5 Petua Dapur Ini Berkesan Lindungi Tangan Pijar, Ketika Kendalikan Cili
5 Petua Dapur Ini Berkesan Lindungi Tangan Pijar, Ketika Kendalikan Cili

Baik suri rumah mahupun suri bekerja, masing-masing tetap ada jadual rutin memasak untuk keluarga. Menu sambal tentunya ada dalam senarai harian mak-mak. Kalau dah melibatkan sambal, kenalah mak-mak bergelumang dengan cili.

Baik cili kering, mahupun cili merah. Sesetengah mak-mak kulit tangan jenis sensitif, cepat ‘panas’ dan pijar bila mengendalikan cili.

Sudahnya mak-mak beli yang siap di kedai, tapi rasa sedapnya takkan sama dengan cili yang dibersihkan, dikisar sendiri di rumah. Haa.. apa kata mak-mak cuba petua ini untuk pelihara jemari tu dari berasa ‘panas’ ataupun pijar.

 

5 Petua Dapur Ini Berkesan Lindungi Tangan Pijar, Ketika Kendalikan Cili

Pertama : Guna Garam Atau Gula

Caranya, ambil sedikit garam lumurkan pada seluruh jari jemari tangan. Biarkan selama lima minit, kemudian bilas di bawah laluan air paip. Selain garam, gula juga boleh digunakan. Ulang proses yang sama.

Ibu boleh juga guna cara ini, rendam garam atau gula dalam bekas berisi air suam. Kemudian, rendamkan kedua-dua belah tangan yang pijar ke dalam bekas tadi. Biarkan sehingga rasa ‘panas’ tadi hilang.

Kedua : Celup Tangan Dalam Tong Beras

Mula-mula bersihkan tangan dahulu. Bila tangan dah bersih dan kering, masukkan tangan dalam tong beras sehingga rasa pijar tu tiada. Untuk petua ini, ibu boleh juga jika mahu menggenggam beras saja.

Dalam tong beras itu habanya lebih panas. Haba panas itu lah nanti meresap ke tangan. Lagi pun, orang dulu-dulu akan simpan buah-buahan dalam tong beras, bila nak peram beri buah tu masak cepat.

Ketiga : Air Asam Jawa

Mak-mak boleh juga cuba rendamkan tangan yang pijar tadi dalam air asam jawa. Rendam sampai rasa ‘panas’ tu tiada. Waktu kita kecil-kecil dulu pun, bila panas badan je, mak-mak akan lumurkan kepala dengan air asam. Ia kembali menyejukkan.

Keempat : Gosok Dekat Permukaan Sinki

Petua ini berkesan, kalau mak-mak nak cuba. Bila tangan rasa pijar akibat kendalikan cili, mak-mak cubalah gosokkan tangan pada sinki atau sudu. Selepas beberapa minit, lalukan bawah air paip. Ulang lagi sampai tangan rasa selesa.

 

5 Petua Dapur Ini Berkesan Lindungi Tangan Pijar, Ketika Kendalikan Cili

 

Kelima : Guna Susu Atau Yogurt

Sebab pada urat cili yang banyak tu ada sejenis bahan kimia yang dipanggil capsaicin. Bahan inilah yang buatkan tangan rasa pijar dan panas bila kita pegang cili dengan tangan kosong.

Uniknya, untuk hilangkan rasa pijar itu, caisen iaitu sejenis bahan kimia yang ada dalam produk tenusu, misalnya yogurt dan aiskrim boleh juga digunakan.

Caranya, rendamkan tangan dalam yogurt atau susu sehingga rasa panas atau pijar hilang. Patutlah kalau tengok cerita Running Man tu, mereka minum susu bila terpaksa makan makanan yang pedas.