Dua beradik maut dilanggar lori, “Dua itu sahajalah anak Saya.”

Allahu berat sungguh ujian buat ayah ini, apabila kehilangan kedua-dua anaknya serentak akibat kemalangan jalan raya.Lebih memilukan, kedatangan Syawal yang tinggal beberapa hari sahaja lagi tanpa anak-anak di sisi apatah lagi itu sahajalah anak yang ada.

Dua Anak Meninggal Serentak

Suasana pilu menyelubungi kawasan kediaman dua beradik, Nayli Ulfa Farizuddin,15, dan adiknya, Nur Amni Farizuddin, 11, yang maut dilanggar lori di Jalan PJS 3/2, Taman Medan di sini pada Selasa.

Tiada kata-kata yang dapat diucapkan bapa mereka, Farizuddin Mat Saad, 52, untuk menggambarkan kesedihan selepas dua anak perempuan kesayangannya itu meninggal dunia serentak.

Farizuddin berkata, dia tidak menyangka Nayli Ulfa dan adiknya, Nuf Amni yang begitu rapat sejak seminggu akhir ini akan pergi buat selama-lamanya bersama.

“Mereka sebelum ini sama seperti adik beradik lain, kerap bergaduh tetapi akan berbaik semula, ibarat air dicincang tak akan putus.

“Tetapi dalam seminggu akhir ini mereka sangat rapat, buat apa sahaja bersama-sama, pergi ke mana-mana pun berdua hingga hari kejadian semalam pun mereka masih berdua,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Desa Mentari di sini pada Rabu.

Dua Beradik Maut Dilanggar Lori,”Dua Itu Sahajalah Anak Saya”

Beli Makanan

Dia berkata, semasa kejadian, Nuf Amni membonceng motosikal yang ditunggang kakaknya, Nayli Ulfa untuk membeli makanan.

“Sebelum mereka keluar saya nampak mereka naik motor, tapi itulah, benda nak jadi dah sampai ajal.

IKLAN

“Dua itu sahajalah anak saya, saya reda,” katanya.

Farizuddin berkata, dia mengetahui berkenaan kemalangan tersebut selepas kejadian terbabit dikongsi oleh salah seorang rakannya menerusi aplikasi WhatsApp.

“Saya dapat tahu dalam jam 9 malam selepas Isyak, masa itu saya di surau. Persatuan komuniti ada yang kongsi kejadian tersebut dalam grup WhatsApp mengatakan ada dua budak kemalangan.

“Mula-mula itu saya tak tahu siapa, lepas saya tengok gambar saya terus cam itu motosikal saya.

“Saya terus telefon anak tetapi tidak berangkat. Kemudian saya telefon lagi sekali tetapi orang lain yang angkat,” katanya.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi kejadian jenazah kedua-dua anaknya itu sudah ditutup dengan kain.

“Sampai sahaja saya nampak dah ditutup dengan kain, saya berkata dalam hati memang anak-anak aku dah tiada.

IKLAN

“Saya pun pergi buka kain untuk melihat dan memang betul kata hati saya, memang itu anak saya,” katanya.

Dua Beradik Maut Dilanggar Lori,”Dua Itu Sahajalah Anak Saya”

Belum Buat Persiapan Aidilfitri

Menurut Farizuddin, dia belum membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri memandangkan bercadang untuk pulang beraya di kampungnya di Kedah selepas sekian lama tidak pulang berikutan Covid-19.

“Baju raya semua belum beli lagi, masih dalam perancangan,” katanya.

Maut Dilanggar Lori

Memetik laporan Sinar Harian pada Rabu melaporkan kejadian dua beradik maut akibat dilanggar sebuah lori dalam kejadian di Taman Medan di sini sekitar jam 8.54 malam pada Selasa.

IKLAN

Polis dalam satu kenyataan berkata, hasil siasatan mendapati motosikal dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum dilanggar oleh lori terbabit.

Mesti Baca: Takut Di Akhirat Suami Kena Siksa, Isteri Mintalah Duit Belanja!

Mingguan Wanita:Salam Takziah buat keluarga mangsa, semoga diberi kekuatan dalam mengharungi ujian dan dugaan berat ini.

Sumber:Sinar Harian

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Nak dekat raya ni, pilih lah kasut yang betul. Carilah yang selesa, namun tetap boleh bergaya tak sakit kaki.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI