Pegawai polis cetus kekecohan ditahan, lepas hina anggota pangkat rendah kembali buat hal di parking kereta.  Selepas tular satu video menghina seorang anggota berpangkat lans kopral di sebuah kedai makan, tular lagi video pegawai yang sama membuat hal di tempat parking kereta.

Pegawai Polis Cetus Kekecohan Ditahan

Dalam video yang tular di media sosial, jelas kelihatan pegawai polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ini dilihat telah memprovoke seorang wanita  di tempat parking kereta pula.

 Memetik laporan Kosmo Online, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka satu lagi kertas siasatan membabitkan seorang wanita dipercayai pegawai kanan polis yang didakwa membuat kecoh di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah, di sini pada Jumaat lalu.

Lepas Hina Anggota Pangkat Rendah Kembali Buat Hal Di Parking Kereta

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, ia selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa iaitu wanita berusia 27 tahun.

“Siasatan mendapati berlaku perselisih faham apabila suspek ingin meletakkan kenderaan di sebelah kereta mangsa, tetapi pintu kenderaan mangsa di bahagian pemandu dan penumpang belakang terbuka.

“Mangsa menyatakan neneknya sedang menukar lampin anak saudaranya ketika itu. Suspek yang tidak berpuas hati menekan hon dan menjerit serta memarahi mangsa dan ahli keluarganya.

IKLAN

“Suspek juga memperlekehkan pakaian mangsa yang kelihatan seksi sambil merakam video,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amihizam berkata, perselisihan faham itu kemudiannya berlanjutan sehingga dileraikan oleh saksi kejadian iaitu sepasang suami isteri.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Tindakan tatatertib dan kesihatan mental masih sedang dalam tindakan,” ujarnya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Adab Hidup Berjiran, Tak Perlu Nak Pentingkan Diri Sampai Sakiti Hati Jiran

IKLAN

“Susah Dapat Jiran Mental”, Wanita Kongsi Pengalaman Gaduh Besar Bila Jiran Bolot Tempat Parking

Bergaduh Kerana Harta, Pelakon Bollywood Dibunuh Anak Sendiri, Mayat Dicampak Sungai!

Terdahulu, PDRM telah membuka dua kertas siasatan berhubung video tular memaparkan seorang wanita dipercayai menghina anggota polis di sebuah kedai makan di Gombak. Sehubungan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, wanita berusia 35 tahun itu telah ditahan  bagi membantu siasatan.

IKLAN

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI