Rupanya serbuk kopi terpakai dan kulit telur juga boleh dijadikan baja tumbuhan dan mampu mengawal serangga perosak secara organik. Jadi daripada dibuang begitu sahaja, boleh digunakan untuk suburkan pokok-pokok yang kita tanam.
Jangan buang kulit telur kerana banyak khasiat untuk pokok kita. Saya mula mengumpul kulit telur selepas saya membaca satu artikel mengenai kulit telur digunakan sebagai baja tumbuh-tumbuhan yang berkesan. Ianya boleh digunakan sebagai baja dan juga sebagai kawalan perosak organik. Saya menggunakan kulit telur dihancurkan dan dicampurkan dengan serbuk kopi terpakai.
Bahan Diperlukan:
Kulit Telur (jemur dulu biar kan kering)
Serbuk kopi terpakai
Botol rempah
Cara Membuat:
1.Jemur dahulu kulit telur yang telah dikumpulkan dan biarkan kering.
2.Tumbuk halus kulit telur dengan lesung batu.
3.Begini hasilnya.
4.Campurkan pula dengan serbuk kopi terpakai.
5.Kacau rata sebati.
6.Masukkan dalam botol rempah agar mudah ditabur pada pokok nanti.
MW: Menarik tip ni. Boleh buat baja semulajadi guna kulit telur dan serbuk baja kopi je. Hasilnya pokok lebih subur dan masalah serangga perosak pun tiada.
Mudah rupanya nak buat seluar kecil, boxer atau panties untuk anak-anak. Bila buat sendiri boleh pilih jenis kain yang selesa dan pelbagai jenis corak yang lebih menarik berbanding beli di pasaran. Malah lebih jimat dan berbaloi.
Bagi mak-mak yang ada mesin jahit di rumah, boleh cuba buat sendiri seluar kecik ni untuk anak. Ikut pola dan tutorial mudah yang dikongsikan oleh Tukang Jahit Puan Asfaniza Nieza ini sebagai rujukan.
“Suka dak tengok comel-comel ni. Dapat buat sendiri seluar kecik anak. Senang juga rupanya.Seronok pulak buat.Meh la buat sendiri siapa nak buat sis kongsi pola yang ni saiz 7-8 tahun lah.”
Ok pada yang bertanya macamana nak sambung boxer (girls), boleh tengok di dalam ni ada cara macam mana sis jahit. Mudah sangat. Bole try buat untuk anak sendiri.
Guna kain knit cotton , cotton lycra , knit jersey, dan seangkatan dengan kain tshirt.
Getah panties atau getah foe
1.Potong 2 keping ikut pola dan 2 keping yang kepingan kecil.
Kadang-kadang kita terfikir, boleh hidup tak jika tanam ubi kentang. Biasanya, kita hanya mampu beli dan langsung tidak terfikir untuk menanamnya.
Rupa-rupanya, nak tanam ubi kentang tidaklah susah seperti yang kita fikirkan. Tambah-tambah lagi kita yang amatur dan baru nak belajar menanam. Boleh cuba kat rumah sahaja.
Perkongsian daripada Syakizany ini boleh dijadikan panduan untuk kita yanbg baru nak belajar tanam ubi kentang. Hanyadalam pasu pun sudah menjadi. Selamat mencuba.
CARA MENANAM:
1. Ambil ubi kentang dan potong separuh. Rendam bahagian yang dipotong suku tenggelam selama 4 hari. Ia bertujuan supaya akar cepat keluar. Cucuk dengan lidi supaya kentang tak terendam habis. Jika kentang busuk, akar tidak akan keluar. ( 4 biji kentang dibelah dua).
2. Bila kentang sudah naik tunas, tanam dalam pasu. Letak tanah 1 inci kemudian letak kentang.
3. Tutup benih kentang dengan sedikit tanah. Bila pucuk makin meninggi, tambah tanah lagi. Begitulah seterusnya.
4. Siram pokok sehari sekali.
( Tidak letak baja cuma masa tanam ada campurkan dengan tanah sawit.)
INFO TAMBAHAN
1. Waktu terbaik untuk tuai ubi kentang adalah bila daun bawah mula menguning. (GAMBAR : hasil selepas 2 bulan, daun masih segar. Sebaiknya tunggu lagi 2 bulan)
2. Bila pokok mula meninggi tambah lagi tanah sebab ubi kentang tu keluar melalui batang.
3. Daun kentang tak boleh dimakan. Kentang juga kena tenggelam sepenuhnya, tak boleh terdedah. Kentang yang terdedah matahari tak bagus dimakan. Contohnya bila beli kentang, ada bahagian yang hijau, tu tak bagus dimakan.
4. Mula-mula tanam, tanah biar separuh bekas je, dah naik anak pokok baru tambah tanah lagi.
5. Saya tanam dalam pasu je, sebaiknya tanam dalam pasu yang lebih tinggi.
Kredit petua & foto: Zienie-G-nie
Info yang saya kongsi ni baru semalam terjumpa dan saya rasa mudah untuk orang baru yang sama minat macam saya untuk faham kerana disertakan sekali gambar…
Mak ayah yang baru berjinak-jinak berniaga secara online, mudah sebenarnya berniaga buka kedai di Shopee. Lelaki ini, Abdul Muiez Ruslee berkongsi cara buka kedai dan jual produk di Shoppe.
Rupanya mudah saja untuk buka kedai atas talian ini. Semoga perkongsian ini membantu mak ayah yang sedang mencari platform jualan produk anda itu.
“Bukan sedikit yang bertanya kepada saya bagaimana cara untuk berniaga di Shopee. Saya bukanlah pandai sangat pun. Kalau diikutkan, baru dua bulan sahaja saya berniaga di sana. Nak jawab lebih-lebih takut salah.”
Tapi, kalau bertanya bagaimana cara nak buka kedai, itu senang sahaja. Faktanya, semua orang yang ada akaun Shopee boleh membuka kedai di platform itu.
Sebelum nak berniaga, apa peralatan yang perlu ada?
1. Produk. Kalau tak ada produk nak jual apa? 2. Pembungkus plastik. Seeloknya pembungkus yang ada poket. Mudah untuk kita masukkan alamat pelanggan. Kalau barang yang mudah pecah, perlu ada bubble wrap dan sticker fragile. 3. Laptop. Telefon pun boleh. Tapi lebih mudah menggunakan laptop. 4. Printer. Printer cap ayam pun boleh. 5. Kertas. Sebaik-baiknya kertas bersaiz A6. Boleh beli di Shopee.
Cara nak buka kedai, boleh tengok di diskripsi gambar.
Cuba tengok di bahagian bawah sebelah kanan. Kliklah dekat situ.
Kemudian, klik start selling di penjuru atas sebelah kiri tu.
Ha, apa lagi tambahlah produk.
Masukkan semua informasi yang berkaitan. Masukkanlah seberapa banyak info untuk meyakinkan pembeli membeli barangan kita.
Ini perkara paling penting. Bab penghantaran.
Kalian kena tahu berapa berat produk kalian. Sebab, berat produk itu akan mempengaruhi caj penghantaran.
Ha, pilihlah syarikat penghantaran yang ada di kawasan rumah atau pejabat kalian.
Jangan pula pilih syarikat penghantaran yang jauh. Susah nanti kalau nak pergi pos barang.
Sebenarnya, saya buka kedai Shopee ni hampir 2 tahun (berdasarkan tarikh produk awal yang dimuat naik) Masa tu saya jual buku. Tapi taklah serius sangat. Suka-suka saja. Order pun tak ada masuk.
Sambal Bilis Pedas Crispy produk utama kami. Dalam masa yang sama, saya tetap jual buku. Ada buku di tangan, ada juga dropship.
Saya survey harga dalam Shopee dan cuba tawarkan harga terendah yang boleh saya bagi. Alhamdulillah, menjadi.
Yalah, di Shopee ni semuanya melibatkan persaingan. Ada 100 orang jual barang yang sama. Hanya terendah dan mempunyai rating yang bagus saja akan dipilih oleh pembeli. InsyaAllah.
Kalau yang ada stok di tangan, saya hantar macam biasa. Tapi, kalau dropship macam mana? Konsepnya sama, malah jauh lebih mudah.
Lepas terima tempahan daripada pelanggan, kita pula hantar order kepada pembekal. Buat pembayaran macam biasa.
Ini paling penting. Muat turun airway bill (macam dalam gambar) melalui aplikasi Shopee, kemudian emailkan kepada pembekal.
Seterusnya, pembekal siapkan order dan guna airway bill tu untuk pos.
Kita tak perlu update apa-apa kepada pelanggan. Tak perlu PM nak bagitahu barang dah dipos. Dan tak perlu nak tulis alamat. Tak perlu nak bagi nombor tracking.
Sebab bila pihak J&T scan airway bill tu, secara automatik nombor tracking dan perjalanan bungkusan tu dapat dijejak di aplikasi Shopee.
Senang kan?
Oh ya, pelanggan tak perlu risau kalau penjual lambat pos. Sebab sebaik sahaja terima tempahan, peniaga wajib hantar kepada pelanggan selewat-lewatnya 3 hari.
Berbalik kepada soalan asal. Nak jual apa?
Sebagai permulaan, kalau tak ada produk sendiri, jadilah dropshipper. Cari peniaga yang berpengalaman. Kalau pembekal pun tak tahu nak guna Shopee, susahlah nanti.
Jangan takut. Redah je.
MW :Sekarang ini kan ramai duduk rumah, jadi perniagaan online inilah cara survival terbaik untuk mereka yang baru mula nak berniaga.
Sumber/Foto : Abdul Muiez Ruslee
Penjual Sambal Bilis Pedas Crispy sedap di Shopee
Jom rebut peluang buat bisnes sendiri dari rumah, DAFTAR secara PERCUMA pautan di bawah ini.