Daun sup sering ditambah dalam masakan sebagai penambah aroma menyedapkan makanan.Boleh dikatakan salah satu kemestianlah bagi mak-mak setiap kali beli bahan basah di pasar. Namun, seikat kecil daun sup boleh tahan juga harganya, nak digunakan sedikit sahaja. Daripada beli, lebih baik tanam sendiri daun sup ini di rumah.Lebih jimat dan bebas racun serangga.

Namun buat mak-mak yang dah cuba tanam daun sup namun sering tak berjaya sebab pokoknya mudah mati, boleh cuba antara tiga kaedah sebenar untuk semai daun sup ini.

Berikut perkongsian daripada Pyan Sempoi sebagai panduan;

“Ada lagi ka yang belum berjaya tanam pokok daun sup ni? Ok nak habaq mai ada 3 kaedah untuk tanam pokok daun sup ni..hangpa dah pernah cuba ka tiga-tiga cara ni? jom kongsikan pengalaman dan pendapat masing-masing.”

Kaedah Pertama : Semai Biji Benih

Banyak Kali Tanam Selalu Mati, Ini Kaedah BETUL Semai Daun Sup!
Anak pokok sup umur 1 bulan lebih hasil semai biji benih. Seminggu 2 lagi dah boleh asing-asingkan dan pindah ke bekas lebih besar.

Cara saya semai:

1. Siapkan media tanaman. Saya guna *campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam. Lepas dah isi ke bekas (cup) saya siram siap-siap.

2. Tabur biji benih sikit je. Jangan banyak-banyak. Cukup secubit jer tau, tak perlu timbus dengan media lagi sebab biji sup ni halus. Lepas spray nanti dia akan terbenam sendiri kat celah-celah media banyak yang gagal sebab ni lah, benih yang bercambah tak dapat tembus tanah untuk dapat cahaya.

3. Spray dengan air, cukup 1-2 kali tembak je.

4. Letak tempat teduh..nak tutup boleh tak nak tutup pon boleh. Dalam kes saya, dibiar jer tak tutup pun.

5. Spray 2x sehari pagi dan petang. InsyaAllah tumbuh selepas 7-10 hari.Kalau 2 minggu tak tumbuh-tumbuh jugak bererti gagal..kena cuba lagi.

IKLAN

*Cocoapeat saya campur sendiri dengan nisbah 1:1:1, boleh juga beli yang dah siap contoh 6in1 dan lain-lain. Lebih bagus lagi jika guna peatmoss. Kebanyakan peladang-peladang komersial guna peatmoss untuk semai benih.

Kaedah Kedua: Tanam Semula Akar Pokok Matang

Banyak Kali Tanam Selalu Mati, Ini Kaedah BETUL Semai Daun Sup!
Hasil semai akar pokok sup yang dibeli dari pasar. Umur dah tak ingat sebab dah banyak kali pindah anak dari induk asal.

Cara saya semai :

1. Pilih pokok sup yang masih segar + ada banyak akar yang masih warna putih + ada anak / tunas kecil..3 syarat WAJIB !!

2. Potong semua batang kecuali tunas-tunas kecil.

3. Rendam dalam air bagi tenggelam akar saja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari.

4. Dah boleh tanam jika nampak akar makin sihat + tunas makin segar & membesar.

IKLAN

5. Siram sikit-sikit je jangan terlebih air, yang ni pon jadi penyebab ramai yang gagal sebab media terlalu becek.

6. Letak tempat teduh dulu 1-2 minggu.

Kaedah Ketiga: Tanam semula anak-anak pokok yang tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2.

Banyak Kali Tanam Selalu Mati, Ini Kaedah BETUL Semai Daun Sup!
Pindah anak pokok dari pokok guna kaedah no 2. Pokok sup umur 1 bulan lepas pindah dari induk gambar sebelum ni.

Cara saya semai :

1. Pokok induk mesti sihat + subur + ada banyak anak-anak pokok yang baru keluar. Pilih yang bersaiz setengah jengkal ke atas jer tau.

2. Korek atau cabut perlahan-lahan.Syarat kena ada akar bersama anak pokok tu..kalau cabut pastu takde akar baik campur dalam sup ja. Kena hati-hati cabut.

IKLAN

3. Tanam dan letak dekat tempat teduh selama 1-2 minggu sampai pokok stabil.

4. Siram sikit-sikit ja, sama macam kaedah 1 atau 2. Jangan terlebih air.

Banyak Kali Tanam Selalu Mati, Ini Kaedah BETUL Semai Daun Sup!

So boleh pilih nak guna cara mana sekali tanam ja pokok sup ni. Insya Allah boleh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah nombor 3.

Selamat mencuba!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh tanam sendiri daun sup di rumah cuba kaedah-kaedah dan tip yang dikongsikan ini.

Sumber: Pyan Sempoi (Kebun Sayur, Bunga Dan Buah-Buahan)

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI