“Jangan cari isteri saya, carilah saya”. Itulah antara luahan suami kepada Mizz Nina Essam Muhammad yang meminta Noh agar tidak mencari isterinya. Malah penyanyi popular itu boleh berhubung secara langsung dengannya di Instagram sekiranya mempunyai sebarang urusan berkaitan anak anak angkat mereka.
“Jangan Cari Isteri Saya, Carilah Saya”
Terang Essam lagi jika Noh mahu berkomunikasi dengan ahli keluarga termasuklah Mizz Nina bolehlah terus hubungi Essam di Instagram. Seperti mana dipetik meneruti portal mStar Online, Essam turut memberitahu Instagramnya masih publik.
“Kalau dia mahu berkomunikasi dengan ahli keluarga saya termasuk Nina.
“Jangan cari isteri saya, carilah saya. Kalau dia mahu berkomunikasi dengan saya, media sosial saya masih publik,” ungkap Essam yang bersedia berhadapan dengan Noh demi Musa.
Maklumat Didedah Noh Palsu
Essam menghadiri prosiding sulh berkaitan hak penjagaan anak angkat mereka di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada tadi. Suami Mizz Nina itu juga turut menjelaskan nama sebenar anak angkatnya bukan Musa Mohammad Noh bin Abdullah.
“Saya di sini ingin menegaskan nama penuh Musa yang kononnya disebut di internet tempoh hari adalah tidak benar.
“Dia (Noh) telah memberi informasi yang salah kepada semua.
“Namun begitu, saya enggan mendedahkan nama penuh sebenar Musa kerana ingin melindungi identiti dan maklumat peribadinya kepada umum,” kongsi Essam.
Mizz Nina Punya Dokumen Hak Penjagaan Yang Sah
Selain itu Essam juga menerangkan Mizz Nina turut mempunyai dokumen hak penjagaan yang sah terhadap Musa.
Ads
“Isteri saya mempunyai dokumen sah untuk menjaga Musa. Tiada seorang anak pun patut diambil daripada penjaga tanpa keizinan ibu bapanya,” kongsinya.
Selain itu untuk makluman Peguam Syarie mewakili Mizz Nina iaitu Fakhrul Azman Abdu Hassan berkata, anak guamnya memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.
Fakhrul berkata, tiada proses sulh yang berlaku pagi Isnin dan penarikan balik itu akan disahkan dihadapan hakim pada Selasa.
“Esok kes itu akan disebut di hadapan hakim untuk mengesahkan penarikan balik. Itulah perjalanan kes kami hari ini.“Jadi tiada sulh sebentar tadi sebab kami sudah memfailkan penarikan balik dan sulh dibatalkan sebab pihak Mizz Nina tidak ingin meneruskan tindakan,” ungkapnya.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tinggal beberapa hari saja lagi, seluruh umat Islam bakal meraikan 1 Syawal. Dalam kegembiraan, terselit kesayuan mengenangkan Ramadan yang penuh keberkatan bakal berlalu pergi.
Semoga kita semua dikurniakan kesempatan dan usia untuk bertemu lagi Ramadan akan datang, insya-Allah.
Persiapan
Bab persiapan raya memang antara topik paling hangat kala ini. Pasti ada yang masih membuat persiapan saat-saat akhir. Bagi yang berkemampuan, pasti awal-awal lagi sudah pun membeli atau menempah baju raya, sama ada untuk diri sendiri mahu pun anak dan suami. Malah ramai yang memilih untuk bergaya sedondon satu keluarga. Lagi meriah katanya!
Kebiasaannya, bergaya sedondon untuk satu keluarga kecil tak jadi masalah, hanya melibatkan suami, isteri dan anak-anak saja. Tapi, kalau melibatkan keluarga besar yang masing-masing sudah berkeluarga, agak sukar sebenarnya.
Untuk penulis sendiri, lebih 14 tahun menggayakan pakaian sedondon untuk keluarga besar kami, keluarga Abu Bakar dan Rabiah.
Sepakat
Kami bertujuh beradik perempuan, jadi lebih mudah untuk sepakat dalam membuat sebarang keputusan. Masing-masing akan pastikan anak-anak dan suami akan menurut tema warna yang ditetapkan.
Tradisi berbaju sedondon ini bermula selepas kami mencari baju sedondon untuk majlis perkahwinan adik ketiga. Rasa seronok pula bergaya sedondon beramai-ramai. Akhirnya sejak itu, saban tahun, kami bergaya sedondon walau pun tahun itu giliran di rumah mentua masing-masing. Kecuali ada yang sedang mengandung, biasanya akan ‘simpan’ kain baju itu untuk ditempah selepas bersalin nanti.
Kami sudah terbiasa digelar kumpulan boria atau kumpulan nasyid bila menziarahi rumah saudara mara secara konvoi. Malah ada yang tertunggu tunggu tahun itu kumpulan boria kami pakai baju warna apa pulak. Bila ada kenduri saudara mara terdekat, kami akan berpakat untuk menggayakan mana-mana baju sedondon kami.
Disertakan tip sekiranya ingin bergaya sedondon:
1.Sangat Penting! Walau pun adik-beradik, tak semestinya kemampuan kewangan kita juga sama. Jadi berbincang dengan adik-beradik dahulu bajet masing-masing. Bila bajet dipersetujui, barulah boleh teruskan. 2.Rancang dari awal agar mudah mengatur bajet lebih-lebih lagi bagi yang ada anak ramai. Atau boleh juga buat sistem bayar berperingkat, ala-ala ‘kutu’ agar tak terbeban sangat. 3.Pilih salah seorang untuk ditugaskan survey seterusnya membeli/menempah baju dan duit boleh diberikan kepadanya. 4.Untuk jimat, boleh pilih baju siap yang banyak terjual di pasaran. Harga pun boleh pilih ikut suara ramai. 5.Ia bukan ‘wajib’ sekadar nak tambah kemeriahan di hari raya. Jadi, sekiranya ada yang tak mampu, jangan pula sampai timbul pertelingkahan!
Apa Kelebihan Pakai Sedondon?
Gambar raya nampak lagi cantik sebab warna seragam.
Bila ke mana-mana, akan jadi perhatian kerana pakai baju ‘sepapan’.
Kalau anak ‘hilang’ bila berada di sebuah rumah yang ramai tetamu, senang nak tahu siapa mak ayahnya berdasarkan baju yang dipakai.
Sekadar nak memeriahkan suasana sambutan raya, selain mengeratkan hubungan kekeluargaan. Setiap kali pakai baju itu, teringat pada adik beradik yang lain.
Memudahkan bila ada kenduri kendara, boleh menggayakan pakaian sedondon yang sedia ada.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kadang-kadang manusia ini sanggup memberi alasan tidak masuk akal demi melepaskan diri daripada dihukum. Namun tindakan kurang bijak ini telah menjerat dirinya apabila pihak berkuasa dapat hidu dia menipu.
Seorang lelaki semata-mata nak elak saman, sanggup menipu dirinya positif Covid-19 di Beijing, China.
Seorang Lelaki Sanggup Menipu Positif Covid-19
Sanggup menipu dijangkiti Covid-19. Itu temberang seorang lelaki di China bagi melepaskan diri dari disaman pihak berkuasa.
Global Times melaporkan, insiden itu berlaku apabila lelaki dari Yancheng, wilayah Jiangsu, timur China itu ditahan polis apabila tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.
Dia kemudiannya bertindak menipu polis kononnya dirinya dijangkiti Covid-19 bagi melepaskan diri dari dikenakan sebarang hukuman.
Lelaki itu bernama Hao, dia ditahan pihak berkuasa ketika melakukan kesalahan itu.
Semata-mata Nak Elak Saman
Dia turut didapati melanggar peraturan apabila membonceng individu dewasa kerana hanya kanak-kanak berusia bawah 16 tahun saja dibenarkan menjadi pembonceng.
Bagaimanapun lelaki itu tidak mahu menerima saman itu, sambil memaklumkan dia dijangkiti Covid-19.
Terkejut dengan dakwaan itu, polis bertanya kepada Hao sebanyak dua kali bagi pengesahan dan lelaki itu tetap menegaskan dakwaannya itu.
Namun, tembelang Hao terbongkar ketika polis membuat pemeriksaan di jabatan kawalan dan pencegahan epidemik tempatan, dia mengaku hanya berbohong.
Akibat perbuatannya itu, Hao ditahan selama tujuh hari kerana menghalang tugas pasukan polis.
Bagaimanapun, warganet tidak berpuas hati dengan hukuman itu kerana beranggapan masih tidak setimpal.
MW: Sebelum lakukan sesuatu, fikir dahulu kesannya. Jangan kerana ingin melepaskan diri daripada hukuman, sanggup menipu dan mengaibkan diri. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Bergelar ibu tunggal bukan perkara mudah buat pelakon Rita Rudaini. Menerusi perkongsiannya di akaun Instagramnya baru-baru ini, Rita reda dan bersyukur walaupun bergelar ibu tunggal kerana ianya merupakan anugerah dari Yang Maha Esa.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun begitu, Rita Rudaini dilihat begitu tabah dan kuat untuk menggalas tanggungjawabnya sebagai ibu tunggal dengan sebaik mungkin.
Ibu kepada dua cahaya mata yang comel, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna juga mengajak ibu tunggal di luar sana menikamti nikmat yang Allah berikan.
Rita Rudaini “Dipilih Menjadi Ibu Tunggal Allah Tahu Kita Kuat”
Menurut Rita lagi, Allah tidak akan menguji umatnya jika di luar kemampuan seseorang.
“Kenapa ALLAH pilih kita jadi singlemom? Sebab ALLAH tahu kita mampu hidup tanpa lelaki. ALLAH tahu kita kuat. ALLAH tak akan uji di luar kemampuan kita.
“Kenapa ALLAH tarik suami dari dalam hidup kita? Sebab ALLAH sayang kita dan tak nak kita bersedih.
“Percaya dengan apa yang Allah beri”
“Setiap apa yg DIA bagi,semua ada sebab percaya dengan apa yang DIA beri pada kita. Reda dan bersyukur kerana itu lah hadiah dari DIA. Kenapa kita perlu mengeluh? Seolah-olah kita menolak hadiah ALLAH.
“Dan kenapa sistur masih sendiri hingga sekarang? Kerana sistur tengah menikmati hadiah dari DIA.
“Yang tak ada sesiapa pun dapat rasa dan nampak nikmat yang ALLAH beri pada kami. Hanya kami saja yang dapat rasa.
Hadiah Yang Tak Ternilai
“So untuk singlemom yang ada DM sistur mintak kekuatan, tengah bersedih, tolong bangkit dan sedar ‘ia’ adalah satu hadiah yang tak ternilai yang korang memang tak nampak apa yang ada di depan tapi DIA lebih tau apa yang dia beri pada kita. Percaya pada perancangan ALLAH.
“Tapi siapa yang ada laki tak payahlah nak jadi ibu tunggal pula. Masing-masing ada bahagian masing-masing. Tapi kena ingat, suami dan anak-anak tu hanya pinjaman saja. Tak payah sombong sangat “aku berlaki, kau ada?” “Laki aku sayang aku”, nanti mati pun hang dalam kubur sorang-sorang juga bukan duk berketul dengan laki hang,” luah Rita.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...