Anak Malaysia lepasan MRSM Ulul Albab ini, Fakhirah Khairuddin. Berjaya bekerja sebagai jurutera di Tesla iaitu sebuah syarikat peneraju kereta elektrik dunia dan tenaga bersih di Amerika Syarikat (AS).
Bekas pelajar MRSM Ulul Albab, Kota Putra Terengganu kini menetap di Fremont, California. Haa.. bukan calang-calang anak muda ya.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr Zulkifli Hussain, kidah Fakhirah ini boleh dijadikan inspirasi untuk yang lain.
Lepasan MRSM Ulul Albab, Jurutera Di Tesla
FAKHIRAH KHAIRUDDIN BEKAS PELAJAR MRSM KOTA PUTRA (ULUL ALBAB) : JURUTERA DI TESLA USA
Ada sahabat bertanya pada saya, pelajar MRSM Ulul Albab ni selalunya kerja dalam bidang apa? Jadi ustaz/ustazah ke? Saya ketawa kecil. Mai sini nak story… hehe
Sebelum tu, make sure korang baca sampai habis. Oh ye. Like dan share sekali, moga² story ni memberi inspirasi buat anak-anak kita semua nanti. Insya Allah!
Penubuhan MRSM Ulul Albab bertujuan melahirkan pelajar MRSM yang bercirikan mukmin professional.
Ads
Matlamat untuk melahirkan pelajar MRSM yang mengikuti bidang STEM (science, technology, engineering & mathematics) masih terguna pakai di MRSM Ulul Albab tetapi lebih daripada itu kita cabar anak-anak ini untuk menghafal dan menghayati al-Quran sebagai amalan harian.
Jurutera Yang Di ‘Dadanya’ Ada Al-Quran
Maknanya, kalau pelajar bergelar seorang jurutera, dalam masa yang sama dalam dada mereka ada al-quran. Setiap kerja yang dilaksanakan sebagai jurutera disulam dengan kesedaran ketuhanan yang tinggi.
Harapannya begitu la… Tetapi ini tidak bermakna jurutera yang tidak belajar di MRSM Ulul Albab tiada kesedaran ketuhanan pula.. MRSM Ulul Albab adalah merupakan platform yang disediakan untuk memenuhi harapan tersebut.
Sesungguhnya, semua yang baik semuanya daripada Allah swt.
Post kali ini saya bahawakan satu contoh pelajar MRSM Ulul Albab yang berjaya menjadi jurutera di sebuah syarikat gergasi di Amerika Syarikat iaitu TESLA. Kejayaan pelajar ini untuk bergelar jurutera di TESLA adalah sedikit sebanyak memjawab soalan daripada sahabat saya tadi.. hehehe
Ads
Apa Itu TESLA
TESLA itu syarikat apa? TESLA ini syarikat besar yang menghasilkan kereta elektrik dan solar yang berpangkalan di California USA. Nak tahu lebih lanjut tentang TESLA, saya lampirkan video ringkas untuk memberi gambaran yang lebih jelas. https://lnkd.in/g3BR5ZQ
FAKHIRAH KHAIRUDDIN ini merupakan pelajar Batch Pertama MRSM Ulul Albab di Kota Putra. Setelah tamat pengajian di MRSM, beliau mengikuti BS Aerospace Engineering 19′, University of California San Diego (Tajaan MARA) dan kemudiannya MS Mechanical Engineering 21′, University of California San Diego (Tajaan University).
Dan sekarang sedang menetap di Fremont, California dan bertugas sebagai Technical Training Robotics Engineering Instructor di Tesla.
Tahniah FAKHIRAH KHAIRUDDIN atas kejayaan anda. Kami di Malaysia sentiasa mendoakan anda. Teruskan menabur bakti dan kepakaran walaupun di mana anda berada. Sesungguhnya anda adalah salah seorang produk MRSM yang sangat membanggakan. Semoga ilmu yang dipelajari sebagai pelajar MRSM Ulul Albab kekal tersemat dalam diri anda. InsyaAllah.
Kes tragis yang meragut nyawa pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, terus mendapat perhatian seluruh negara.
Selepas beberapa minggu siasatan, seramai lima remaja bawah umur akan dituduh di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, pada Rabu ini berhubung insiden buli membabitkan arwah.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, mengesahkan semua remaja terbabit berusia bawah 18 tahun akan dibawa ke mahkamah untuk proses pertuduhan. Semua remaja akan dibawa ke Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu bagi proses pertuduhan.
“Seramai lima orang akan dituduh pada Rabu ini di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu kerana kesalahan berkaitan kes buli Allahyarham Zara Qairina. Mereka berusia di bawah 18 tahun,” katanya.
Inkues Kematian Masih Diteruskan
Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan rasmi menyatakan pihaknya meneliti kertas siasatan polis dan memutuskan untuk menuduh beberapa individu terbabit berdasarkan keterangan yang diperoleh.
AGC turut menegaskan bahawa walaupun pertuduhan kesalahan buli dilakukan, siasatan berhubung punca kematian Zara Qairina tetap diteruskan termasuk prosiding inkues yang kini sedang berjalan di mahkamah.
Luka Seorang Ibu Tidak Pernah Sembuh
Kes ini bukan sekadar angka di mahkamah, tetapi luka yang membekas di hati seorang ibu yang kehilangan anak. Arwah Zara Qairina pergi pada usia yang terlalu muda di kala sepatutnya sibuk mengejar pelajaran, membina persahabatan dan menikmati zaman remaja.
Bukan mudah untuk memiliki cahayamata apatah lagi jika sering mengalami masalah keguguran.Siapa sangka dalam tempoh 11 tahun usia perkahwinan Dato’ Fazley Yaakob dan Datin Azrene Soraya Ahmad Aziz, isterinya pernah mengalami keguguran hampir 10 kali!
Namun alhamdulillah, meskipun kerapkali mengalami keguguran sepanjang tempoh tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki. Penantian sekian lama, akhirnya mereka dikurniakan dengan rezeki kehadiran anak perempuan, Alayna Selma pada Oktober lalu.
Perkara ini didedahkan oleh Dato’ Fazley sendiri didalam posting instagram yang miliknya.
“11 tahun perkahwinan di antara saya dan @azrene_ahmad kami di kurniakan 3 anak lelaki, keguguran hampir 10 kali dan akhirnya tiba anak perempuan bongsu #Ellie #AlaynaSelma Syukur pada Allah!”
Pengalaman Serba Baru
Ternyata kehadiran puteri kesayangan Alayna Selma (2 bulan) atau lebih mesra digelar Ellie adalah suatu rahmat buat pelakon, chef selebriti, motivator dan usahawan berjaya ini.Mana tidaknya,Dato’ Fazley cukup teruja dengan kehadiran Alayna Selma yang juga anak keempat pasangan ini menjadi penyeri buat kehidupan mereka sekeluarga, yang sekian lama menantikan kehadiran anak perempuan setelah dikurniakan dengan tiga orang anak lelaki, Ahmad Fariedz Shah (Payish)9, Ahmad Fieradz Shah (Piyash),8, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush),6. Keluarga bahagia ini , kini lengkap ber-6!
Bagi Dato Dazley, keterujaan dan pengalaman memiliki anak perempuan ternyata berbeza daripada memiliki anak lelaki.Perkara ini turut di kongsikan didalam posting intagram beliau;
“Kata orang2 tua, bila dapat anak perempuan semuanya pengalaman serba baru, saya anak lelaki 3 orang, yang bongsu ni barulah perempuan. Memang ternyata berbeza #AlaynaSelma #EllieFazley”
Alhamdulillah dan tahniah buat Dato Fazley sekeluarga diatas kehadiran puteri kesayangan, Alayna Selma. Semoga keluarga sentiasa dilimpahi rahmat dan kebahagiaan selama-lamanya. Buat wanita lain, yang sering mengalami masalah keguguran, jangan berputus asa,bersabar dan teruslah berusaha.Insya Allah, akan ada rezeki untuk menimang cahaya mata suatu hari nanti.
Hujan yang turun di pagi Isnin, 7 Oktober 2024 menjadi saksi ikatan perkahwinan selama tujuh tahun yang dibina pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya terlerai apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.
Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, melafazkan cerai talak satu pada jam 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.
Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Selepas talak dilafazkan, Hakim Syarie kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu antara Fattah dan Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40. Selesai menjatuhi talak, Juara Hero Remaja 2011/2012 kelihatan sugul sementara Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40, menangis kemudian memeluk ahli keluarganya.
Hakim Syarie turut mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Fazura menjalani tempoh edah selama tiga kali suci serta mendaftarkan perpisahan berkenaan.
Ketika prosiding kes pertama pada 25 September lalu, Fattah atau nama sebenar, Abdul Fattah Mohd Amin, 33, enggan menceraikan Fazura atas alasan masih lagi menyayangi isterinya, manakala Fazura nekad mahu berpisah.
Pada 13 September lalu, media melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Meskipun butiran lanjut tidak diperincikan mengenai permohonan cerai, namun, ia dikatakan mengejutkan ramai pihak. Sehingga kini, isu yang berlaku antara Fazura dan Fattah masih menjadi tanda tanya di kalangan pihak media.
Punca Perceraian
Fazura, 41, mendakwa tiga sebab menjadi punca penceraiannya.
Menurutnya, Fattah mengabaikan nafkah, curang dan tidak sefahaman sejak sekian lama.
“Saya sediakan rumah, makan minum dan belikan hadiah kereta Range Rover untuk Fattah,” kata Fazura.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.
Seorang lelaki maut dalam kemalangan Jalan Batu Pahat–Kluang apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya melanggar lori di tepi jalan. Isterinya yang hamil enam bulan terkejut kehilangan suami tersayang.