Tular video di medsos sekeluarga berdepan detik cemas selepas menyangka rumah kena pecah masuk, rupanya berlaku sebaliknya.
Sekeluarga Ingat Rumah Kena Pecah Masuk
Apa yang mengejutkan, kejadian itu disahkan sebagai salah faham selepas pemeriksaan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, memaklumkan, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 1.50 pagi susulan panggilan kecemasan yang dibuat oleh jiran mangsa.
“Siasatan awal mendapati, keluarga berkenaan keluar dari rumah sekitar jam 9 malam pada Sabtu sebelum meletakkan cawan kaca di tombol pintu dapur sebagai petunjuk sekiranya berlaku pencerobohan.
Ads
“Apabila mereka pulang kira-kira jam 12.30 tengah malam, bunyi kaca pecah didengari dari bahagian dapur sehingga menimbulkan syak bahawa rumah dimasuki orang,” katanya.
Rupanya Berlaku Sebaliknya!
Menurutnya, panik dengan situasi itu, penghuni rumah bertindak keluar semula dan meminta bantuan jiran untuk menghubungi pihak polis.
Ads
Sepasukan anggota dari Balai Polis Tanjung Minyak yang tiba di lokasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan menyeluruh, namun tidak menemui sebarang tanda pecah masuk atau kehadiran individu mencurigakan.
Pempengaruh terkenal, MUA Bellaz sekali lagi mencuri perhatian apabila memilih untuk menyambut hari lahirnya dengan cara yang cukup sederhana tetapi penuh makna, meraikan hari jadi ala kenduri kampung.
Dalam dunia media sosial hari ini, ramai memilih untuk meraikan ulang tahun di hotel mewah atau restoran eksklusif. Namun, berbeza dengan MUA Bellaz, beliau lebih selesa kembali ke akar kehidupan dengan meraikan momen istimewa bersama orang kampung.
Pendekatan ini bukan sahaja unik, malah menyentuh hati ramai yang melihat nilai keikhlasan di sebaliknya.
MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini memilih latar bendang dan rumah kampung sebagai lokasi sambutan birthday ala kenduri yang diadakan.
Menurut perkongsiannya, majlis tersebut berlangsung dengan lancar dan penuh kesyukuran.
Beliau turut berterima kasih kepada penduduk kampung, rakan-rakan serta ahli keluarga yang hadir memeriahkan sambutan tersebut.
Apa yang menarik, suasana yang ditampilkan mengingatkan ramai kepada kenduri kampung zaman dahulu, penuh gotong-royong, kemesraan dan tanpa sebarang kemewahan berlebihan.
Dalam video yang dikongsikan, suami MUA Bellaz iaitu Anuar Muhammad turut dilihat tidak kekok membantu menyediakan makanan bersama penduduk kampung.
Situasi ini jelas menunjukkan bahawa sambutan MUA Bellaz kampung bukan sekadar acara biasa, tetapi satu bentuk penghargaan kepada komuniti sekeliling.
Gotong-royong yang dilakukan menghidupkan kembali semangat kebersamaan yang semakin jarang dilihat hari ini.
Malah, ramai yang memuji sikap pasangan ini yang kekal merendah diri walaupun sudah berjaya dalam dunia perniagaan dan media sosial.
Ramai warganet meluahkan rasa tersentuh melihat cara Bellaz sambut birthday yang lebih mengutamakan jiran dan masyarakat kampung.
Tidak seperti kebiasaan sesetengah pempengaruh, MUA Bellaz memilih untuk mendahulukan orang terdekat berbanding mengejar gaya hidup mewah.
Hakikatnya, birthday ala kenduri seperti ini membawa makna yang jauh lebih besar, ia bukan sekadar sambutan, tetapi satu simbol hubungan dan kasih sayang sesama manusia.
Ramai juga menyatakan bahawa suasana seperti ini mengimbau kenangan lama kenduri kampung yang penuh dengan kehangatan.
Kesihatan usus memainkan peranan penting dalam kesejahteraan tubuh badan, terutama bagi wanita yang perlu menjaga keseimbangan hormon, tenaga harian dan sistem imun. Salah satu cara untuk menyokong kesihatan usus adalah dengan mengambil probiotik terbaik yang sesuai dengan keperluan tubuh.
Dalam artikel ini, kami kongsikan apa itu probiotik dan senarai probiotik terbaik di Malaysia yang boleh membantu anda membuat pilihan lebih bijak.
Probiotik adalah bakteria baik yang membantu mengekalkan keseimbangan mikroflora dalam usus. Apabila jumlah bakteria baik mencukupi, sistem pencernaan menjadi lebih lancar, imuniti meningkat dan tubuh lebih bertenaga.
Sebab itu pemilihan probiotik terbaik sangat penting untuk memastikan manfaat yang optimum.
Berikut adalah senarai probiotik terbaik yang popular dan mudah didapati di pasaran:
Gabungan prebiotik dan probiotik untuk menyokong kesihatan usus dan sistem imun.
Pilihan mudah untuk gaya hidup aktif, membantu meningkatkan tenaga dan pencernaan.
Mengandungi lima strain bakteria baik yang sesuai dengan persekitaran Asia.
Dirumus dengan teknologi kapsul khas untuk memastikan probiotik sampai ke usus dengan selamat.
Menyediakan dos harian bakteria baik untuk mengekalkan keseimbangan usus.
Probiotik dalam bentuk cecair, sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
Pilihan spektrum luas untuk menyokong kesihatan usus dan mental.
Sesuai untuk vegetarian dengan bahan semula jadi.
Gabungan sinbiotik untuk meningkatkan penyerapan nutrien.
Dirumus khas untuk kanak-kanak bagi menyokong kesihatan usus sejak kecil.
Pengambilan probiotik terbaik boleh membantu:
Bagi wanita, kesihatan usus juga memberi kesan kepada hormon dan tahap tenaga harian.
Tidak semua produk sesuai untuk semua orang. Untuk memilih probiotik, pertimbangkan:
Memahami keperluan tubuh membantu anda mendapatkan manfaat maksimum daripada probiotik terbaik yang dipilih.
Kesihatan usus bukan sesuatu yang boleh diabaikan. Dengan memilih probiotik terbaik, anda bukan sahaja menjaga sistem pencernaan, tetapi juga meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.
Mulakan langkah kecil hari ini untuk kesihatan yang lebih baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dek kerana memakai kasut tumit tinggi selama enam jam, Nabila Huda terpaksa turun hotel pakai kerusi roda.
Inilah yang berlaku kepada anak kepada penyanyi, Amy Search selepas dia pernah diserang slip disc sebelum ini.
Menerusi satu perkongsian di portal hiburan, “Hari itu, saya ‘skip’ (langkau) lagi, berat sungguh nak pergi fisioterapi sebab mengantuk.”
Demikian jawapan pelakon Nabila Huda berkenaan rawatan yang perlu dilakukan akibat kecederaan tulang belakang (slip disc) dialaminya pada Disember lalu.
Tindakan melangkau rawatan tersebut mengundang padah apabila Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 41, tidak boleh bangun dari katil selepas beberapa jam memakai kasut tumit tinggi.
“Dia macam boring sangat habit itu. Tapi saya kena marahlah dengan kawan-kawan, mereka cakap kena pergi sebab ketika malam gala Gayong 2, keesokkan harinya saya tak boleh bangun.
Puncanya pakai kasut tumit tinggi selama enam jam, saya turun hotel pakai kerusi roda,” ceritanya lagi.
Meskipun menanggung kesakitan, Nabila enggan dibawa ke hospital dan mendapatkan rawatan alternatif yang lebih selesa bagi dirinya.
“Waktu tak boleh bangun saya telefon Beto dan Sandra, mereka datang memeriksa saya dan cakap nak bawa pergi hospital.
Saya tak nak sebab nanti kena makan painkiller. Mereka bawa terus pergi ke tempat fisioterapi kawan saya dan dia betulkan saraf, alhamdulillah okey,” ujarnya.
Sebelum ini, Nabila menjalani pemeriksaan selepas diserang kesakitan pada bahagian pinggang selepas bangun tidur. Namun kali ini, disebabkan tersilap langkah, kakinya rasa sakit.