‘Mungkin jika abang tiada nanti, baru fikirkan soal jodoh.” Sanggup membujang demi abang.
Begitulah kasihnya seorang adik kepada abangnya yang mengalami down sindrom. Bimbang bakal pasangannya tidak mampu menerima keadaan abangnya membuatkan lelaki ini berfikir panjang untuk berkahwin.
Kisah dua beradik ini mulai viral di TikTok pabila Redzoashrofi kerap berkongsi video dia bersama abangnya dalam menjalani kehidupan sehari-hari.
“Buat masa ini, biarlah saya membujang kerana tidak tahu ada atau tidak pasangan sanggup terima dan bantu menjaga abang jika berkahwin nanti,” kata Redzoashrofi Isa.
Redzoashrofi, 27, kini tinggal berdua bersama abang sulungnya, Mohamad Fariz Isa, 32, yang disahkan sindrom Down sejak lahir di Taman Ria Jaya, di sini, manakala dua adik-beradik lain duduk berasingan.
Perunding takaful itu menggalas tanggungjawab menjaga Mohamad Fariz selepas pemergian ibu, Eshah Lebai Awang dan bapanya, Isa Hassan.
“Ayah meninggal dunia pada 2006 kerana menjadi mangsa langgar lari diikuti emak empat tahun lalu berikutan penyakit tiga serangkai iaitu diabetes, darah tinggi dan masalah jantung.
“Sebelum meninggal dunia, emak sempat berpesan kepada saya untuk menjaga abang dan itu yang saya cuba lakukan.
Ads
“Mujurlah waktu kerja fleksibel, jadi lebih mudah untuk menjaga abang malah ada masanya saya bawa abang bersama ketika berjumpa pelanggan,” katanya.
Sanggup Membujang
Menurut Redzoashrofi, dia dan Mohamad Fariz rapat malah abangnya itu sangat manja dengannya.
Ikatan kuat itu yang menyebabkan mereka berdua tidak boleh berjauhan antara satu sama lain.
“Jika ada tugasan luar negeri sekalipun, saya akan bawa abang bersama kerana tidak sanggup tinggalkannya.
“Rindu rasanya jika tidak dapat lihat wajahnya walaupun sehari, namun saya pernah berpisah dengan abang ketika ditahan di wad selama dua minggu akibat dijangkiti Covid-19.
“Selepas sembuh, saya dimasukkan lagi ke hospital dua minggu kerana demam panas hingga sawan dan terpaksa minta bantuan orang lain untuk menjaga abang.
Ads
“Sepanjang di wad, abang asyik menghubungi saya menerusi panggilan video kerana rindu dan tidak boleh saya tiada bersamanya,” katanya yang juga anak ketiga daripada empat beradik.
“Sebelum meninggal dunia, emak sempat berpesan kepada saya untuk menjaga abang dan itu yang saya cuba lakukan.’ – Redzoashrofi.
Bercerita soal jodoh, Redzoashrofi mengakui dia ada keinginan untuk berumah tangga malah pernah ada teman wanita sebelum ini.
Bagaimanapun, hubungan percintaannya kecundang di pertengahan jalan.
“Saya sudah dua kali putus cinta atas sebab yang sama, jadi tidak mahu terlalu berharap lagi.
“Mungkin jika abang tiada nanti, baru saya akan fikirkan soal jodoh kerana bukan mudah untuk jaga abang kerana dia tidak pandai uruskan diri, jadi ada kalanya kencing dan buang najis bersepah.
Ads
“Kalau boleh saya tidak mahu bebankan isteri dengan semua itu, jadi biar saya yang hadap semuanya.
“Cuma saya sentiasa berdoa semoga diberi kesihatan yang baik kerana jika sakit, siapa yang akan menjaganya?” katanya yang aktif berkongsi kisahnya dan Mohamad Fariz di TikTok.
Mingguan Wanita : Syurga balasan mu. Semoga Allah memberkati kedua adik beradik ini. Betul-betul tersentuh melihat hubungan dua beradik ini yang sangat akrab.
Bapa terlebih sporting anak selamba conteng Alphard, ingat kena marah rupanya beri galakan berkarya. Sekitar 10 tahun lalu, pasti ada di antara kita pernah membaca kesalan seorang ayah kerana telah memukul anak tunggalnya.
Sebabnya hanya satu di mana anak telah menconteng kereta dan si ayah memukul anak bertalu-talu hingga tangan si kecil membengkak. Menganggap si anak perlu dihukum, baik si ayah mahu pun ibu langsung tidak mempedulikan anak dengan alasan mahu mengajar dan mengatakan perbuatan si anak itu salah.
Tapi akhirnya keduanya menyesal seumur hidup kerana telah berlaku jangkitan kuman di telapak tangan yang memaksa kedua belah tangan anaknya terpaksa dipotong untuk selama-lama selepas anak mengalami demam panas akibat tangan luka-luka dirotan.
Dialog si anak cukup meninggalkan kesan di hati ramai mak ayah.
“Ayah… bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil tangan Ita. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi! Ayah pulangkanlah tangan Ita ye…” kata Ita bertalu-talu, merayu kepada si ayah agar mengembalikan kedua-dua belah tangannya.
Ya, ramai ibu ayah akan kurang sabar bila harta kesayangan mereka diusik. Tambah jika kereta tersebut telah diubah suai berpuluh ribu dan ia menjadi benda kesayangan.
Bapa Terlebih Sporting Anak Selamba Conteng Alphard
Tapi satu perkongsian seorang bapa dari Terengganu menggunakan akaun Tik Tok @Zameerpenbrush pasti membuat kita teruja.
Teruja kerana cara didikannya dan memahami minat anak dalam seni lukis membuatkannya tidak kisah anak-anaknya menconteng kereta mewah, Alphard. Jika di awal plot dia nampak mahu marah dan menyuruh anak memadamnya, tetapi akhirnya menggalakkan anak terus melukis.
Dan bila menjengah di media sosialnya ternyata mereka anak beranak dikurniakan kreativiti luar biasa di mana masing-masing berbakat melukis. Hasil seni yang mereka cukup awesome dan berjaya mengubah sebuah kereta menjadi luar biasa dan nampak cantik.
Ingat Kena Marah Rupanya Beri Galakan Berkarya
Menjadikan ini sebahagian dari rezekinya, caranya berkongsi minat dengan anak dan membenarkan si ciliknya sama-sama berkarya adalah sesuatu yang luar biasa. Kerana tidak ramai ibu bapa sanggup mempertaruhkan “pekerjaan” mereka bersama anak-anak.
Antara hasil seni Zameer
Tidak hanya melakar kreativiti di kenderaan, kalau dijengah di media sosialnya bapa ini turut melukis di helmet, dan lain lagi dan hasilnya memang superb.
Jadi buat mak ayah yang ada anak minat tentang seni, berilah mereka galakan. Bukan terus melarang atau merotan kerana mana tahu hasil seni mereka itu bernilai tinggi di masa depan.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun telah menjadi yatim piatu setelah kedua ibu bapanya meninggal kerana coronavirus dalam masa 100 hari.
Melalui laporan yang dipetik daripada NBC NEWS, akaun GoFundMe telah dibentuk untuk membantu Raiden Gonzalez dari San Antonio, Texas, setelah dia kehilangan ayahnya Adan Gonzalez pada bulan Jun sebelum ibunya Mariah Gonzalez meninggal pada bulan Oktober.
Raiden bersama ibu bapanya Adan dan Mariah
Tinggal Bersama Nenek
Raiden bakal menyambut ulang tahun kelimanya pada 22 November ini. Dia kini tinggal bersama neneknya dari sebelah ibunya, Rozie Salinas.
Puan Salinas mengatakan tragedi mula menimpa keluarganya setelah salah seorang rakan kerja Adan diuji positif untuk Covid-19 awal tahun ini.
Adan dimasukkan ke hospital pada 3 Jun dan meninggal tiga minggu kemudian pada 26 Jun.
Pemandu lori itu digambarkan sebagai “salah seorang daripada dua orang yang paling sakit di hospital” oleh doktor yang merawatnya.
Mariah yang juga seorang guru sekolah sangat bersedih dengan kematian suaminya. Dia telah merancang acara peringatan untuk suaminya. Namun Mariah telah meninggal dunia hanya beberapa jam setelah jatuh sakit.
Bercakap mengenai cucunya, Puan Salinas memberitahu NBC News: “Disebabkan dia anak emak, Raiden amat merindui ibunya. Malah pagi ini dia memberitahu saya bahawa dia berharap dapat bertemu ibunya semula. Dia hanya menginginkan ibunya kembali semula.”
“Maksud saya, apa yang harus saya katakan kepadanya? Anda tahu, saya baru mengatakan kepadanya bahawa mereka sekarang malaikat mengawasi kita dan melindungi kita.”
Tambah Salinas: “Raiden yang membuatkan saya mampu meneruskan hidup. Berkali-kali dia mengingatkan saya bahawa dia menyayangi saya. Dia selalu berterima kasih kepada saya kerana menjaganya, tetapi harus fikir mengenai dirinya. Ini keadaan yang sukar untuk diproses.”
Puan Salinas merancang untuk mengadakan majlis ulang tahun khas untuk Raiden pada akhir bulan ini dengan acara pandu lalu yang menampilkan kelab trak, penunggang basikal, kelab Mustang, kereta klasik, kelab Jeep, serta pasukan bomba.
“Sambutannya pasti meriah.”
Dia juga merancang untuk mengadakan acara peringatan untuk anak perempuan dan menantunya selepas Krismas.
Masih ada lagi kan mood cuti-cuti Malaysia ini. Walaupun ada anak-anak yang nak mula masuk sekolah, masih ada baki cuti untuk dihabiskan. Bawa anak-anak bercuti di hotel pun menarik juga. Lagi menarik jika dapat claim baucar hotel.
Wanita ini, Farah Soraya berkongsi panduan membeli dan redeem baucar hotel di Shopee. Haa.. makin rancaklah mak ayah nak bercuti nanti kan.
“Since ramai yang curios and tanya macam mana nak beli and redeem voucher hotel dekat shopee.
Meh soya nak share dengan korang in case ada yang masih lagi tak tahu.” kongsinya.
Panduan Beli Dan Redeem Baucar Hotel Di Shopee
1. Bukak shopee. Click Shop Malaysia
2. Click Cuti Cuti Malaysia
3 star hotel akan dapat voucher RM50
4-5 star hotel akan dapat voucher RM100
3. Claim voucher. Ada RM50 dengan RM100 . Lepas claim , boleh proceed nak hotel yang mana.
Boleh la pilih mana yang sesuai . Make sure payment guna shopeepay tau.
4. Masuk kan code yang claim tadi , then kena buat payment guna shopeepay.
Contoh template email kepada hotel . Buat simple simple je , make sure attach skali screen shot voucher .
5. Dah payment, nanti email hotel untuk reservation.
6. Tunggu hotel reply confirmation number lepas tu sesiap la packing baju pergi check in.
Setiap Hotel Ada Pakej
Contoh each hotel akan ada few package untuk korang pilih .
Cara nak redeem semua ada tulis dekat situ.
Bila dah redeem dia akan jadi macam ni .
Make sure buat room reservation 3 days in advance. Ada setengah hotel tu required 2 days je .
Kalau last minute stay tak suggest korang untuk guna. Sebab selalunya konsep voucher ni untuk in advance sahaja melainkan staff reservation tu tak busy nak attend korang punya reservation.
Tapi as a reservation agent, nak pesan kat korang tolong jangan buat last minute booking if nak guna voucher.
Kalau date korang nak check in tu weekdays mungkin ok kot . If weekend please book in advance . Staff pun akan ambik masa juga nak verify voucher ni dengan pihak shopee .
Kamal Adli Mahu Uqasha Jadi Ibu Terbaik. Itulah antara doa dari seorang suami buat isteri tercinta. Pasangan popular Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang...