Memang bahaya renjatan elektrik akibat pemanas air, boleh menyebabkan nyawa terkorban. Ramai yang mula risau untuk menggunakan alat pemanas air atau water heater di rumah kerana tragedi sebegini. Adakah ia benar-benar selamat untuk digunakan?
Sebenarnya tak perlu risau dan ia selamat digunakan selagi mana pemasangan alat pemanas air ini dilakukan oleh individu yang berpengalaman, selalu diselenggara dengan baik serta pendawaiannya telah mengikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga.
Menerusi perkongsian oleh GeneralWorker_Repair&DIY ada menerangkan mengenai punca renjatan elektrik ini boleh berlaku.
Kenapa kes ni berlaku?
Banyak sebab, antaranya wiring tak bagus, wire hijau(bumi) ada masalah, tercabut ke, putus ke atau langsung tiada. Boleh jadi juga ELCB dah keras rosak, tak boleh cut off elektrik bila ada kebocoran elektrik. Keras biasanya sebab dah lama, lebih 20 tahun.
Apa puncanya?
Ada arus elektrik biasanya dari pemanas, bocor mengalir melalui air, kena pada badan kita. Ingat, air boleh mengalirkan arus elektrik.
Apa nak buat jika berlaku kes macam ni?
Ads
Paling cepat, tutup suis heater (biasanya lampu merah) dekat luar bilik air.
Suis ni akan putuskn wire L dan N serentak.
Atau turunkn suis utama dalam kotak db.
Tapi kebanyakan kita, panik mengatasi segalanya..itu realiti. Jadi sebab tu, disarankan untuk tekan ELCB pada shower heater atau db box setiap bulan sebagai maintenance.
Menerusi perkongsian daripada Jurutera Elektrik Encik Rasidi Din ini, yang turut mempunyai syarikat elektrik sendiri ini ada kongsikan langkah keselamatan pendawaian alat pemanas air mengikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga.
Kita usaha buat wiring waterheater ikut Spesifikasi selamat Suruhanjaya Tenaga. Selebihnya serah pada Allah.
Antara spesifikasi Suruhanjaya Tenaga untuk pendawaian waterheater @ pemancur Air Panas (GP/ST/no.6/2016)
1. Penggunaan Wajib cable bersaiz minima 4.0mm.
2. Penggunaan RCCB berkepekaan 10mA unt keselamatan pengguna.
3. Menggunakan hose paip PVC@plastik sepenuhnya tanpa unsur besi@chrome.
4. Penggunaan suis dwikutub 20A terus kepada waterheater tanpa sebarang Socket / Plugtop 13@15A.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ingin memasang alat pemanas air di rumah pastikan ia dipasang oleh juruteknik yang berpengalaman, malah selalu diselenggara dalam keadaan baik. Sekiranya berlaku ‘kebocoran’ elektrik pastikan lakukan langkah keselamatan terlebih dahulu.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Sesetengah pekebun, tanam pokok rama-rama buat hiasan kediaman. Ada juga yang sengaja tanam untuk jadikan penawar sakit gout, kencing manis dan sebagainya. Rupanya bukan semua pokok rama-rama itu boleh jadi penawar. Malah ada petua tepat untuk membolehkan pokok rama-rama ini sampai jadi penawar.
Pokok rama-rama ini ada yang warna merah dan ada yang warna hijau. Yang boleh dijadikan penawar penyakit tu hijau warnanya. Perkongsian dari Roseli Zin memberi cara-cara memilih pokok rama-rama yang boleh dijadikan penawar penyakit…
“Dua hari lepas saya ada terbaca tentang pokok Rerama hijau yang rakan post dalam grup ini (Kebun Bandar Jom Tanam Sendiri).
“Di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya, yang mula tanam pokok ini hampir 2 tahun lalu semasa pokok ini mula-mula dikenali. (Harga sepokok anak pokok pada masa itu paling kurang RM100 baka dari Thai).”
Cara Betul Minum Teh Rama-rama
Melalui pengalaman saya ianya mampu merawat sakit gout,kencing manis, buasir dan lain-lain penyakit bila minum air rebusan daun pokok ini mengikut panduan berikut:
1. Pokok rama-rama mesti matang (selepas 4 bulan ditanam)
2. Rebus daun kering mengikut sukatan. 5 gm daun kering + 500 ml air.
3. Minum 2 kali sehari teh dari pokok rama-rama ini. (Pagi dan malam).
~ Walau bagaimana sekali pun kita hanya berusaha, ketentuan kesembuhan atas kehendak-NYA jua.
Sumber / Foto: Facebook Roseli Zin via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alangkah murninya hati guru sekolah ini. Walaupun sekolah tidak dibuka sepanjang PKP, jaga sekolah ada yang bekerja untuk pastikan keselamatan harta benda sekolah baik terpelihara.
Memandangkan Malaysia sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, banyaklah kedai makan yang tidak dibuka. Jadi satu masalah pula untuk jaga sekolah mencari makan tengah hari.
Cerita guru sekolah ini, Rosita Ismail pemberian bekal makanan tengah hari kepada jaga sekolah itu berlaku tanpa sengaja.
“Saya tak tahu nak cerita macam mana. Bukan nak riak atau nak raih like. Cuma nak kongsi sedikit yang sebelum ini saya tak pernah terfikir langsung.”
“Sebelum ini, saya ada chat dalam wasap dengan seorang kawan saya juga ahli grup MAHN. Dia bagitahu dia ada singgah sekolah (kami cikgu sekolah je). Ambil barang kat guard sekolah.
“Pastu guard sekolah ada la meluahkan perasaan yang susah nak dapatkan makanan semenjak PKP ini.” Kalau nak membeli di kedai mamak yang berdekatan agak mahal juga. Faham sendiri lah dengan gaji mereka itu.
Dari Bertanyakan Mask, Akhirnya Sedekah Makanan Tengahari
Kata guru ini, pada hari tersebut kawannya mencari nasi di kedai mamak berdekatan. Niatnya mahu dihantar kepada dua orang guard sekolah mereka.
Mula dari situlah Rosita berwhatsApp dengan jaga sekolahnya. Dia yang prihatin bertanyakan sama ada jaga sekolah ada stok topeng muka atau tidak.
Rupanya mereka tak ada topeng muka. Dia pun minta jaga datang ke rumahnya. Kebetulan rumahnya dekat saja dengan sekolah. Anggaran 1 km.
“Sambil dia ambil mask, saya selit makanan. Sambil masak untuk anak kan. Semenjak hari itu lah saya suruh dia datang rumah ambil makanan tengah hari.”
“Nampak sangat seronoknya dia. Setiap kali balik je, ambil makanan dari rumah saya. Dia akan post minta saya dan keluarga saya diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki… Alhamdulillah.”
“Ada juga orang nak doa sekali untuk saya dan keluarga.”
“Nasib suami saya pun jenis tak kisah. Sampai kadang-kadang suami suruh tambah lagi lauk. Takut diorang tak kenyang.”
“Saya hanya mampu buat macam ini. Dalam masa yang sama, minta Allah gantikan rezeki ini untuk anak saya kat universiti yang tak dapat balik.”
Jaga sekolah Rosita orang Malaysia yang sangat suka membantu cikgu-cikgu. “Doakan saya sihat dan kuat untuk menyediakan masakan untuk anak-anak dan juga mereka yang memerlukan.”
Antara Menu Untuk Jaga Sekolah
MW : Bertuah sungguh jaga sekolah dipertemukan dengan cikgu yang murni hatinya. Dalam menghadapi kekalutan Covid-19, masih ada lagi insan yang prihatin dengan kesusahan orang lain.
Tak dinafikan setiap anak-anak yang dilahirkan membawa rezeki. Mempunyai anak-anak yang ramai dan keluarga besar memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terutamanya dari segi kewangan yang mencukupi. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.
Dua Isteri, 19 Anak
Mungkin tak mahu lagi memiliki anak lagi atas faktor kesempitan hidup, seorang lelaki yang mempunyai 2 orang isteri dan 19 anak, telah menamakan bayi terbarunya dengan nama Yeter, yang bermaksud ‘Cukuplah’.
Zeher Geher, tinggal di bandar Diyarbakir, Turki mempunyai 19 orang anak hasil pekahwinannya dengan dua orang isteri iaitu Dilber dan Ikramiye.
Tidak Bekerja
Ekoran daripada pandemik COVID-19, Zeher mengakui mengalami kesukaran bagi memenuhi keperluan keluarga besarnya kerana tidak mempunyai pekerjaan.
Pada awalnya, kedua-dua orang isteri Zeher mengakui sukar untuk berkongsi kasih, namun kini mereka bagaikan adik beradik tinggal bersama dalam rumah yang agak sempit.
Isteri pertama Zeher telah melahirkan 10 orang anak, manakala isteri keduanya 9 orang.
Zeher Geher
Akibat daripada masalah kewangan yang dialami, Zeher menamakan bayi terbarunya dengan nama tersebut kerana tidak lagi mampu untuk menyara lebih ramai anak dimasa akan datang.
“Sekiranya saya tahu ini akan terjadi, saya takkan mempunyai anak yang ramai.”, kata Zeher.
MW: Anak ramai memang seronok.Namun kena pertimbangkan segala aspek terutama dari segi tanggungjawab dan kemampuan kewangan.Ukur baju dibadan sendiri iya.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...