Setiap orang ada ujian masing-masing. Sabar dan tabah mengharunginya. Nikmatilah hidup dan peluang yang diberikan ini. Siapa kita untuk melawan takdir. Ada rahmat di sebalik apa yang berlaku itu.

Begitu jugalah yang berlaku pada Puan Zuraini Kamal, Pengerusi dan pengasas Cancer Survivors Malaysia, salah seorang ‘cancer survivor’ yang tak pernah mengaku kalah dan teruskan perjuangan utuk melawan penyakitnya itu.

Berkat doa, usaha dan rawatan yang dilakukan tanpa pernah putus asa, akhirnya dia berjaya melawan penyakit kanser ini dan mampu nikmati hidup dengan lebih baik. Malah, perjuangan ini turut memberi inspirasi dan kesedaran buat pesakit lain untuk tidak berputus asa dalam kehidupan.

“Diuji Kanser, Nikmatilah Hidup & Hargailah Peluang KEDUA” – Zuraini Kamal
Nikmatilah Hidup & Peluang Kedua

Menurut Puan Zuraini Kamal yang sekarang bertugas di Cancer Survivors Malaysia, Darulaman Heights, Jitra, Kedah, tugasnya adalah membantu pesakit kanser meneruskan kehidupan dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Sebagai salah seorang pesakit kanser, saya telah melalui banyak pengalaman sebagai pesakit, menjalani rawatan dan menghadapi kesusahan hidup sewaktu kehilangan pekerjaan dan perniagaan. Jadi kesusahan yang dihadapi ini mendorong saya untuk membantu orang lain.

“Penyakit kanser ini juga telah mengajar saya menghargai kehidupan, orang sekeliling dan hargailah nikmat hidup. Kanser juga mengajar saya menghargai peluang kedua yang diberikan,” katanya penuh kesyukuran.

Melalui pengalaman Puan Zuraini ini, tidak hairanlah dia banyak menulis dan berkongsi dengan ‘follower’ di media sosial tentang kesihatan dan turut terlibat dalam membantu asnaf atau pesakit kanser yang kurang berkemampuan.

“Saya turut berpeluang menyantuni pesakit kanser dan melihat betapa struggle/kesusahan mereka. Apabila saya letih atau stres, saya akan membaca komen-komen yang menunjukkan kegembiraan mereka dengan pertolongan yang telah saya usahakan yang telah mengubah kedupan mereka, dan ini menjadi motivasi dan inspirasi untuk saya membantu dan meneruskan pekerjaan ini dengan komited,” jelasnya yang turut terpilih menjadi anggota UICC (Union for International Cancer Control) dan pengiktirafan pihak antarabangsa kerana membantu pesakit kanser miskin.

“Diuji Kanser, Nikmatilah Hidup & Hargailah Peluang KEDUA” – Zuraini Kamal

“Diuji Kanser, Nikmatilah Hidup & Hargailah Peluang KEDUA” – Zuraini Kamal

Rawat Awal Selamatkan Nyawa

Pada masa yang sama, Puan Zuraini turut mengharapkan agar semua orang memahami kanser dan rawatan kanser, dan pesakit kanser harus menjalani rawatan dengan segera kerana kanser itu boleh dirawat dan saringan awal kanser mampu menyelamatkan nyawa.

Walau bagaimanapun, dia juga tidak terlepas daripada kritikan dan cabaran yang dihadapi apabila berkongsi atau mengulas topik yang berkaintan dengan kanser di media sosial.

“Ada sesetengah pihak mengatakan kami cuba meraih simpati, menjual untuk mendapat keuntungan, Malah ada pihak yang salah faham dan menuduh kami membuka aib. Sedangkan apa yang dikongsi ini adalah realiti kehidupan dan apa yang kami cuba lakukan adalah adalah memberi kesedaran kepada masyarakat agar sama-sama membantu meringankan beban dan masyarakat perlu bekerjasama merapatkan jurang penjagaan pesakit kanser kerana tiada siapa minta untuk mengidap penyakit kanser.

“Kanser bukan penyakit demam biasa. Rawatannya mengambil masa yang panjang. Rawatannya menyakitkan dan kosnya sangat tinggi,” katanya yang turut berpegang kepada falsafah hidup, ‘Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan’.

“Diuji Kanser, Nikmatilah Hidup & Hargailah Peluang KEDUA” – Zuraini Kamal

“Diuji Kanser, Nikmatilah Hidup & Hargailah Peluang KEDUA” – Zuraini Kamal

Bersempena dengan Hari Wanita, Puan Zuraini turut mengatakan setiap wanita di dunia ini perlu menjadi dan memberi inspirasi buat wanita lain kerana wanita mempunyai jiwa yang lembut dan mudah tersentuh.

“Wanita mempunyai ‘The power of influence’ iaitu kuasa mempengaruhi orang lain. Kelebihan ini jika digunakan dengan baik, seseorang wanita akan mampu membantu ramai orang serta memberi manfaat kepada ummah,” katanya penuh semangat.

“Diuji Kanser, Nikmatilah Hidup & Hargailah Peluang KEDUA” – Zuraini Kamal

“Diuji Kanser, Nikmatilah Hidup & Hargailah Peluang KEDUA” – Zuraini Kamal

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.

Klik link ini untuk daftar
penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau
whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura

“Diuji Kanser, Nikmatilah Hidup & Hargailah Peluang KEDUA” – Zuraini Kamal

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI