Watak popeye, cerita kartun yang membuatkan sesiapa tengok pasti leka. Awal-awal ‘hero’ mesti kalah, tapi bila dah diberi makan bayam, terus bertenaga demi menyelamatkan isteri tersayang dari penjahat.
Inilah watak kartun popeye yang sentiasa menghisap paip dan mempunyai tatu sauh di lengannya. Kartun ini dicipta pada tahun 1929 oleh EC Segar. Ia adalah watak pelaut dan kartun animasi yang terkenal dengan mata kanannya yang juling, lengan yang besar dan menghisap rokok paip.
Di sebalik watak popeye ini ada lelaki yang sebenarnya.
Gambar ini adalah lelaki iaiatu watak popeye yang sebenar.
Ads
.
Tak ramai yang tahu tapi Popeye ni memang berdasarkan orang yang betul-betul wujud. Inilah Frank ‘Rocky’ Fiegel yang berasal dari Poland-Amerika yang menjadi tentera laut pada tahun 1887.
Selepas Frank bersara, dia direkrut oleh pekerja Wiebusch tavern (macam kedai pub), Illinois sebagai ‘orang kuat’. Kira macam jadi bouncer dekat pub gitu.
Ads
Benda ni sebab orang selalu kenal dia sebagai jenis kuat gaduh dengan orang, dan sebelah mata dia macam jadi cacat sikit. Daripada mata cacat ni lah datangnya nama ‘Pop Eye’ (mata terkeluar). Dia juga selalu djumpai dengan rokok paip yang dia letak di tepi mulutnya, dan sebelah lagi mulut dia dia guna untuk bercakap.
Bila dia jumpa budak budak, dia suka bercerita pasal perkara yang dia buat zaman semasa zaman muda dulu, terutamanya pasal kekuatan dia. Selalu cakap benda yang buat dia jadi kuat ialah sebab dia suka makan sayur bayam.
.
Ads
Dalam kalangan kanak kanak tersebut, ada seorang budak ni bernama Ezlie Crisler Segar yang bila dia dah besar, dia cipta watak kartun Popeye, sempena lelaki ni.
Mingguan Wanita : Olive, isterinya pula tak pasti macam mana kewujudannya. Mungkin ini sekadar imaginasi untuk menarik perhatian penonton melihat kartun ini.
Siti Bainun kekal di penjara, Hakim tolak ayuan tangguh hukuman 12 tahun. Tiada merit atau keperluan khas untuk menangguh hukuman penjara. Begitu juga keadaan kesihatan yang dilihat stabil.
Inilah pendapat dari Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache, hari ini apabila menolak permohonan Siti Bainun yang mengemukakan permohonan penangguhan penjara ke atasnya selepas didapati bersalah atas kesalahan mendera dan menganiaya remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella.
Jelas Hakim Mahkamah Tinggi ini, didapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk membenarkan penangguhan hukuman berkenaan.
Sekaligus, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, kekal di penjara selepas sekali lagi gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu atas kesalahan.
Memetik laporan Berita Harian, Siti Bainun, 31, yang dibawa dari Penjara Kajang, diwakili peguam, Ahmad Faiz Munawar, manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias.
Turut kelihatan di galeri awam mengikuti prosiding ialah keluarga wanita itu, termasuk ibunya.
Pada 3 Mei lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Siti Bainun bagi pertuduhan pertama atas kesalahan mengabai dan 12 tahun penjara bagi tuduhan kedua kerana menganiaya, dengan kedua-dua hukuman diperintahkan berjalan secara serentak.
Izralizam mengarahkan Siti Bainun dihantar ke penjara serta-merta, selepas menolak permohonan peguam bela pengasas Rumah Bonda itu, Mohammad Farhan Maaruf, untuk menangguhkan hukuman berkenaan sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.
Mahkamah itu juga menetapkan supaya Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun, dengan cagaran RM5,000 dan menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam, yang disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Pada 9 Mac lalu, pihak pembelaan menutup kes selepas mengemukakan lapan saksi dengan Siti Bainun sebagai saksi pembelaan pertama memberi keterangan pada prosiding bermula 26 Januari lalu.
Saksi lain memberi keterangan ialah pensyarah kanan bidang psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai serta pegawai penemubual Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim dan Nor Aidil Farhab Johaizad.
Siti Bainun sepatutnya memberi keterangan membela diri pada 16 Januari lalu, namun prosiding ditangguhkan berikutan tiga peguamnya iaitu Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan dan Nur Ellena Mohamed Razif, menarik diri daripada mewakilinya.
Prosiding membela diri itu bersambung keesokannya, namun dua lagi peguamnya iaitu Nurul Hafidzah Hassan dan Asiah Abd Jalil, turut membuat keputusan menarik diri daripada mewakili Siti Bainun, sekali gus menjadikan tertuduh tidak mempunyai peguam.
Pada 26 Januari lalu, Izralizam mengarahkan Siti Bainun memberi keterangan membela diri walaupun wanita itu tidak diwakili peguam supaya tidak mengganggu perjalanan kes.
Bagaimanapun, pada 20 Februari lalu, Siti Bainun melantik semula Mohammad Farhan, yang pernah mewakilinya semasa perbicaraan di peringkat pendakwaan.
Pendakwaan mengemukakan 22 saksi, termasuk bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood; pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan; pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik, Dr Salmi Mohamed Shukur, yang memberi keterangan pada perbicaraan bermula 30 Mac 2022.
Pada 24 November 2022, mahkamah memerintahkan Siti Bainun membela diri atas dua pertuduhan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, di antara Februari dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terima kasih jadi suami yang hebat. Inilah antara kata-kata yang mampu diluahkan oleh isteri kepada arwah Lt Kol (PA) Ag Askandar bin Ampuan Yaacub yang meninggal semasa menjalani Misi Pendakian Gunung Everest.
Coretan yang cukup memilukan dan sakitnya bila kehilangan orang tersayang yang sangat bertanggungjawab dan menjaga keluarga dengan penuh kasih sayangnya.
Antara coretan oleh Fiza Hamid yang reda atas kehilangan ‘separuh nyawa’nya selama ini.
saya tau abang mau pulang ke pangkuan kami dalam keadaan bernyawa .. hari² abang cuba contact kami ,tak pernah miss ucap i love you & miss you setiap kali vc
.. Setiap masa mau tengok anak² .. sesungguhnya terasa sangat sakit utk terima abang sudah tiada .. Tapi Allah lebih sayang abang ..
by tau, by perlu redha ..
Alhamdulillah terima kasih sudah jadi suami yang sangat hebat selama 13tahun ..
Inshaallah by akan terus kuat untuk 6 orang anak kita .. Abang suami yg sangat baik ( caring, loving ) selalu dahulukan pendapat isteri .. selalu cuba tunaikan semua permintaan isteri dan anak² ..
Walaupun sibuk bekerja , tidak pernah sehari pun abang abaikan kami .. kalau outstation selalu bawa by dan anak² .. sibuk bekerja tapi abang akan selalu curi masa untuk bersama kami ..
Abang memang seorang bapa yg sangat² sayangkan semua anak, selalu pesan dgn anak² ” help mama, listen to mama “.. setiap petang lepas balik dari kerja mesti dia wajibkan anak² keluar bermain di luar rumah .. arwah tak mau anak² stress terkurung di rumah, tiada aktiviti fizikal ..
Abang selalu berterima kasih sebab by sudi jadi surirumah jaga anak² , sentiasa buat saya rasa dihargai .. Bila ada sesiapa tanya “wife kerja mana ” abang selalu jawab dengan bangga:
.
“Wife kerja housewife , tapi kerja housewife sangat susah , dialah yg boleh atur anak2 & rumah , jadi PA saya .. kerjaya yg sangat hebat “
terima kasih sawoku .. you treated me like a queen .. Ramai yg sayang abang .. Ramai yang mau hulurkan sumbangan & bantuan .. Saya sangat² bangga jadi isteri abang ..
Al fatihah ..
.
.
Info: Dalam berita sebelum ini, wira Sabah ini berasal dari Papar, Sabah meninggal dunia dalam misi mendaki Gunung Everest. Dikatakan arwah hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak namun terjatuh pada ketinggian 8000 meter dari aras laut.
Mingguan Wanita : Salam takziah buat Fiza Hamid sekeluarga, moga terus kuat demi anak-anak tersayang.
Elak jadi mangsa kecaman. Segalanya sangat cepat viral dengan kuasa media sosial. Silap cakap, buat perangai, mulalah akan terima kecaman dan kutukan. Bukan untuk menjatuhkan tapi sebagai satu pengajaran.
Jangan main-main dengan media sosial sekarang ini. Boleh dikatakan, bila buat baik pun viral, apatah lagi yang tidak menyenangkan hati akan lagi cepatlah komen-komen dari netizen.
Mungkin kisah ini dari minggu lepas lagi dan hingga sekarang masih ada yang tidak puas hati atas tindakan dan percakapan dan jawapan dari seorang penyanyi tanahair.
Bukan untuk mengeruhkan keadaan, tidak memihak pada mana-mana sekali pun. Cuma apa yang perlu kita ambil pengajaran adalah adab ketika berurusan dengan orang.
Perkongsian daripada dari Nor Zabetha ini adalah untuk memberitahu, tak kira kita orang terkenal atau hebat sekali pun, jaga adab bila berurusan dengan orang sn semua ini boleh elak jadi kecaman orang yang mendengarnya.
Saya terlihat sedutan laporan berita antara penyampai berita dan Dato Hattan.
Dato Hattan berulang kali bertanya siapa penulis lirik lagu XPDC. Bagus pembaca berita mengendalikan situasi. Dia cuba juga menjawab dan dia cuba ketawa kecil sedikit.
Sudah diberikan jawapan masih lagi, Dato Hattan menyampaikan rasa tidak puas hatinya. “Adoi”.
Bila saya baca komen, rata-rata tidak setuju dan marah. Cara pengendalian yang tidak betul. Kalau kita berurusan dengan orang, jangan kaedah ini. Tidak berapa lagendanya kita atau hebatnya kita.
Jangan malukan orang lain dan membuatkan dia jelas kelihatan tidak bijak di hadapan orang lain. Pembaca berita atau penyampai berita bukanlah wartawan yang menyingkap atau mengupas setiap satu berita atau segmen yang bakal dia hasilkan.
Nama pun penyampai.
Sebab itu, ayatnya “Boleh Dato ceritakan.” Kita dengar dari yang lebih berpengetahuan.
Sebab itu dalam segmen berita jika ada sesi atau slot, perlu tanya pakar ekonomi, pakar psikologi, doktor, peguam, pakar politik. Ikut kepakaran masing-masing. Biar pakar yang menjelaskan. Orang yang ditemubual bual itu, tidak boleh tanya sambil merendah-rendahkan.
Saya tahu ada yang membezakan wartawan dengan penyampai, sebab wanita itu hanya penyampai dan bukan wartawan. Kalau wartawan sekalipun, dia bertanya kepada yang lebih tahu atau yang pakar dalam bidangnya. Adakah wajar kita merendah-rendahkan dia?
Contoh minta pandangan peguam untuk jelaskan tentang undang-undang. Tiba-tiba peguam tanya “Ha! Pengubahan wang haram apa seksyennya? Apa elemennya? Takkan tak buat homework sebelum interview saya”.
Banyak wartawan yang saya jumpa. Ya, Allah segala hal mereka perlu selidik dan teliti. Contoh dalam satu liputan keganasan rumahtangga untuk satu slot siaran.
Jadi mereka mengharapkan pendapat pakar dalam bidang psikologi. Pendapat peguam dalam bidang guaman. Pendapat polis berkaitan dengan jenayah yang dilaporkan.
Tanya pada yang pakar. Itu lebih baik. Dunia penyampaian berita dan siaran berbentuk liputan atau dokumentari ini perlu dilakukan dengan baik. Sebab itu, mereka menemualbual orang yang selayaknya untuk memberi pandangan.
Kalau tidak, tidak perlu temubual. Mereka ‘study’ sendiri dan terus siarkan. Kadang-kadang perkongsian dari yang lebih tahu dan yang lebih pakar itu berbeza.
Saya banyak kali bekerjasama dengan wartawan dan mereka memang sangat profesional. Sangat peramah dan belum pernah sepanjang pengalaman saya ada pengalaman yang tidak senang.
Itulah, melihat situasi ini. Kadang-kadang kita selalu mempersoalkan kenapalah kehidupan kita ini ada saja halnya. Orang tidak suka. Orang tidak faham. Pada saya cara pengendalian.
Kita bayangkan pula kalau temubual semalam Dato Hattan jawab dengan cara lain pula. “Lirik yang ditulis sangat mendalam kerana…”. Sambil menjelaskan, memberikan penghargaan kepada karya dan menjelaskan karya begini barangkali tidak lagi bakal dihasilkan.
Sambil memberi pesanan pada kita untuk menghargai karya seni dan penghormatan terakhir kepada arwah.
Barangkali klip video itu tidak viral dan barangkali Dato Hattan juga tidak dikritik. Barangkali Dato Hattan, lebih dihormati.
Tapi itulah, cara kita mengendalikan sesuatu hal sangat memberikan kesan pada sesuatu hal.
Lihat bagaimana setiap kali Khairul Aming menjelaskan setiap isu. Simple and humble. Majoriti orang suka. Lihat cara influencer lain yang jenis tidak mengaku salah dan mempersoalkan kenapa dia sentiasa menjadi mangsa kecaman atau ‘play victim’. Kita tak lagi kesian tetapi tambah meluat.
Semuanya berbalik kepada cara pengendalian. Jangan cari masalah kalau tak mahu masalah.
Jadi setiap kali, kita berurusan dengan orang, pikir cara bagaimana yang memudahkan urusan kita dan orang sana. Kita tidak pening kepala, dia pun mudah. Orang sekeliling pun tidak menghukum.
Mingguan Wanita : Tidak memihak pada mana-mana tapi sebagai manusia, tinggi atau rendah pangkat seseorang itu, jagalah adab, jangan malukan orang lain.