datuk-seri-ismail-sabri

Di sebalik perwatakan serius dan tenang di khalayak, Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob suka melayan kerenah satu-satu cucunya, Jeanelle Nika Mandagie.

Sememangnya, Datuk Seri Ismail Sabri ‘kalah’ dengan cucu perempuannya ini. Tidak sanggup untuk tidak melayan apa yang cucu mahukan. Ramai yang sedia maklum betapa ‘sporting’nya ‘atuk’ ini bila berdepan dengan ragam cucu kesayangannya.

Malah, menerusi perkongsiannya baru-baru ini, beliau catatkan cucunya itu akan mengikut kemana saja datuknya pergi. Bila tak dapat ikut, sampai merajuk lah cucu.

Nampak Serius Tapi Datuk Seri Ismail Sabri Suka Layan Kerenah Cucu

Tulisnya,

Ini satu-satunya cucu saya.
Dia memang manja dengan saya, kalau boleh dia memang nak ikut kemana saja saya pergi.
Hari ini dia merajuk kerana tak dapat pergi bersama, tapi dapat pakaikan songkok pun jadilah.”

Nampak Serius Tapi Datuk Seri Ismail Sabri Suka Layan Kerenah Cucu

Tetap Layan, Menyanyi Lagu Kemerdekaan Kegemaran Cucu

Tahun lalu, negara masih ‘berperang’ dengan pandemik , dalam kesibukan bergelar Menteri Kanan Kluster Keselamatan ketika itu. Datuk Ismail Sabri tetap melayan cucu tercinta menyanyikan lagu kemerdekaan.

Kongsinya ketika itu, “Lagu favourite cucu saya.. tanggal 31 ogos nyanyian allahyarham sudirman. Walaupun sambutan hari merdeka dah berlalu. Tapi setiap kali berjumpa pasti kena nyanyi lagu tu sama-sama.

Walaupun dia tidak memahami erti lagu tersebut namun suka kepada lagu merdeka itu pun sudah cukup baik. Insyaallah akan datang atuk akan terangkan pengertian lagu & erti kemerdekaan.”

IKLAN

Baca juga : ‘Hanya dia boleh terima saya 200%’ Sweet cara Menteri Kewangan hargai isteri

Seraut Wajah Lembut Datin Seri Muhaini, Isteri Yang Low Profile

Nampak Serius Tapi Datuk Seri Ismail Sabri Suka Layan Kerenah Cucu
Merakam kenangan Jun tahun 2019.

Sebenarnya ramai yang mengagumi Datuk Seri Ismail Sabri bukan sekadar seorang atuk yang penyayang dengan cucu. Malah, cukup akrab dengan isteri dan anak-anaknya.

Isteri beliau, Datin Seri Muhaini seorang yang ‘low profile’ dan miliki seraut wajah lembut. Sangat menyokong kerjaya suami biarpun lebih selesa sekadar di belakang tabir.

Datuk Seri Ismail Sabri mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Muhaini pada tahun 1986. Dan pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata; seorang anak perempuan dan tiga lelaki. Iaitu, Datin Nina Sabrina, Gaddafi, Iqbal dan Nashriq.

IKLAN

Baca sini : Lepas bersalin kulit meregang, rahim kembang, lagi terkejut lihat wajah sendiri depan cermin – Nina Ismail Sabri

Datin Nina merupakan ibu kepada Jeanelle dan mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie.

Manakala Gaddafi yang lebih dikenali sebagai Dafi adalah penyanyi dan bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF).

Nampak Serius Tapi Datuk Seri Ismail Sabri Suka Layan Kerenah Cucu

IKLAN

Datuk Seri Ismail Sabri Angkat Sumpah Jadi Perdana Menteri

Beliau memulakan kerjaya sebagai peguam. Pada tahun 1987, beliau menceburi bidang politik. Selama 30 tahun dalam arena politik, beliau pernah menyandang beberapa jawatan Menteri Kabinet.

Antaranya Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Kanan Kluster Keselamatan dan Menteri Pertahanan.

Pada 7 Julai lalu, Datuk Seri Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dan pada 16 Ogos 2021 beliau melepaskan selepas Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan Perdana Menteri Ke-8.

Ahli Parlimen Bera ini mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-9 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddn Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 21 Ogos yang lalu.

Sumber/Foto : Ismail Sabri, Astro Awani, Berita Harian

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI