Rasanya, semua mak memang suka menanam. Macam-macam cara dan baja yang digunakan untuk memastikan pokok atau tanaman subur. Malah, ada yang buat baja sendiri untuk tanaman.
Ada sesetengah tanaman itu memang mudah hidup dan merimbun. Malah, tanaman dan pokok inilah boleh membantu digunakan untuk dijadikan bahan masakan sehari-hari. Cili, daun limau purut, serai, daun pandan dan sebagainya adalah tanaman yang mesti ada kan!
Bagi mak yang jadikan hobi atau sekadar untuk memenuhkan tanah yang ada di hadapan rumah atau menanam dalam pasu, mesti menggunakan baja untuk membantu meyuburkan tanaman.
Malah, tak dinafikan ada baja yang memang kita tak tahu kandungannya sehinggakan tanaman atau pokok sefgar merimbun. Risau ia mengandungi bahan kimia. Bahaya pula nanti.
Buat Baja Bawang
Perkongsian daripada Ummi Haziq ini boleh membantu untuk mak yang ingin pokok subur, sekaligus bebas kimia yang boleh membahayakan kesihatan keluarga.
“Di sini, saya kongsikan cara nak buat baja semulajadi buat anda yang nak berjinak menjadi ahli kebun sekangkang kera. Apa yang penting bahan yang digunakan bahan organik untuk kita tanam pokok sendiri. Bebas racun dan bahan kimia.”
Letakkan gula merah ke dalam bekas berselang seli dengan bawang dan diakhiri dengan gula merah.
Ads
Tutup bekas dengan tisu dapur dan tutup @ boleh juga ikat dengan kain (untuk pengudaraan dan juga elakkan dimasuki lalat)
Tandakan tarikh.
Selepas seminggu boleh ditapis dan diambil cairan sahaja.
Ads
*Lebihan bahan tapis boleh buang di sekeliling umbi-umbi pokok dengan jarak sejengkal dari pokok.
Cara Guna
5 ml untuk satu liter air tanpa klorin (untuk elakkan mikroorganisma mati), gunakan air hujan atau air perigi atau sungai, air cuckoo, air coway atau yang seangkatan.
Semburkan pada daun, batang dan media tanaman.
*Untuk baja bawang putih juga gunakan kaedah yang sama.
*Untuk baja bawang merah membantu menggalakkan pertumbuhan akar
*Bagi baja bawang putih untuk kawalan serangga secara organik.
MW: Ada banyak cara nak pastikan tanaman mak-mak ni hidup subur. Mudah sangat. Syok, bila dah subur, main petik je kan untuk memasak.
Tanam ‘Salad Nasi Ayam’ Petik Daun Sahaja Jangan Cantas Batang, Boleh Guna Lama! Salad antara sayuran kegemaran ramai, sering di makan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam. Selalunya salad yang kita nak makan sikit sahaja, bakinya sayang jika terbuang begitu sahaja.
Sebenarnya bila tanam sendiri salad di rumah lebih jimat. Malah lebih menarik boleh petik terus salad segar di pasu/ polibeg.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Ena Mi Za ini sebagai rujukan.
Tip Tanam Salad Nasi Ayam (Seller benih yang beri nama)
1. Mula semai dari biji benih tak perlu banyak tanah dalam pasu.
2. Seeloknya kalau pasu agak besar boleh je tanam dua pokok. Macam saiz polibeg saya ni 15X18 @ 16X16, saya tanam 2 biji benih.
3. Bila dah bercambah, kena rajin timbus tanah pada pangkalnya, jangan kena timpa hujan.
4. Bila dah keluar batang, timbus tanah sampai tutup batang.
5. Batang pokok salad ni boleh tinggi sampai 1 kaki, tanam dalam pasu/polibeg besar.
6. Kalau untuk makan sendiri, petik sehelai-helai ikut banyak mana nak makan je..tambah lagi tanah bila perlu.
Jiran bagi pasu minta tolong semaikan.Alhamdulillah, dah boleh bagi untuk jiran sambung jaga. Untuk sendiri tanam polibeg cukup.
Petik dari bawah ikut banyak mana nak makan. Cuma petik daun je sebab sekali makan, bukan banyak pun. Boleh guna lama, kalau cantas dapat guna sekali je.
Sebelum jadi twin tower camni saya dah semai yang baru supaya tak putus bekalan salad di dapur.
Info Ekstra!
Lebih senang tanam salad sebab ulat pun tak suka kacau sangat banding dengan sawi.
Nak dapat macam dalam pasu tu sebulan lebih juga rasanya.
Rupanya dengan 3 Bahan sahaja, mak-mak boleh buat cream cheese sendiri di rumah. Cukup mudah. Tak perlu keluar beli dekat kedai. Senang lah bila nak guna cream cheese untuk buat kek, manisan. Lebih jimat dan berbaloi malah diyakini halal serta kebersihannya.
Baca perkongsian resipi oleh Puan Halawiah SD untuk membuat cream cheese sendiri di rumah.
“Gara-gara cream cheese susah dapat,harini akak pun cuba buat cream cheese sendiri. Maka intai-intai di Google dapatlah resepi mudah cepat tapi sedap 3 bahan je. Dari 1 liter susu dapat 180g cream cheese simpan buat stock,lepas raya boleh buat Roti Cream Cheese Garlic. Tak cuba tak tahu.”
1 liter susu segar/susu full cream/susu tinggi lemak.
3 sudu besar perahan lemon/atau cuka jika lemon takde.
Kain putih untuk perah
Cara Membuat:
1. Masak susu dengan api perlahan, tak perlu mendidih sangat sekadar nampak buih-buih halus.
2. Masukkan cuka sedikit demi sedikit sebanyak 3 peringkat hingga cuka habis dan kacau perlahan-lahan hingga kelihatan kandungan susu dan air terasing (susu sedikit berketul).Kacau perlahan supaya tidak berkerak.Tutup api.
3. Tapis susu tadi dengan kain putih biarkan 15 minit hingga bancuhan betul-betul kering.Perah bancuhan tadi,kemudian susu yang berketul tadi boleh diblender dan masukkan sedikit garam. Blender hingga sebati dan halus. Siap..boleh simpan dalam freezer.
Dengan 1lit saya dpt 180gm cream cheese.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak boleh buat sendiri cream cheese ini di rumah. Guna tiga bahan je. Lebih jimat, diyakini halal dan terjamin kebersihannya.
Memang geram dan menyusahkan jika kebun atau jika rumah sering didatangi beruk, kera mahupun babi hutan. Masakan tidak, habis semua pokok-pokok dirosakkan dan tak sempat menuai hasil tanaman.Malah bertambah risau jika binatang tersebut agresif, ia boleh mengundang bahaya pula.
Mak-mak yang berkebun dan ada masalah dengan monyet, kera, beruk mahupun babi hutan boleh cuba cara dan ramuan yang dikongsikan oleh Roz Othman ini sebagai panduan. Katanya berkesan dalam dalam menghalau haiwan perosak ini.
Ni tips dari FB Group Kebun Bandar. Sesiapa yang ada masalah cik monyet atau cik ‘babi’ boleh cuba cara ni. InsyaAllah berkesan.
Buat dekat kampung MIL Hari tu, kera dengan beruk sekali datang dalam 30 ekor, habis buah durian dan bachang digugurkan. Buah durian dah besar-besar bola sepak tu, tapi masih muda tergolek bawah pokok.
Lepas guna tips ni, tak de dah datang beruk dan kera tu. So, conclusionnya, BERJAYA!
Bahan-Bahan:
6 paket Ubat gegat (tumbuk bagi hancur)
6 keping Belacan (hancur hancurkan dengan tangan)
250 gram Tepung gandum
Kain Merah secukupnya
Cara Membuat:
1. Campur ketiga-tiga bahan ni, bungkus macam dalam gambar yang saya buat.
2.Selepas tu gantung di mana-mana saja laluan cik nyet atau cik bi tu.
3.Kuantiti agak-agak je la, hari tu Roz guna 6 keping belacan, 6 packet sedang ubat gegat, 250gm tepung gandum.
Ada testimoni kata cik nyet terkinja-kinja melompat lepas dia pegang 1 bungkusan yang sangkut di pokok.
Mingguan Wanita: Mak-mak yang berkebun dan ada masalah dengan monyet dan babi boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Guna ubat gegat, belacan dan tepung gandum sahaja.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...