Kulit telur mempunyai banyak khasiat yang tersendiri dalam menyuburkan tanaman. Daripada dibuang begitu sahaja,sebenarnya kita boleh hasilkan ‘Tepung Calcium’ daripada kulit telur ini. Ia dapat menguatkan akar, dahan, menyuburkan daun-daun dan mencantikkan lagi pokok-pokok di rumah. Namun ada caranya untuk menghasilkan’Tepung Calcium’ daripada kulit telur kisar ini.
Boleh cuba cara terbaik yang dikongsikan oleh Cikwan Redzuan Jelaniini sebagai panduan.
Cerita sini habis sini ye sedare!! Rahsia ní
Ni la sumber penting untuk tanaman, penguat akar, batang, dahan dan ranting. Bila akar kuat, dahan kuat baru lah pokok cantik, daun subur! Sebab pokok cukup makan.Sisa dapur je sedara. Lockdown, Pkp ni yang mana anak-anak ramai, seminggu sepapañ telur dah tentu habis.
Geng-geng organic sanggup beli/ mintak kulit telur ni kat kedai-kedai makan.Sekilo RM5 cengkerang yang belum diproses! Manakala yang dah siap proses kalau dapat harga bawah RM50 sekilo jangan mintak kurang. Beli je terus, sebab nak tunggu dia proses tu makan masa.
Sama macam benih durian belanda, kenapa mahal? Kena tunggu paling cepat 4 bulan baru dia tumbuh lepas disemai. 6 bulan baru dapat tinggi sekaki. Kebanyakkan orang yang tak sanggup tunggu, dia ingat benih durian belanda dia rosak, tak tumbuh-tumbuh katanya.
Tepung Calcium
12-14 papan kulit telur boleh menghasilkan sekilo tepung calcium. Bergantung pada gred/ ketebalan cengkerang tapi tak kisahlah sebab itu anggaran kasar je.
Ada yang pecahkan cengkerang tadi terus letak dalam pasu. Untuk pokok orkid, boleh je tak jadi masalah pun. Cuma penguraian semulajadi cengkerang tadi amik masa yang agak lama.
Saya pernah buat eksperiment cara macam tu. Tanam pokok lidah jin. Pecah-pecahkan cengkerang, letak dalam pasu, lapiskan dengan tanah, buat beberapa lapisan.
Selepas setahun pokok tumbuh dan penuh dalam pasu. Sewaktu keluarkan dari pasu, saya tengok majoriti akar membelit cengkerang tersebut. Seolah tak nak lepaskan cengkerang. “Ni aku punya” tak boleh share” gitulah keadaan akarnya.
Ads
Yang terbaik caranya;
1. Jemur cengkerang telur tadi sampai bebetul kering. Iaitu sehingga kulit telur berubah warna dari coklat keputihan.
2. Bila dah kering, kulit akan lebih rapuh dan senang untuk dipecahkan. Ramas-ramas je.krap krup krap.
3. Kalau kuantiti sikit, boleh tumbuk je dengan lesung batu. Kalau kuantiti banyak kena guna pengisar kering. Kalau ada yang heavy duty lagi baik.
4. Kisarlah sampai jadi tepung, halus mulus. Masukkan dalam bekas tulis nama dia “calcium pokok” simpan dalam stor kebun. Takut letak kat dapur orang ingat tu tepung gandum.Nayaaa.
Ads
Cara guna ada 2 kaedah:
1. Tabur terus ke tanah/ campurkan dengan tanah semaian.
2. Campur dengan air hujan/EM yang diperbuat dari buah buahan/sayuran dan peram sekurangnya 2 minggu dalam bekas yang bertutup. Sebelum guna, kacau sebatian dan tapis, ambil air baja ni tadi 10 ml dicampur dengan 1 liter air. Siram kat pokok.
Info Ekstra!
2 tahun diperlukan untuk cengkerang ni terhurai sepenuhnya.Tu kalau tak top up. Kalau selalu topup, tak kan habis la stok baja calcium ni sampai bila-bila selagi bertani.Dengan kenaikan kos input pertanian hampir 200% sekarang ni, kena ada alternatif lain untuk jimatkan kos!
Mingguan Wanita:Begini rupanya cara terbaik nak buat ‘Tepung Calcium’ dari kulit telur. Daripada dibuang begitu sahaja, boleh digunakan untuk kuatkan akar, dahan dan suburkan pokok-pokok yang kita tanam.Boleh cuba nanti.
Bila anak demam, perkara pertama yang mak-mak akan buat adalah guna tuala basah untuk diletakkan di atas kepala atau dahi anak. Maklum, hati mak-mak memang tak tenang. Risaunya tak payah cakap. Kalau boleh biarlah demam tu beralih pada mak.
Selalunya, kalau anak demam, mak-mak pasti akan basahkan tuala dan tepek atas kepala atau dahi anak. Kononnya dapat kurangkan haba panas dalam badan anak. Sementelah ada juga mak ayah bila demam akan selubung satu badan supaya haba panas keluar.
Tak kurang juga, ada mak-mak akan mandikan anak bila tengok suhu anak demam tinggi. Rupanya, cara yang mak -mak buat selama ini salah. Bukan untuk lepaskan haba tapi ada risiko lain yang menunggu.
Dengar apa yang doktor ini pesan. Sekadar untuk pengetahuan kita bersama.
Terdapat dua sebab kenapa kita tak pakai tuala basah pada anak-anak.
1. Haba panas akan perangkap di bawah kepala dan sekaligus menghalang haba panas itu keluar dari badan.
2. Kalau pakai, ia tak lama sebab anak akan tepis dan buang. Tak selesa.
Paling efisen untuk keluarkan haba panas dari badan anak adalah dengan ‘jerlum’ air di kepala anak. Sudah tentu anak tak boleh tepis.
Salah satu sebab juga elak menggunakan tuala basah pada kepala anak kerana ia menghalang haba keluar dan terperangkap di bawah tua. Apabila panas naik ke kepala, ia boleh menyebabkan sawan tarik. Jadi, mak-mak kena ‘jerlum’ air pada kepala anak setiap 5 minit.
Lagi satu, mak-mak jangan kelam kabut untuk terus mandikan anak atau rendam kaki dalam air bila tengok suhu anak tinggi sebab ia boleh menggigil dan naik ke kepala.. Bahaya.
Boleh mandikan selepas diberi ubat, ‘jerlum’ air pada kepala. Mungkin dua tiga jam selepas itu.
Mingguan Wanita : Itulah yang selalu mak-mak buat. Tepek tuala basah pada dahi atau kepala. Lepas ini kena ‘beringat’ ye..jangan buat macam tu, kadang kita tak tahu apa yang akan berlaku. Minta dijauhkan.
Jika selama ni laman kosong je tiada rumput dan hiasan landskap menarik, sebenarnya kita boleh serikan dengan pasang rumput tiruan. Buat sendiri je, lebih jimat namun ada cara-caranya. Malah memandangkan tahun ni kita beraya di rumah sendiri, bolehlah dijadikan ‘spot’ menarik untuk photoshoot pagi raya nanti.
Boleh cuba idea yang dikongsikan oleh Muammar Arfaini;
Fuh…Puas hati geng..Benda boleh buat sendiri buat upah orang? Hahahaha.. Barang semua beli kat shopee. Cuma pasir je beli kat hardware. Cara pemasangan boleh tengok youtube geng.Ni semua untuk photoshoot raya. Raya kan kat ghumah je.
1.Cangkul rumput-rumput. Kalau tanah tak rata, lebih baik cangkul ratakan sikit.Nanti lepas letak weedmat, letak pasir baru levelkan.
2. Pasang weedmat.
3.Tabur pasir halus dan ratakan.
4. Pasang rumput tiruan. Paku simen belah dalam longkang tu.Paku simen setengah atau 1 inci.Paku bawah sikit supaya drain cover tu boleh masuk sebab paku tu saya tak tanam habis supaya tak terlucut.
Info Ekstra!
Rumput lama insya Allah tak naik sebab dah letak plastik hitam (weedmat).Dia akan tertutup and lama-lama akan mati sebab takda cahaya.
Cili kisar salah satu bahan utama yang sering digunakan dalam masakan. Jika selalu kita kisar cili dalam kuantiti yang banyak dan simpan di peti sejuk bahagian ‘chiller’ ia mudah rosak, masam dan berkulat. Membazir sungguh cili kisar terpaksa dibuang begitu sahaja.
Sebenarnya ada caranya untuk simpan cili kisar supaya tahan lama, tak rosak berkulat malah senang diguna. Nak masak pun mudah, ambil yang perlu je.
Perkongsian tip di TikTok ctrahmahhs ini boleh jadi panduan.
1. Kisar cili kering seperti biasa.
2. Kemudian masukkan cili kisar tersebut dalam bekas kecil.
3. Terus masukkan dalam peti ais bahagian sejuk beku.
4. Apabila dah beku, keluarkan dari bekas dan masukkan pula dalam pula bekas bertutup. Ia bagi menjimatkan ruang untuk menyimpan cili.
5. Kemudian, letak label pada bekas tersebut dan simpan kembali dalam peti sejuk.
Siap! Bolehlah digunakan bila-bila masa untuk memasak dan ambil hanya kuantiti yang diperlukan.
Mingguan Wanita: Menarik juga idea, tak terfikir pula untuk bekukan cili kisar dalam bentuk kiub macam ni. Jadi takdelah masalah cili kisar rosak, masam berkulat malah tahan lama bila simpan macam ni.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.