Peguam perjelas kes Nik Elin, “kemenangan bukan untuk menjatuhkan martabat mahkamah syariah.

Di media sosial, rata-rata bercerita  mengenai kemenangan seorang peguam bernama Nik Elin yang mencabar proses dan kuasa DUN Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan beberapa peruntukan Enakman Syariah Negeri.

Peguam Perjelas Kes Nik Elin, “Kemenangan  Bukan Untuk Menjatuhkan Martabat Mahkamah Syariah…”

Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 hari ini memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Keputusan bersejarah itu disampaikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan Nik Elin dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.

Peguam Perjelas Kes Nik Elin, “Kemenangan  Bukan Untuk Menjatuhkan Martabat Mahkamah Syariah…”
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat

Ia boleh menjadi modal politik bagi yang kurang faham asas tuntutan ini. Ia telah diperjelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang  meminta semua pihak bertenang dan tidak melakukan sebarang provokasi, berkata keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.

Kata bekas Ketua Hakim Syarie ini, kemenangan Nik Elin  tidak menjejaskan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia.

Peguam Perjelas Kes Nik Elin, “Kemenangan  Bukan Untuk Menjatuhkan Martabat Mahkamah Syariah…”

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi jaminan kepada umat Islam bahawa Mahkamah Syariah akan kekal dan terus terjamin kewujudannya selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Peguam Perjelas Kes Nik Elin

Untuk lebih beri kefahaman, dikongsikan penjelasan dari bekas Peguam Kanan Persekutuan, Liyana Marzuki yang memberikan penjelasan mengenai hal ini.

Apa yang kita semua kena tahu? Apa yang dituntut?

“Habislah, lepas ni Mahkamah Syariah buat kes nikah kahwin saja”.

“Apa nak jadi di Malaysia la ni, Mahkamah dah hilang kuasa”.

Itu propaganda yang anda baca di media sosial hari ini. Berikutan kes Nik Elin.

IKLAN

“Kemenangan Bukan Untuk Menjatuhkan Martabat Mahkamah Syariah…”

Kalau anda jenis membaca, anda tahu mereka melabun saja. Ini beberapa perkara yang mereka taknak anda tahu, saya senaraikan di sini.

  1. Ada 68 seksyen dalam Enakmen Syariah Kelantan. Ada macam2. Tak berpuasa, khalwat, minum arak dan murtad. Itu peruntukan standard. Peruntukan ini tidak dicabar oleh Nik Elin. Ni ok saja. Ada 48 seksyen Nik Elin tak masuk dalam kes dia, maknanya ini dah elok belaka.
  2. Yang Nik Elin cabar hanya 20 seksyen. Di mana banyaknya BERTINDIH dalam undang2 yang dikuatkuasakan di peringkat persekutuan. Itu yang dimasukkan dalam kes.
  3. Separuh jalan Nik Elin tarik balik 2 seksyen iaitu kesalahan mengenai (1) Orang Mengaku jadi Rasul, Imam Mahadi dan Keramat (2) Orang yang berada di tempat judi. Nik Elin keluarkan dari senarai yang dia cabar, sebab percaya DUN ada kuasa untuk buat kesalahan. Mahkamah pun sahkan.
  4. Dari 18 seksyen yang tinggal, Mahkamah hanya istihar 16 sahaja terbatal. Lagi 2 Mahkamah tak bersetuju dengan Nik Elin. Kerana mereka percaya DUN ada kuasa buat kesalahan itu. 2 kesalahan tu ialah mengenai larangan perkembangan agama lain ke atas orang Islam. 2 seksyen ini Mahkamah ishtihar sah.
  5. Seterusnya, 16 seksyen lain terbatal kerana ada pertindihan dengan undang2 Persekutuan dan DUN tiada kuasa untuk adakan. Ini 16 seksyen berkenaan.

Seksyen 11 merujuk kepada memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat,

Seksyen 14 iaitu liwat,

Seksyen 16 membabitkan persetubuhan dengan mayat

Seksyen 17 merujuk kepada persetubuhan dengan bukan manusia.

Seksyen 31 (Gangguan seksual),

Seksyen 34 (Memiliki dokumen palsu, memberikan keterangan, maklumat atau pernyataan palsu),

Seksyen 36 (Apa-apa yang mengkhayalkan),

IKLAN

Seksyen 39 (Mengurangkan ukuran, sukatan dan timbangan)

Seksyen 40 (Melakukan transaksi muamalat yang berlawanan dengan hukum syarak).

Seksyen 41 (Melakukan transaksi muamalat secara riba dan lain-lain),

Seksyen 42 (Penyalahgunaan penandaan dan perbahasan halal),

Seksyen 43 (Menawar atau memberi perkhidmatan maksiat),

Seksyen 44 (Perbuatan sebagai persediaan untuk menawarkan atau memberi perkhidmatan maksiat),

Seksyen 45 (Perbuatan sebagai persediaan melakukan maksiat),

Seksyen 47 (Perbuatan sumbang mahram)

IKLAN

Seksyen 48 (Muncikari)

*******************

  1. Bukanlah bermaksud seksyen ini terbatal bawah undang2 syariah, di Kelantan penjenayah boleh bersuka ria. Mereka masih lagi boleh dikenakan tindakan bawah Kanun Keseksaan dan Akta yang berkenaan.
  2. Ironinya, hukuman bawah Kanun Keseksaan lagi berat pula. Contoh kes liwat, sumbang mahram, beastiality (hubungan seks dengan haiwan) dan hubungan seks dengan mayat boleh kena sampai 20 tahun penjara. Bawah Enakmen hanya 3 tahun sahaja.
  3. Seksyen lain seperti kesalahan tipu timbang dan sukat, guna benda mengkhayalkan, memiliki dokumen palsu, semua ini bawah Akta lain hukuman lebih dari 3 tahun. Tidak sama hukuman dengan Enakmen. Jadinya orang Islam dapat hukuman ringan dari yang lain pula.
  4. Satu saja kita kena percaya, apa pun 16 seksyen di atas. Bukan hukum hudud dan qisas yang ada dalam Al Quran atau ditetapkan oleh Tuhan. Ia kesalahan Takzir atau hukum buatan manusia. Yang boleh diperbetul jua. Tambah kalau melanggar prinsip keadilan. Lain agama jadi lain hukuman.
  5. Ini yang mereka taknak anda tahu. Sebab mereka nak menunggang isu. Jangan pajak otak pada mereka. Banyakkan membaca. Iqra itu ayat pertama.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Lelaki Dimadukan, Mahkamah Syariah Sahkan Wanita Dua Suami Masih Pasangan Suami Isteri

Berang Dipanggil Pakcik, “Baby” Mengamuk Di Restoran Kena Denda RM300 Di Mahkamah

Pasangan Curang Susah Nak Diheret Ke Mahkamah, Peguam Ini Terangkan Penyebabnya

Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Ajal terpisah sesaat. Seorang wanita @nurulmukminah berkongsi pengalaman terselamat dari maut dalam kemalangan ngeri nahas tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 288.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara laluan Gopeng-Simpang Pulai yang meragut nyawa dua nyawa semalam.
Jelasnya, ikutkan kenderaan dipandunya mungkin terperesok di bawah treler berkenaan namun pemandu kontena telah memesongkan treler dipandu yang mengalami masalah tayar pancit sebelum melanggar treler di sebelahnya.
Mengakui masih ngeri namun bersyukur Allah masih memanjangkan nyawanya sekeluarga.

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI