sarimah Ahmad pernah diuji kanser usus, PMX beri sumbangan buat legenda filem klasik. Pasti ramai mengingati lakonan berkesan seniwati negara, Dato Sarimah Ahmad.

Wajahnya yang cantik membuatkan generasi yang lahir tahun 70-an, pasti pernah menonton filem klasik lagenda  terutamanya Ali Baba Bujang Lapok, Madu Tiga, Ibu Mertuaku, dan Tiga Abdul dan lain lagi.

Dato Sarimah Ahmad Pernah Diuji Kanser Usus

Namun dua tahun lepas, kesihatan seniwati berusia 82 tahun ini dilaporkan agak merosot apabila diuji dengan kanser usus tahap 3 dan selamat menjalani pembedahan. Terkini dirinya sudah pulih dan bebas dari kanser tersebut.

Dato Sarimah Ahmad Pernah Diuji Kanser Usus, PMX Beri Sumbangan Buat Legenda Filem Klasik
Setiausaha politik PMX, Farhan Fauzi menziarahi seniwati Dato Sarimah Ahmad bagi menyampaikan sedikit bantuan dari PMX.

Dato Sarimah Ahmad Pernah Diuji Kanser Usus, PMX Beri Sumbangan Buat Legenda Filem Klasik

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Khatam Al Quran Ganjaran Diri Seniwati Sarimah, RUTIN Setiap Kali Hari Jadi

Hukum Membahagikan Bacaan Juzuk Al-Quran Secara Berkumpulan, Adakah Kita Dikira Khatam Quran?

IKLAN

Hadiah Hari Jadi Usia 100 Tahun, Nenek Nekad Buat Terjunan Udara!

Ini 22 Rahsia Kulit Cantik Berseri Che Puan Sarimah Ibrahim

PMX Beri Sumbangan Buat Legenda Filem Klasik

Jasa seniwati lagenda ini dalam dunia perfileman tidak boleh dinafikan lagi. Dan semalam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi setiausaha politiknya, Farhan Fauzi telah berkesempatan seniwati Dato Sarimah Ahmad bagi menyampaikan sedikit bantuan.

IKLAN

Jelasnya dalam satu kenyataan di X miliknya @anwar Ibrahim, PMX turut mendoakan agar kesihatan seniwati Sarimah dipermudahkan.

“Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah.

Jelasnya dalam hantaran tersebut, PMX menjelaskan anak seni ini antara yang pernah terkenal dalam pentas layar negara menerusi karya masing-masing namun kini diuji dengan musibah penyakit yang mengesankan.

IKLAN
Dato Sarimah Ahmad Pernah Diuji Kanser Usus, PMX Beri Sumbangan Buat Legenda Filem Klasik
Dharma Harun Ar Rashid, 68 tahun dilaporkan diuji dengan kesusahan  bertutur dan mengingati sesuatu termasuk menghidap asma selepas diserang angin ahmar empat tahun lalu.

Dato Sarimah Ahmad Pernah Diuji Kanser Usus, PMX Beri Sumbangan Buat Legenda Filem Klasik

Selain seniwati Dato Sarimah, antara penerima sumbangan dari PMX ialah pelakon Adik Manja, Dharma Haron Ar Rashid yang turut diuji dengan masalah kesihatan.

Berusia 68 tahun, Dharma dilaporkan diuji dengan kesusahan  bertutur dan mengingati sesuatu termasuk menghidap asma selepas diserang angin ahmar empat tahun lalu.

Doa untuk suami isferi kekal bahagia – Ustaz Don
Doa yang boleh diamalkan untuk membina keluarga bahagia. Boleh amalkan ya!

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI