Mingguan Wanita kini berada di dalam aplikasi   
Mingguan Wanita kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita Berang Dipanggil Pakcik, “Baby” Mengamuk Di Restoran Kena Denda RM300 Di Mahkamah

Berang Dipanggil Pakcik, “Baby” Mengamuk Di Restoran Kena Denda RM300 Di Mahkamah

Berang dipanggil pakcik, Baby mengamuk di restoran kena denda RM300 di mahkamah. Berang dipanggil pakcik mungkin kerana merasakan usianya tidak sesuai dengan panggilan tersebut, seorang lelaki mengamuk di sebuah restoran dan mencederakan seorang kanak-kanaknya dan videonya tular di media sosial.

Ternyata tidakannya membawa padah apabila didenda  didenda RM300 atau tujuh hari penjara jika gagal bayar denda oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan membuat kekecohan di sebuah restoran di Subang Jaya, minggu lalu.

Berang Dipanggil Pakcik

Memetik Berita Harian, tertuduh, Mohd Asri Abdullah, 50, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Mohamad Redza Azhar Rezali.

Mengikut pertuduhan, bekas pemandu lori itu didakwa melakukan mudarat awam sehingga menyebabkan kegusaran kepada orang awam.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Putra Heights, Subang Jaya pada jam 9 pagi, 4 Jun lalu.

Berang Dipanggil Pakcik, “Baby” Mengamuk Di Restoran Kena Denda RM300 Di Mahkamah
Tertuduh berang dipanggil pakcik sebaliknya mahu dipanggil Baby atau Abang dalam kejadian minggu lalu.

“Baby” Mengamuk Di Restoran Kena Denda RM300 Di Mahkamah

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 290 kanun sama, boleh didenda sehingga RM400.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman, memohon mahkamah mengenakan denda setimpal sebagai pengajaran, agar tertuduh tidak mengulangi perbuatan sama.

Menurut fakta kes, Mohd Asri didakwa datang ke restoran itu untuk membeli makanan dan memberitahu pekerja agar jangan memanggilnya dengan gelaran pakcik sebaliknya memanggil ‘abang’ atau ‘baby’.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Suami Rindu Dipanggil ‘Abang’, 18 Tahun SETIA Berkorban Jaga Isteri Koma!

IKLAN

‘Mungkin Jika Abang Tiada Nanti, Baru Fikirkan Soal Jodoh.” Sanggup Membujang Demi Abang

Wanita Temui Jodoh Dengan ‘The Real Abang Bomba’ Selepas Selamatkan Dalam Kemalangan

Dia yang berang dengan keengganan pekerja tersebut kemudian bertindak membaling bungkusan nasi dan air minuman panas hingga terkena anak pemilik restoran yang berusia empat tahun.

Tertuduh terus mengamuk menendang meja, membaling kerusi, meludah dan mengatakan sesuatu dengan bahasa yang kurang difahami serta berkelakuan pelik.

Sebelum ini, klip video memaparkan suspek mengamuk secara tiba-tiba sehingga mencederakan seorang kanak-kanak tular di media sosial.

IKLAN

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Dr Say Cerita Pengalaman “Koyak” & “Meroyan” Selepas Bersalin
Pengalaman lahirkan anak pertama buat isteri gerun untuk hamil dan bersalin lagi. Kalau tak ada bantuan suami, boleh menjurus kepada meroyan selepas bersalin atau “postpartum”.

 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI