Selalu bila api dapur warna oren, tandanya gas nak habis. Lepas tu mulalah bahagian punggung kuali atau periuk mula hitam. Satu hal untuk bersihkan pula.

Tapi bagaimana kalau gas dah tukar baru tapi api dapur tetap warna oren, tak seperti selalunya berwarna biru. Apa perlu buat? Mulalah mak-mak terfikir dapur pula ada masalahnya. Nak kena beli yang baru pula.

Sebab api dapur warna oren terus ingat dapur gas rosak dan terus nak tukar baru. Jangan menggelabah. Ada cara yang boleh bantu mak0mak untuk tukarkan kepada warna biru seperti biasa.

Boleh cuba buat cara yang dikongsikan oleh Puan Sharina Othman ini. Tengok-tengokkan bahagian bawah dapur gas mak-mak itu. Ada caranya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Hati-Hati Guna Dapur Kaca, Tip Ini Boleh Elak Dari Mudah Pecah!

Superdaddy Ini Kongsi Gajet Dapur Nak Mudahkan Mak-Mak Dalam Urusan Kerja Rumah

Info Lebih Menarik DI SINI

Tukar Api Dapur Oren Ke Biru

1. Nampak dak api jadi warna oren. Kalau letak periuk atau kuali, tak sampai satu minit mahunya hitam bahagian bawahnya.

Cara Mudah TUKAR Api Dapur Warna Oren Ke Biru, Kuali Pun Tak Hitam

IKLAN

2. Caranya, terbalikkan dapur gas. Pusingkan benda tu. ( Yang anak panah tu. ). Ia terletak di bahagian dalam dekat dengan pemetik api.

Cara Mudah TUKAR Api Dapur Warna Oren Ke Biru, Kuali Pun Tak Hitam

3. Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu (anak panah ).

Cara Mudah TUKAR Api Dapur Warna Oren Ke Biru, Kuali Pun Tak Hitam

4. Lihatlah hasilnya. Terus tukar warna biru. Tak perlu nak sental periuk atau beli dapur gas baru.

IKLAN

Cara Mudah TUKAR Api Dapur Warna Oren Ke Biru, Kuali Pun Tak Hitam

Info:

1. Sekiranya tungku tersumbat. Buka tungku api. Ketuk dan keluarkan karat. Cucuk setiap lubang yang kecil dengan lidi.
2. Spray tungku api dengan anti karat. (ada jual kat kedai hardware atau pun Mr. Diy )
3. Lepas tu pasang semula. Bersihkan juga salur paip gas tu.
4. Selain itu periksa salur paip gas. Jika ada kesan karat. Sebaiknya tukarlah dapur gas yang baru. Bimbang api akan menyambar dan boleh berlaku kebakaran.

 

Bagi dapur yang jenis build in. Pin tu ada di bahagian bawah dapur. Adjust hingga api jadi biru.

Cara Mudah TUKAR Api Dapur Warna Oren Ke Biru, Kuali Pun Tak HitamIni tungku api jenis infared. Jadi tak perlu adjust apa-apa.

IKLAN

 

Mingguan Wanita : Kalau warna oren, memang jenuh nak sental punggung kuali ni. Kena adjust betul-betul ye.

Sumber : Sharina Binti Othman

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI