3 beradik meninggal rempuh tren, tarikh kelahiran jadi tarikh kematian. Innalillahiwainailahirojiun. Tidak cepat sesaat atau terlewat seminit, setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian.
Berat untuk diungkap namun kehidupan harus diteruskan oleh ibu bapa tiga beradik ini apabila anak mereka dijemput Allah serentak selepas lori dipandu merempuh sebuah kren di Kilometer 136 Jalan Kuantan-Johor Bharu dekat Kampung Sepakat dalam kejadian petang semalam.
3 Beradik Meninggal Rempuh Kren
Tiga beradik terbabit, Muhammad Firdaus Abu Bakar, 28, Muhammad Solihin, 21, dan Ahmad Jazuly, 17, dari Jalan Sungai Kolek, di sini di mana dalam video yang tular didapati ada mangsa yang tercampak di atas jalan raya selepas merempuh kren terbabit.
3 beradik ini meninggal serentak pada kemalangan ngeri ini.
Lebih menyayat hati, tarikh kelahiran seorang dari mangsa iaitu Ahmad Jazuly iaitu pada 8 Jun menjadi tarikh kematiannya selepas terlibat dalam kemalangan ngeri ini.
Tarikh Kelahiran Jadi Tarikh Kematian
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, siasatan awal mendapati kemalangan pada 7.35 petang itu berpunca daripada kecuaian pemandu lori Toyota Hiace yang memandu secara berbahaya.
Ads
“Lori dipandu oleh Muhammad Solihin manakala Muhammad Firdaus dan Ahmad Jazuly sebagai kelindan dalam perjalanan dari Johor Bharu menghala arah Kuantan.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, lori hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan jentera berat berkenaan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
Katanya, akibat kejadian itu, ketiga beradik berkenaan parah di kepala serta kaki dan disahkan meninggal dunia.
Sementara pemandu kren berusia 38 tahun turut cedera di bahagian badan.
Ads
“Kesemua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke Hospital Rompin untuk tindakan lanjut. Pemeriksaan awal juga mendapati, pemandu lori terbabit yang juga pelajar Politeknik Muadzam Shah, tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dr Say Cerita Pengalaman “Koyak” & “Meroyan” Selepas Bersalin
Pengalaman lahirkan anak pertama buat isteri gerun untuk hamil dan bersalin lagi. Kalau tak ada bantuan suami, boleh menjurus kepada meroyan selepas bersalin atau “postpartum”.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Hari lahir Ummi diiringi pemergian anak sulungnya, Allahuakbar” abang Uyaina meninggal dunia. Salam takziah diucapkan buat pengacara dan pelakon Uyaina Arsha sekeluarga atas pemergiaan abang kandung tercinta.
Pemergian Allahyarham abang sulung Uyaina, Mohd Attaful Uzair bin Arshad meninggalkan sebak di hati keluarga.
Apatah lagi menerusi perkongsian di akaun Instagram, Uyaina mencoretkan pemergian abangnya itu sama dengan tarikh lahir ibu.
“Hari Lahir Ummi Diiringi Pemergian Anak Sulungnya”
“Inallillahiwainnailaihirojiun,
“Pulangnya abang sulungku ke negeri abadi. Bertemu Sang Pencipta.
“Hari ini, 19 Ogos adalah hari jadi Ummi.. Lama dia plan nak sambut birthday Ummi.. Akhirnya, hari lahir Ummi diiringi dengan pemergian anak sulungnya.. Allahuakbar..
“Abangku Uzair,
“Semoga syurga menantimu,” tulis Uyaina yang akui terlalu perit dan sakit kehilangan seorang insan yang terlalu baik. Kehilangan darah daging yang terlalu disayangi.
Risau Adiknya Nak Bersalin
Menurut Uyaina lagi, dia baru saja berjumpa dengan arwah abangnya semalam.
“Baru je semalam kami berjumpa. Makan sama-sama. Bersembang macam-macam.
“Gelak sama-sama. Macam-macam juga dia pesan. Dia risaukan adiknya nak bersalin.
“Rupa-rupanya dia yang pergi dulu. Rasa tak percaya dia dah tak ada. Terlalu awal dia pergi.. Sama usia dengan arwah Baba sewaktu dia meninggal dunia.
“Minta kalian semua hadiahkan Al-Fatihah buat Mohd Attaful Uzair bin Arshad.. Doakan juga kesejahteraan & kekuatan buat isteri & anak-anaknya,” luah Uyaina.
Tiada perkara yang lebih membahagiakan hati mak ayah apabila anak-anak berjaya cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan masing-masing. Lebih-lebih lagi peranan mak, hasil usaha gigih memberi sokongan, memantau pelajaran dan sebagainya, terbalas dengan kejayaan anak-anak.
Pelakon yang juga merupakan seorang arkitek sepenuh masa, Azhar Sulaiman mendirikan rumahtangga dengan Chempaka Emalin Pahamin,49 dan mendapat 3 orang anak iaitu Kasih Leia Ixora, dan pasangan kembar Andika Rees Pahamin & Kasih Iris Leona,18.
Keputusan SPM
Sempena pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 pada hari ini, dalam posting terbaru di Instagram, selebriti ini berkongsi cerita gembira, kejayaan anak-anak kembarnya yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan ini. Malah dengan keputusan cemerlang tersebut, anak-anaknya dikatakan akan menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang.
Istimewanya, Azhar turut mengucapkan rasa terima kasih dan penghargaan buat isteri tersayang yang rajin serta bertungkus lumus menjaga anak-anak dan keluarga dengan baik. Ternyata kejayaan anak-anak, juga adalah daripada hasil usaha dan pengorbanan isteri tersayang.
“Syukur Alhamdullilah My Twins Rees & Leona Telah Berjaya Dalam Results SPM Mereka.”
“Dua dua pun sudah setuju untuk ambik jurusan Undang Undang.”
“Thanks A Zillion To My Wife Chempaka Yang Sentiasa Work Hard For The Kids & Telah Menjaga Family Kita Dengan Baik.”
MW: Tahniah buat Azhar Sulaiman dan isteri. Semoga anak-anak terus cemerlang dan berjaya dalam jurusan yang menjadi pilihan. Kejayaan anak-anak bukan hasil usaha semata-mata, tapi juga berkat doa, usaha gigih dan pengorbanan daripada seorang mak.
Pernah dengarkan tentang akupuntur. Ia salah satu kaedah perawatan yang membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan kita. Rupanya muka pun boleh buat akupuntur. Tengok saja wajah penyanyi Heliza Helmi ini. Berani sungguh si cantik manis ini.
Katanya, ini pengalaman pertama buat Heliza. Dia lakukannya bersama Hazwani Helmi. Walaupun baru kali pertama mencuba, hasilnya buat Heliza rasa seronok. Nak tahu sebabnya?
“First time kakja dan @hazwanihelmi buat akupuntur. Ya Allah, honest review rasa macam hati riang ria gumbira ntah camne nak cakap. Rasa pengaliran darah dalam badan berjalan dengan baik Alhamdulillah. Kalau ada bahagian sakit, memang dorang akan fokus kat bahagian sakit.
“Sekarang ni rasa tak sabar nak buat next appoiment. Jujur cakap korang kena try. Seriously sangat best macam nak nangis.”
Kita yang tengok akan rasa macam-macam nak tahu kan? Terutama bab, tak sakit ke dicucuk-cucuk jarum itu? Haa.. ini jawapan Heliza.
“Ok rasa dia untuk kakja Alhamdulillah tak sakit cuma masa cucuk tu rasa sikit la ala macam tercucuk peniti, gitu ja, in sha Allah boleh tahan punya.”
Macam-macam Boleh Buat Dengan Akupuntur Ni
Menurut Heliza Helmi lagi, dia lakukan rawatan akupuntur itu di Sensei Acupunture Beauty. Selain rawatan wajah, akupuntur juga boleh digunapakai untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Siapa yang ada masalah rambut gugur pun bagus untuk mencubanya.
Rawatan ini juga berguna untuk mereka yang selalu mengalami sakit kepala, pening dan masalah rabun. Yang lebih menarik, nak rawat masalah jerawat pun boleh. Namun, kaedahnya berbeza untuk setiap individu yang mana titik akupuntur yang akan dicucuk pada setiap pesakit itu berbeza.
Ahli terapi yang mempraktikkan rawatan ini juga seorang Muslimah dan lembut semasa menjalankan sesi rawatan ini. Menarikkan untuk dicuba.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...