Elak tragedi ditimpa kepala air, ini tips keselamatan mandi sungai khususnya sungai pertama kali kita pergi. Tragedi menimpa 9 sekeluarga yang kesemuanya meninggal dunia ditimpa kepala air di kawasan air terjun Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Terengganu dua hari lalu sangat menyayat hati.

Elak Tragedi Ditimpa Kepala Air

Dalam tragedi ini, kesemua mangsa terdiri dari ibu dan ayah termasuk tujuh anak berusia di antara 4-18 tahun dilaporkan lemas apabila tidak menyedari kepala air datang secara tiba-tiba.

Elak Tragedi Ditimpa Kepala Air, Ini Tips Keselamatan Mandi Sungai Khususnya Sungai Pertama Kali Kita Pergi
Kesemua 9 beranak ini meninggal dalam traegedi di timpa kepala air ketika mandi manda di jeram Mawar Putih, Kemaman

Bagaimana mahu mengelak tragedi ini terjadi? Khususnya sungai yang pertama kali kita kunjungi? Lelaki kongsi tips keselamatan yang harus kita pelajari bagi mengelak berlakunya tragedi malang ini terjadi. Kita ambik iktibar apa yang berlaku.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Cara Elak Jadi Mangsa Kepala Air, Kena Tahu 5 Tanda Awal Sebelum Kejadian

IKLAN

RISAU ‘Camping’ Kawasan Air Terjun, Panduan Kenalpasti 3 Jenis ‘Kepala Air’!

BANJIR BALING: 3 Sekeluarga Termasuk Wanita Lumpuh Hilang Dihanyut Kepala Air!

Ini Tips Keselamatan Mandi Sungai Khususnya Sungai Pertama Kali Kita Pergi

Tips keselamatan mandi sungai yang saya amalkan (2 minit baca). Terutamanya sungai yang saya tak pernah sampai sebelum ini.

IKLAN
  1. Bila sampai sungai, kalau ada orang tempatan, orang yang meniaga di situ atau pengunjung lain yang biasa di situ. Tanyakan kalau-kalau sungai tu kerap berlaku kepala air. Depa will be more than glad to give extra information & safety tips, like kat mana spot yang air bahaya.
  2. Sebelum masuk sungai tengok kawasan tebing sungai. Perhatikan kesan-kesan air pasang setinggi mana. Boleh kenal pasti dari kesan2-kesan sisa daun dan ranting yang tersangkut di tebing sungai. Boleh nampak seperti satu paras garisan di tebing sungai.
  3. Sebelum masuk sungai, anggarkan kedalaman sungai tu, logiknya kalau spot yang gelap tu, agak dalam la. Kalau batu yang gelap, tanda dia berlumut dan licin. Pakai kasut untuk aktiviti air kalau boleh.
  4. Bila dah masuk sungai… kenal pasti siap-siap mana escape route paling dekat, paling cepat, paling selamat dan paling tinggi untuk anda selamatkan diri dan keluarga.
  5. Semasa mandi, pastikan anda menghadap arah aliran air datang. Maksudnya pandang ke hulu la. Supaya nampak bahaya datang, sama ada kepala air atau haiwan dalam air yang glide dengan aliran air atau kayu-kayu tajam.
  6. Sebaik-baiknya wisel di leher. At least kalau anda nampak bahaya.Blow like crazy, akan alert everybody.
  7. Spot yang anda mandi tu, kalau boleh pastikan ada clear straight view lebih kurang 50- 100 m arah air datang. So boleh nampak kalau kepala air datang dari jauh. Jangan mandi di selekoh.
  8. Kalau ada anak-anak kecil… make sure they are within your reach. Budak-budak ni belum well develop dari segi depa punya body coordination, menganggar bahaya etc. Jangan terlalu nak bagi freedom sangat dalam sungai, keep both eyes on them. Takut menyesal.
  9. Kalau gelap di hulu sungai, air makin berkeladak, daun-daun dalam sungai makin banyak mengalir, berbuih sana sini. Ertinya air makin deras. Mungkin hujan di kawasan bukit hulu sungai. Gerak naik segera.
  10. Kalau boleh sediakan lah tali ka, atau buoy ka atau apa-apa yang boleh bantu untuk rescue family atau orang lain.
  11. Kalau nak pacak khemah ke, nak buka kerusi healing ke, especially bermalam. Saya takkan station tepi sungai yang sama level dengan aras air sungai.

    Note: Pakai baju terang, at least kalau bobbing dalam air, senang orang nampak nak rescue. Perkongsian Md Nor Fahmy

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Suami isteri tinggal satu rumah selepas bercerai? Boleh atau tidak? Min pun jadi tertanya-tanya selepas tengok drama viral yang terbaru. Rupanya, macam tu ya jawapannya.

IKLAN

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI