Pokok pisang banyak kegunaannya. Baik dari segi daun, buah, batang, umbut, jantung dan sebagainya.Nak tanam pokok pisang pun ada caranya tersendiri, agar pokok hidup subur, daunnya sihat dan berbuah lebat. Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Pengurus Ladang pisang yang menjaga Ladang Pisang seluas 65 ekar di Johor.

Antara tip tanam pokok pisang ialah:

1. Setiap pokok pisang hanya dikekalkan dengan 8 daun sahaja.

2. Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting untuk menghasilkan buah yang besar dan berat yang maksimum.

3. Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang.

4. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai sahaja.

5. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur.

IKLAN

6. Setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.

7. Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi mengelakkan buah pisang yang mengkal atau keras dah kualiti pisang jatuh.

Tanam Pokok Pisang Ada Caranya, Pengurus Ladang Kongsi Tip LENGKAP!

IKLAN

Lagi Info Berkaitan Cara Tanam Pokok Pisang

Pembajaan :

  1. Mula menanam – letakkan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam
  2. Setelah umur 3 bulan tabur baja subur 15:15:15
  3. Setelah umur 6-7 bulan tabur baja buah 12:12:17:2
  4. Kadar baja hanya segenggam atau 250gram setiap pokok

Merumput :

Gunakan baja sentuh ICI atau BASTA. JANGAN gunakan racun serap. Pokok tidak perlu ditajak untuk merumput memadai hanya meracun sahaja. Tanah juga tidak perlu digemburkan di keliling pokok utk elakkan pokok tumbang. Untuk meracun bancuhan adalah 70ml bagi 18 liter air. Pasikan bancuhan dikacau hingga sebati sebelum digunakan bagi mendapatkan kesan ynag maksimum.

Penyakit :

Jika daun pisang berkarat kuning atau batang pisang berbintik-bintik hitam dan berlendir akibat serangan kulat sembur dengan bancuhan kapur seluruh pokok hingga pokok menjadi putih.

Memetik Buah :

Buah boleh dipetik apabila 2-3 daun telah layu atau kering.

IKLAN

Selamat Mencuba!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang ada tanah nak tanam pokok pisang boleh cuba tip yang dikongsikan ini.

Sumber: E-Tani

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI