Ads

TANAM POKOK PISANG Kaedah Terbalik Banyakkan Anak Pokok, Berbuah Lebih Rendah!

Pokok pisang memang banyak kegunaannya. Baik daripada daun, buah, batang, umbut, jantung dan sebagainya. Nak tanam pokok pisang pula ada caranya tersendiri, baru pokok hidup subur, daunnya sihat dan berbuah lebat.

Rupanya dengan menanam pokok pisang kaedah terbalik, boleh memperbanyakkan anak pokok dan pisang berbuah lebih rendah. Bagi yang nak ada tanah dan kawasan di rumah boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh Joran Sempoi ini.

Berikut perkongsian tersebut;

Atas permintaan sahabat malam tadi minta share gambar-gambar cara tanam pisang terbalik. Hasil tanam kaedah terbalik ini boleh banyakkan anak pokok dan katanya pokok berbuah lebih rendah.

Cara-Caranya:

1. Potong batang pisang rapat ke pangkal umbi.

TANAM POKOK PISANG Kaedah Terbalik Banyakkan Anak Pokok, Berbuah Lebih Rendah!

2. Buang semua akar-akar halus dan bersihkan dengan air.

TANAM POKOK PISANG Kaedah Terbalik Banyakkan Anak Pokok, Berbuah Lebih Rendah!

3. Begini keadaan setelah dibuang akar-akar halus.

Ads

pokok-pisang-kaedah-terbalik

4. Masukkan dalam keadaan terbalik.

pokok-pisang-kaedah-terbalik

5. Hasilnya 2 anak sulur sudah kelihatan.

Ads

pokok-pisang-kaedah-terbalik

6. 3 anak sulur. Tak ingat bila tarikh tanam. Kalau tak silap tak sampai sebulan. Siram pagi dan petang.

pokok-pisang-kaedah-terbalik

Info Ekstra!

  • Bila dah besar dan dah banyak sulur kena pindahkan. Tinggalkan 2-3 pokok je. Kalau anak pokok banyak nanti induk kurang subur sebab terpaksa berkongsi baja dengan anak-anak pokok.

pokok-pisang-kaedah-terbalik

Ads

Selamat mencuba.

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian tanam pokok pisang kaedah terbalik ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang ada tanah nak tanam pokok pisang boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Pastikan tanam secara terbalik baru anak pokok banyak dan pisang berbuah rendah.

Sumber: Joran Sempoi

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

YouTube video player

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

dua pelajar MRSM Alor Gajah hilang

Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang, Dr Asyraf Wajdi Mohon Doa...

Dua pelajar MRSM Alor Gajah, Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad, masing-masing berusia 16 tahun, masih belum ditemui selepas dilaporkan hilang 11 Ogos lalu.