Ramai yang mengetahui bahawa ayah kandung, Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman baru sahaja kembali ke rahmatullah setelah sakit selama dua minggu di kampung. Pernah berkongsi hidup dengan arwah bekas suami, Bonda Rozita Ibrahim yang juga ibu kandung Dato’ Sri Aliff Syukri Alif Syukri turut menzahirkankan ucapan takziah pada anaknya.

Sesungguhnya tiada siapa yang inginkan perceraian berlaku dalam perkahwinan. Bahagia menjalani kehidupan baru bersama suami tersayang, bonda Rozita ada berkongsi pesanan dan nasihat dalam melayari rumahtangga menerusi laman instagram beliau.

Berikut antara yang dikongsikan;

“Tak da sapa nak kawin cerai..Takdir manusia milik Allah, orang baik tetap dikenang abah yang baik budi alFatehah dan takziah buat @yatie_sendayutinggi dan @aliffsyukriterlajaklaris

“Sebenarnya.. perkahwinan itu adalah komitment seumur hidup.Kunci syurga dan neraka..hanya agama dan sabar menyatukan hati”.

“Hati manusia milik Allah.Ingat ya..! pernikahan bukan hanya sekadar majlis yang meriah..selepas dari itu lah bermulanya sebuah kehidupan yang sebenar.Dah tua lagi banyak ragam ujiannya”.

“Jangan hanya lihat majlis cantik, bajunya cantik, gambar dan videonya romantik itu bahagia kekal ke jannah. Semua akan ada kemelutnya”.

“Pastikan kita kenal betul-betul siapa manusia yang akan teman kita sepanjang hayat.Cari lah yang betul-betul..sebab pasangan kita lah yang akan tau baik buruk kelakuan kita”.

IKLAN

“Dapat pasangan hidup yang baik, buat dunia kita seperti disyurga.. tetapi bila dah tersalah memilih pasangan.. membuatkan kita seperti di neraka dunia..!”

Sayangi pasangan kita dan fahaminya..

View this post on Instagram

Tak da sapa nak kawin cerai..Takdir manusia milik Allah , org baik tetap dikenang abah yg baik budi alFatehah dn takziah buat @yatie_sendayutinggi dn @aliffsyukriterlajaklaris . Kehidupan sy dgn abang aji Alhamdulillah mengisi usia yg sisa..Bonda akan live di tv al hijrah pada jam 2 nanti.. jom teman bonda beramai2..!! . Sebenarnya.. perkahwinan itu adalah komitment seumur hidup.. kunci shurga dn neraka..hanya agama dn sabar menyatukan hati . Hati manusia milik Allah Ingat ya..! pernikahan bukan hanya sekadar majlis yg meriah..slps dari itu lah bermulanya sebuah kehidupan yg sebenar..Dah tua lg byk ragam ujiannya .. . Jgn hanya lihat majlis cantik….bajunya cantik..gambar dn videonya romantik itu bahagia kekal ke jannah ..Semua akn ada kemelutnya.. . Pastikn kita kenal betul2 siapa manusia yg akn teman kita sepanjang hayat..cari lah yg betul2..sbb pasangan kita lah yg akan tau baik buruk kelakuan kita.. . Dpt pasangan hidup yg baik..buat dunia kita sprt dishurga.. tetapi bila dah tersalah memilih pasangan.. membuatkn kita sprt di neraka dunia..! . Sayangi pasangan kita dn fahaminya.. . Gambar masa sy dekat australia sydney

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Ternyata ramai yang bersetuju dengan pesanan dan nasihat bonda rozita yang juga pengasas produk Jamu Ratu Malaya ini mengenai kenali pasangan dan nasihat  tentang kehidupan rumahtangga.

IKLAN

Antaranya;

norasliza ijahalil Itu namannya asam garam kehidupan..kite dah merancang yang terbaik tp ALLAH SWT lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kite.

fida8102 Perkahwinan adalah satu perjudian..kalah atau menang bergantung kepada masing masing..yang penting masing masing menjalankan tanggungjawab untuk menyempurnakan kehidupan berumahtangga.

rugayah.ahmad Betul tu bonda…perjalanan hidup kita Allah dah tentukan, kita berusaha ke arah kebaikan dan kebahagiaan bersama pasangan, tempuhi kehidupan dengan iman dan taqwa.

nazeerajrmmuar Suami adalah hadiah terindah di dunia. Pinjaman sekejap @ kekal bergantung pada jodoh dan takdir. Hargai dan sayangi sementara masih ada. Agar tidak kesal bila dia sudah TIADA.

IKLAN

bashirahusna Taqdir kita juga dalam genggamanNya bonda, memang tiada siapa yang ingin perkahwinan berakhir dengan sebuah perpisahan. Namun Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

kartinajohan Betul kata Bonda @bondarozitaibrahim, agama dan sabar pengikatnya sebab hati kita dan dia milik Allah, Dia juga yang membolak-balikkan, dan Dia juga yang menetapkan, kita hanya hambaNya yang mengharap belas kasihanNya, kemenangan kita belum pasti walaupun di saat nazak kita, moga Allah berikan kebahagiaan pada bonda yang menasihat dan pada pembaca yang dapat nasihat.

“Tiada Siapa Nak Kahwin Cerai, Takdir Manusia Milik Allah, Orang Baik Tetap Dikenang..” Rozita Ibrahim

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memberi panduan buat kita dalam melayari asam garam rumahtangga dengan lebih bahagia. Setuju dengan pesanan bonda bahawa kunci utama didalam perkahwinan adalah agama dan sabar yang menyatukan hati suami isteri.

Baca Disini:
“Saya Jemput Semua Sahabat Untuk Solat Jenazah Arwah Abah Hari Ini.” -Dato’ Aliff Syukri-

Sumber: Bonda Rozita Ibrahim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI