Sumber Foto :  Facebook Ebit Lew

Kakak berniaga aiskrim potong jaga makcik OKU dapat hadiah kereta. Warganet terkesima dengan sumbangan yang disalurkan penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Simpati dengan nasib seorang wanita yang berniaga aiskrim potong dan terpaksa membawa makciknya seorang OKU yang dijaga dengan menggunakan motor roda tiga, Ustaz Ebit tampil menghulurkan sumbangan sebuah kereta Perodua Bezza bagi memudahkan pergerakan wanita tersebut.

Kakak Berniaga Aiskrim Potong Jaga Makcik OKU Dapat Hadiah Kereta “Alhamdulillah, Sepantas Kilat Sumbangan Sampai”

Kakak Berniaga Aiskrim Potong Jaga Makcik OKU Dapat Hadiah Kereta

Perkara itu dikongsikan Ebit melalui laman sosial Facebooknya dan mendapat sokongan daripada netizen yang memuji langkah yang diambil.

Malah Ustaz Ebit juga berasa sebak apatah lagi hadiah tersebut diberikan sempena 1 Ramadan. Malah penerima bantuan, makcik OKU juga berasa sangat gembira dengan hadiah diterima.

Kakak Berniaga Aiskrim Potong Jaga Makcik OKU Dapat Hadiah Kereta “Alhamdulillah, Sepantas Kilat Sumbangan Sampai”

“Sebak syukur rasa.

“1 Ramadhan kami dapat hadiahkan kereta Perodua Bezza baru untuk akak yang viral kebaikannya menjaga makciknya sakit oku dengan bawa berniaga kemana-mana dalam motor roda tiga di Terengganu.

“Syukur pada Allah sangat-sangat.

“Lepas Subuh terus ke Terengganu. Sampai tadi akak ni terkejut dan gembira. Saya terus bawa kakak ni beli kereta dekat Perodua Kuala Terengganu.

“Baik layanan semuanya terus kami bayar cash kereta ni untuk hadiah pada kakak ni.

IKLAN

Kakak Berniaga Aiskrim Potong Jaga Makcik OKU Dapat Hadiah Kereta “Alhamdulillah, Sepantas Kilat Sumbangan Sampai” Kakak Berniaga Aiskrim Potong Jaga Makcik OKU Dapat Hadiah Kereta “Alhamdulillah, Sepantas Kilat Sumbangan Sampai”

Tak Suka Bergantung Harap Pada Sesiapa

“Akak ni kuat kerja jual aiskrim potong.

“Siapa nak beli aiskrim potong beliau akan hantar dengan motor roda tiga ke mana-mana.

“Beliau juga tidak suka bergantung dan berharap pada sesiapa.

“Jika sesiapa nak bantunya boleh beri aiskrim potongnya dan sponsor ke untuk anak yatim atau majlis buka puasa.

Kakak Berniaga Aiskrim Potong Jaga Makcik OKU Dapat Hadiah Kereta “Alhamdulillah, Sepantas Kilat Sumbangan Sampai”

Tak Dapat Sambung Belajar Kerana Keadaan Kewangan

“Sebelum ini sambung ijazah sarjana master tapi terhenti kerana keadaan kewangan dan menjaga makcik yang sakit.

“Makcik tadi tiba-tiba pegang tangan saya cium dan ketawa gembira je bila dapat kereta baru.

“Semoga Allah berkati keluarga ini dan berikan rezeki mencurah-curah buatnya,” tulis Ustaz Ebit.

IKLAN
View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Menarik Lagi : Ustaz Ebit Sebak & Sayu Ziarah Keluarga Arwah Zulfarhan, Sempurnakan Cita-Cita Arwah Bawa Mak Ayah Ke Tanah Suci

Rider Ibu Bawa Anak OKU Dibantu Rumah, Barang Keperluan Dari Ebit Lew

“Bila Kita Diuji Allah. Ingatlah Allah Sayang Kita” Ustaz Ebit Lew

“Hanya Allah Dapat Membalas Segala Kebaikan Ustaz” Pujian Warganet 

Keprihatinan Ustaz Ebit ternyata membuka mata ramai pihak, malah menerusi ruangan komen warganet ramai yang muji dan berharap segala kebaikan akan mendapat balasan daripada Allah SWT.

Kakak Berniaga Aiskrim Potong Jaga Makcik OKU Dapat Hadiah Kereta “Alhamdulillah, Sepantas Kilat Sumbangan Sampai” Kakak Berniaga Aiskrim Potong Jaga Makcik OKU Dapat Hadiah Kereta “Alhamdulillah, Sepantas Kilat Sumbangan Sampai” Kakak Berniaga Aiskrim Potong Jaga Makcik OKU Dapat Hadiah Kereta “Alhamdulillah, Sepantas Kilat Sumbangan Sampai” Kakak Berniaga Aiskrim Potong Jaga Makcik OKU Dapat Hadiah Kereta “Alhamdulillah, Sepantas Kilat Sumbangan Sampai”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Mingguan Wanita :  Mulianya hati Ustaz Ebit Lew, ramai yang dibantu dan dapat mengurangkan beban mereka yang dalam kemiskinan. 

IKLAN

Sumber Foto :  Facebook Ebit Lew

Alif Satar dah bersedia nak sambut Ramadan, banyak cerita lagi tentang Ramadan Alif dan keluarga.

 

Ramadan ni mesti ramai tengah sibuk beli belah untuk hari raya. Jom tinjau tip beli baju raya sesuai dengan bentuk badan anda.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI