Jika nak buat biskut, biasanya salah satu tip asas adalah tepungnya perlu ‘disangai’ terlebih dahulu.Sangai bermaksud goreng dalam kuali tanpa minyak dengan api perlahan dan sentiasa digaul supaya tak hangit.Sangai tepung bertujuan bagi tepung tu ringan, rangup dan tahan lama. Malah jika nak buat kek pula, perlu guna tepung naik sendiri ‘Self Raising Flour’ barulah keknya menjadi.
Namun sangai cara tradisional ini agak renyah, makan masa dan perlukan komitmen untuk melakukannya. Sebenarnya ada cara lebih mudah, mak-mak boleh sangai menggunakan oven, malah boleh buat sendiri ‘Self Raising Flour’ ini di rumah.
“Siapa suka sangai tepung gandum kalau nak buat biskut dan buat sendiri self raising flour, Ni ceq bagi tips mudah dan menjimatkan masa dan poket hampa semua..boleh juga menyambil buat kerja lain”
1. Cara Sangai Tepung Gandum Biasa Guna Oven
1. Panaskan oven dalam suhu 160c.
2. Ayakkan tepung gandum dan masukkan dalam loyang acuan kek.
3. Terus bakaq tepung tu dalam oven lebih kurang 20 minit.
4. Keluarkan tepung ambil sudu kacau sampai tepung tu berderai sebab bila bakaq tepung tu jadi agak keras dan berketul.
5. Tunggu sampai tepung sejuk dan ayak lagi sekali sampai ketul-ketul tepung tu hilang dan siap untuk digunakan.
6. Hasilnya nanti biskut dan kek jadi lebih tahan.
2. Cara Buat Tepung Naik Sendiri ‘Self Raising Flour’
Ambil tepung gandum biasa sukatan 250gm tambah dengan 1 sudu besaq baking powder ( penyukat metrik ) campur ja sekali dan ayak dah jadi self raising flour nak banyak cuma gandakan sukatan bahan-bahan tadi.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Lepas ni mudahlah mak-mak nak sangai tepung untuk buat kek atau biskut. Malah tepung naik sendiri ‘Self Raising Flour’ pun boleh buat sendiri je di rumah. Lebih jimat!
Sebaiknya, dalam musim Corona Virus yang serba membimbangkan ini mak-mak disarankan melakukan pembersihan rapi luar dalam mesin basuh di rumah dengan lebih kerap. Jika sebelum ini buat sebulan sekali, sekarang ini cubalah buat sekerapnya.
Dr Hani Mynis berkongsi tunjuk cara pembersihan rapi luar dalam mesin basuh dengan menggunakan 3 cara tub cleaning iaitu dengan kaedah setting tub cleaning, setting soak dan secara manual.
Ini saranan Dr. Hani, “Memandangkan sekarang ni musim virus Corona tengah mengganas, Hani sarankan untuk kita buat pembersihan rapi sekerap yang boleh.
“Setiap mesin basuh ada feature yang berbeza kan. So ni Hani tunjuk 3 kaedah tub cleaning yang boleh dilakukan untuk buat pembersihan rapi mesin basuh kat rumah masing-masing.”
Sebelum Mulakan Pembersihan Rapi Luar Dalam Mesin Basuh
Ini tips Hani untuk buat pembersihan rapi mesin basuh (WM) :
√ Kebiasaannya, kita perlu buat pembersihan rapi maksimum sebulan sekali. Tapi musim virus ni Hani galakkan untuk kita buat selepas setiap kali cucian.
√ Untuk buat deep cleaning wm, buat dua-dua bahagian iaitu dalaman dan luaran.
√ Bersihkan dalaman dulu baru bahagian luaran wm.
√ Sebelum buat tub cleaning (tc) , bersihkan lint trap dulu. Rujuk gambar. Kalau lint trap penuh dengan lint (ie kotor), kita buat tc pun tak guna sebab kekotoran yang keluar semasa kita buat tc tak di perangkap oleh lint trap kita. Sebab tu ada yang kekotoran tertinggal kat bahagian tub.
Mula-mula Bersihkan Lint Trap Dulu
Kalau Lint Trap Rosak..
√ Setiap mesin basuh ada lint trap built in di dalamnya. Kalau lint trap rosak boleh guna lint trap yang jenis floating untuk bantu perangkap lint. Rujuk gambar floating lint trap. Beli kat shopee je.
Bersihkan WM Guna 3 Kedah Tub Cleaning
Ada 3 kaedah tub cleaning yang boleh dibuat iaitu :
1. Guna setting TUB CLEAN sedia ada di wm
1. Power > add (TUB CLEAN) > water level (HIGH) = 69 min
2. Masukkan pencuci pilihan.
3. Biarkan run sampai habis.
4. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vaccum cleaner).
5. Basuh persekitaran tub juga (tepi-tepi tub dan detergent dispenser)
6. Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min
Jumlah masa = 93 min
2. Guna setting SOAK
1. Power > Program (SOAK) > water level (HIGH)> START = 30 min
2. masukkan pencuci pilihan
3. Lepas dia soak 30 minit. Dia akan automatic run cycle wash-rinse-spin selama 60 minit.
4. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vaccum cleaner).
5. Basuh persekitaran tub juga (tepi2 tub dan detergent dispenser)
6. Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min
*masa tempoh soak ni, jangan cemas pulak bila tub wm tu tak bergerak, dia memang akan pause sekejap-sekejap. Nama pun soak = rendam. So bila dia rendam memang tub tu tak bergerak. Kejap-kejap dia akan pusing. Kalau wm Hani masa soak ni selang 1minit 30 saat dia akan berpusing selama 1 minit.
Jumlah masa = 114 min
3. Secara MANUAL
1. Power > Program (WASH ONLY) > START * semasa proses ni dia akan berpusing macam biasa masa kita cuci kain. = 20 min
2. Masukkan pencuci pilihan.
3. Lepas 20 min., Off Power.
4. Biarkan 30 minit =guna timer.
5. Selepas 30 minit, buang air dalam tub
Power> program (rinse) >start. Biarkan penutup wm terbuka. Lepas dia buang air kotoran, wm akan berbunyi, suruh tutup penutup wm untuk spin. Tak perlu spin. Power off terus. Rinse = 5 min
6. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vaccum cleaner).
7. Basuh persekitaran tub juga (tepi-tepi tub dan detergent dispenser)
8. Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min
Jumlah masa = 69 min
*untuk wm semi auto boleh guna kaedah ini ya.
√ Kalau selepas buat tc masih ada sisa kotoran kat tub, boleh bersihkan kotoran secara manual dulu. Kutip mana yang boleh, boleh guna penyapu+penyodok mini (yang selalu kita letak dalam kereta tu) atau guna vakum cleaner je. Pilih mana yang mudah.
Bahan Pencuci Yang Digunakan Semasa Tub Cleaning
√ Untuk buat pembersihan rapi wm ni tak semestinya kena guna pencuci tub yang khas. Kalau nak guna yang khas boleh beli di Eco, Mr. DIY, Daiso dan Shopee.
√ Selain itu boleh guna peluntur (ie Clorox), guna antiseptic (ie Dettol) atau cuka. Bergantung kepada tujuan kita buat tc. Untuk peluntur atau antiseptic, ikut arahan pada botol masing-masing. Kalau nak hilangkan bau hapak dalam wm, boleh guna bancuhan cuka. 1 cawan kecil memadai.
Sempena musim Covid19 ni, hani sarankan kita buat pembersihan sekerap mungkin iaitu setiap kali selepas cucian. Memandangkan virus corona ini boleh dihapuskan hanya menggunakan sabun, guna sabun apa-apa pun memadai. Personally, Hani suka guna sabun basuh pinggan jenis cecair.
Selesai Tub Cleaning, Bersihkan Pula Dalaman WM
Untuk Tebing Tub
Seterusnya Guna Quick Wash Untuk Proses Bilasan WM
Dah selesai buat tub cleaning dan pembersihan sekeliling tub tadi, kena bilas supaya tiada kekotoran atau sisa pencuci tertinggal dalam wm.
“Selepas selesai semua tub cleaning, bilas semula lint trap kita tadi untuk pastikan kita mula sesi cucian pakaian seterusnya dengan lint trap yang bersih dan kosong.”
Memadai bilas menggunakan setting QUICK WASH
Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min
Pembersihan Rapi Bahagian Luar WM
Untuk pembersihan bahagian luaran, kalau bahagian luaran buat dari tampered glass, boleh guna pembersih cermin/tingkap.
Untuk bahagian badan wm, elakkan guna pencuci mengandungi harsh chemical/ bleach/solvent.
Dah Siap!
Tip Penting!
Semoga bermanfaat.
*Artikel diterbitkan dengan keizinan penulis, Hani Mynis
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jika bilik air kecil dan mempunyai ruang yang terhad, sebolehnya kurangkan penggunaan rak mahupun barangan yang ada agar tidak nampak terlalu serabut. Barang-barang mandian seperti sabun, syampu, ubat gigi pula boleh sahaja susun di atas sinki bagi menjimatkan ruang. Namun masalah yang berlaku pula, barangan tersebut mudah jatuh dan bertaburan di lantai mahupun dalam sinki.
Menarik idea yang dikongsikan oleh Suebrie Msyini. Boleh cuba buat sendiri di bilik air dan barulah botol-botol dan barangan mandian tersebut tak jatuh.
Siapa yang ada singki kecil dalam bilik air tu dan buat letak botol-botol sabun,shampoo & sebagainya mesti jatuhkan masa picit. Saya tak guna rak sangkut, bilik air kecil je.
Bahan-Bahannya:
Cap Penutup PVC 15mm 2 unit
Elbow 15mm 2 unit
Paip PVC saiz 15mm standard rumah, panjang ikut citarasa
Pili paip saya tukar beli kat mr.diy tinggi 7inci
Cara Membuat:
1. Tebuk Cap penutup paip pvc dan skru.
2. Tebuk guna skru driver.
3. Tebuk lubang masukkan wallplug plastic kat dalam lubang untuk masuk skru (betoi ka orang panggil wallplug) hentam saja.
4. Masukkan skru dan ketatkan.
5. Sambung buat ukuran lebih kurang singki kecil ni.Tambah 2 elbow.Selesai masalah botol jatuh huhhu.
6. Cap yang saya tebuk tadi.
Info Ekstra!
Satgi ada pulak kata boleh roboh kalau letak banyak, tak kot botol sabun tak berat mana, singki tu pun dah berat. Besi penahan dia pastikan elok tak berkarat di bawah tu.
MW: Kreatif dan menarik juga idea ini. Jadi kalau ruang terhad di bilik air dan tiada rak, hanya singki kecil boleh buat macam ni. Barulah botol-botol dan barang-barang mandian tak mudah jatuh.
Perasan tak, bila duduk ruang tamu, kipas terpasang tapi tak rasa apa-apa pun. Panas tetap sama saja. Bila tengok ke atas rupanya habuk penuh pada bilah kipasnya. Nak bersihkan kipas fikir dua tiga kali sebabnya terlalu tinggi.
Satu hal pula nak bersihkan kipas, dah tentu-tentu habuk akan berterbangan dan kotorkan lantai. Nak kena mop lantai pula.
Ada tak cara yang lebih senang untuk bersihkan kipas tanpa kotorkan lantai. Ini perkongsian daripada Ahamd Syahril yang cukup senang dan mudah untuk mak ayah lakukan di rumah.
Tak perlu risaua habuk berterabur di lantai, hanya gunakan seluar panjang terpakai atau yang sudah koyak untuk bersihkan kipas. Boleh cuba nanti.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Isu abang bas 'crush' murid sekolah rendah, sebagai ibu Diana Danielle puas hati dengan tindakan polis. Hari ini heboh mengenai pemandu bas yang memuatnaik...