Rumah kena pecah masuk waktu penghuni tidur, sungguh licik perbuatan pencuri ini apabila dia mampu mencuri di taman perumahan S2 Heights tanpa orang rumah sedar.
Pemilik rumah itu, seorang wanita mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM140,000 disebabkan enam buah beg tangan jenama mewah Louis Vuitton miliknya dilarikan penjenayah.
Rumah Kena Pecah Masuk Waktu Penghuni Tidur
Menerusi portal Kosmo! pihak polis telah menerima laporan berkaitan kes ceroboh dan pecah rumah melibatkan tiga buah banglo tiga tingkat di perumahan berkenaan pada awal pagi semalam dan kelmarin.
Sekarang pihak polis kini sedang giat memburu suspek yang memakai baju berhud (berpenutup kepala) dan dikatakan berani memecah masuk rumah mangsa ketika penghuninya sedang tidur.
Ads
Wanita Kerugian Hampir RM14k
“Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), suspek merupakan seorang lelaki tidak dikenalpasti berpakaian hoodie gelap lengan panjang, bertopi dan memakai pelitup muka serta bersarung tangan telah masuk ke dalam rumah mangsa antara pukul 1.20 hingga 3.37 pagi.
“Buat masa ini, belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan pihak polis masih menjalankan siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 457 akta yang sama,” katanya.
Terdahulu tular di media sosial, rakaman CCTV memaparkan suspek seorang diri berhud dan bertopi memecah masuk rumah mangsa dengan melalui ruang tamu sebelum masuk ke bilik tidur.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Biasanya bulan Mei mak-mak akan kalut dengan hadiah hari guru, bukan cikgu minta tetapi ramai yang memilih untuk bahagiakan hati seorang cikgu walau harganya tidaklah mahal.
Kali ini ada satu kisah menarik yang dikongsikan oleh Cikgu Ali, seorang guru yang menerima hadih sebungkus kuih tradisional, tidak banyak tetapi usahanya itu buat orang tercuit emosi. Yang tengok pasti akan puji usaha anak murid ini.
Kategori anak yang luar biasa. Tak meminta, cari inisiatif sendiri untuk memberi. Dan alhamdulilah, Cikgu Ali terima dan suka dengan usaha anak muridnya. Kongsinya di media sosial:
“Ini adalah hadiah hari guru yang paling buat saya bergenang air mata setiap kali teringat. Waktu ini dia selalu tanya cikgu dah buka ke belum.
“Kebetulan hari itu sibuk di sekolah jadi malam baru saya buka. Effort dia lukis bintang and wrap makanan itu elok-elok.
“Waktu ini juga dia menyorok belakang tiang tak silap sebab malu tak sama dengan hadiah orang lain. Tapi dia tak tahu inilah yang salah satunya cikgu dia paling ingat paling simpan gambar ini.
“The next day saya buatkan dia dan kawan sekelas dia kek batik. Makan ramai- ramai.”
Pelajar ini sudah sekolah menengah. Semoga dia berjaya dunia akhirat. Itu doa daripada seorang guru yang tersentuh emosinya atas kebaikan murid.
Dari sudut lain, Cikgu ini juga cukup rajin sediakan kek buat anak muridnya. Ini salah satu, Cheesekut Kek Batik by Mr. Ali untuk meraikan kerajinan anak murid darjah 5 di sekolah.
“Alhamdullilah semua kata sedap!” tulisnya di Thread.
Apa pun, sebagai mak ayah kita kena didik anak-anak untuk hargai dan hormat guru. Setakat bebel atau marah-marah sebab tak buat kerja sekolah, sila izinkan. Bukan senang nak mencorakkan murid-murid zaman sekarang, kena sado dan dalam masa yang sama kena ada rasa tanggungjawab.
Jadi sempena hari guru beberapa hari lagi, kita ucapkan Selamat hari Guru buat Cikgu Ali. Semoga Allah balas kebaikan guru ini dalam jutaan kebaikan atas keikhlasan mengajar anak muridnya.
Maut dirempuh SUV, seorang anak muda yang sedang menunggu hari bahagia untuk bergelar graduan pergi buat selama-lamanya.
Semuanya berlaku dengan pantas dan sangat tragis, ditambah pula apabila mengetahui pemandunya warga emas lelaki berusia 70-an.
Azim Haikal Noor Aziddin, satu nama yang tular selepas video kemalangan tragis di Petaling Jaya tersebar di media sosial. Di sebalik rakaman itu, tersimpan kisah sedih tentang impian yang tidak sempat menjadi kenyataan.
Arwah difahamkan baru sahaja menamatkan latihan industri dengan cemerlang dan sedang menunggu hari untuk naik ke pentas konvokesyen Diploma Komunikasi.
Namun, Tuhan lebih menyayanginya. Perkongsian pensyarah arwah benar-benar meruntun jiwa. Menurutnya, Azim Haikal bukan sekadar pelajar biasa. Dia dikenali sebagai anak muda yang sangat menjaga adab, lembut tutur kata, disenangi rakan-rakan dan dihormati jiran tetangga.
“Arwah bakal bergraduan dalam Konvokesyen Universiti Islam Selangor akan datang…”
Ayat itu cukup membuat ramai sebak.
Bayangkan, keluarga sedang menunggu hari untuk melihat anak tersenyum memakai jubah konvokesyen. Pensyarah pula menunggu untuk meraikan kejayaan pelajarnya. Tetapi akhirnya, yang tiba hanyalah khabar duka dan jenazah yang pulang tidak bernyawa.
Menurut laporan berita Sinar Harian, kemalangan berlaku apabila sebuah Proton X70 dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal yang ditunggang arwah.
Azim Haikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Pemergiannya meninggalkan luka mendalam buat keluarga, sahabat dan pensyarah yang mengenalinya.
Asbab kecuaian orang lain di Jalan 17/21 Petaling Jaya, seorang anak muda yang penuh impian kini berehat selamanya di bumi Sungai Tangkas. Syurga buatmu, Azim. Pergilah dengan tenang, “ijazah” sebenarmu kini di sisi Pencipta.
Al-Fatihah buat Allahyarham Azim Haikal Noor Aziddin. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan segala urusan keluarganya dipermudahkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dalam dunia hari ini, ramai tertanya-tanya… masih wujudkah cinta sejati? Kisah seorang lelaki bernama Azreein Rumi Aziz ini mungkin menjadi jawapannya.
Selepas lebih 780 hari kehilangan isteri tercinta, dia masih setia melakukan ziarah kubur isteri hampir setiap minggu.
Bukan kerana belum move on, tetapi kerana cinta yang pernah dibina selama puluhan tahun itu terlalu dalam untuk dilupakan begitu sahaja.
Bagi Azreein, rutin ziarah kubur isteri bukan sekadar datang membaca doa. Tetapi seperti satu “temu janji” yang sukar ditinggalkan.
Sepanjang 500 hari pertama selepas pemergian arwah isterinya, Nor Hazamiah, dia tidak pernah gagal hadir ke pusara.
Setiap kali datang, pasti ada bunga segar dibawa bersama. Seolah-olah kasih sayang itu masih hidup walaupun insan tersayang sudah tiada.
Menerusi perkongsian di Instagram, Azreein meluahkan rasa rindunya yang masih utuh walaupun masa terus berjalan.
“Tinggal air mata rindu dan kenangan. Ziarah 15 Zulkaedah 1447 bersamaan 782 hari pemergianmu. Aku selalu merindui Mu,” tulisnya.
Luahan itu membuat ramai tersentuh. Ramai mengakui jarang melihat lelaki yang begitu setia melakukan ziarah kubur isteri dalam tempoh yang sangat lama.
Kisah cinta mereka sebenarnya bermula sejak tahun 1994. Dari perkenalan biasa, hubungan itu berkembang menjadi sebuah rumah tangga yang bertahan lebih tiga dekad.
Bagi Azreein, arwah bukan sekadar isteri. Tetapi sahabat hidup, tempat berkongsi cerita, dan pelengkap kepada setiap fasa kehidupan.
Sebab itu, rutin ziarah kubur isteri menjadi cara paling dekat untuk terus “bertemu” dengan cinta hatinya.
Namun segalanya berubah pada Ramadan kedua tahun 2024. Nor Hazamiah menghembuskan nafas terakhir selepas 50 hari berada dalam keadaan koma.
Lebih memilukan, arwah rebah dan tidak sedarkan diri dalam pelukan suaminya sendiri. Detik itu menjadi kenangan terakhir yang sukar dipadamkan.
Mungkin sebab itu juga, Azreein tidak pernah berhenti melakukan ziarah kubur isteri sehingga hari ini.
Kehilangan insan tersayang benar-benar memberi kesan besar kepada dirinya. Menurut perkongsian, Azreein mengalami penurunan berat badan sehingga 25 kilogram selepas pemergian arwah isterinya.
Perubahan itu menggambarkan betapa beratnya rasa kehilangan yang ditanggung. Kadang-kadang, luka paling dalam bukan yang nampak di mata.
Tetapi yang disimpan diam-diam dalam hati.
Selepas pemergian arwah, hidup Azreein berubah sepenuhnya. Rumah yang dahulu penuh gelak tawa kini menjadi sunyi.
Yang paling dirindui bukan sekadar masakan atau layanan seorang isteri. Tetapi suara, gurauan kecil, dan kehadiran seseorang yang selalu ada di sisi.
Sebab itu, ziarah kubur isteri menjadi satu cara untuk melepaskan rindu yang tidak pernah habis.
Di media sosial, ramai netizen mengakui sebak membaca kisah tersebut. Ada yang mendoakan agar Azreein terus kuat. Ada juga yang berkata kisah ini membuat mereka lebih menghargai pasangan masing-masing.
Dalam dunia yang sering memperlihatkan hubungan rapuh, kisah ziarah kubur isteri ini menjadi bukti bahawa cinta sejati memang masih wujud.
Kisah ini mengingatkan ramai bahawa cinta sebenar tidak semestinya berakhir apabila seseorang pergi meninggalkan dunia.
Kadang-kadang, cinta itu tetap hidup dalam doa, dalam kenangan. dan dalam langkah kaki yang setia menuju pusara setiap minggu.
Apa yang dilakukan Azreein melalui rutin ziarah kubur isteri bukan sekadar tentang kesedihan.
Tetapi tentang kesetiaan.
Dalam dunia yang semakin sibuk mengejar segalanya, kisah ini mengingatkan kita bahawa cinta paling mahal… ialah cinta yang tetap setia walaupun kehilangan.
Biasanya ramai yang kurang ambil cakna bab pelepasan cukai, suka isi saat akhir dan akhirnya kelam kabut cari resit itu ini. Malahan majoriti orang kita akan tunggu bulan Mac atau April setiap tahun baru nak gelabah buka website e-Filing.