Anak meninggal atas menara kren, ibu pasrah ketentuan takdir illahi. Berita kematian seorang operator  kren dikenali sebagai Afiq Daniel dari atas menara pada ketinggian 20 m semalam sangat mengejutkan bagi rakan-rakan yang mengenali arwah.

Menerusi akaun Tik Tok @jejakasederhana, rakan kepada arwah berkongsi satu video yang sangat menyentuh hati di mana proses membawa turun mayat Daniel dari atas menara dilakukan.

Anak Meninggal Atas Menara Kren

“Khidmat terakhir seorang sahabat, menurunkan jenazah sahabat sendiri,” katanya yang berkongsi video ini dan sudah disaksikan lebih dari 1.1 juta orang.

@jejakasederhana Selamat jalan Daniel….Semoga di tempatkan di kalangan org² yg beriman..16/11/23 Pergi nya seorang sahabat di atas kren menara dan jenazah di turunkan menggunakan kren menara bersebelahan yg di kendali oleh sahabat sendiri… #alfatihah #krenmenara #towercraneoperator #towercrane #craneoperatormalaysia🇲🇾 #selamatjalankawan ♬ original sound – Geng Nasyid

Ibu Pasrah Ketentuan Takdir Illahi

Dalam pada itu, sebaik video ini beredar, ibu kepada arwah Daniel atas nama @yusinailias turut menulis “terima kasih semua yang mendoakan anak sulong saya.

Anak Meninggal Atas Menara Kren, Ibu Pasrah Ketentuan Takdir Illahi

Anak Meninggal Atas Menara Kren, Ibu Pasrah Ketentuan Takdir Illahi

Walau hal ini sangat mengejutkan namun ibu kepada arwah iaitu Cikgu Ina pasrah atas takdir yang tertulis ke atas anak sulungnya itu.

Dalam pada itu, akhbar semalam melaporkan, Afiq Daniel di temui meninggal dunia pada usia 27 tahun di dalam kabin jentera di tapak pembinaan dekat Persiaran KLCC petang semalam.

Arwah dikatakan tidak sedarkan dirinya sebelum rakan sekerja meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur bagi menurunkan mangsa yang berada pada ketinggian hampir 20 meter (m).

IKLAN

Anak Meninggal Atas Menara Kren, Ibu Pasrah Ketentuan Takdir Illahi

Anak Meninggal Atas Menara Kren, Ibu Pasrah Ketentuan Takdir Illahi

Anak Meninggal Atas Menara Kren, Ibu Pasrah Ketentuan Takdir Illahi
Proses membawa turun mayat arwah dilakukan oleh rakan sekerjanya. Foto BERNAMA

 

Komander Operasi Kanan JBPM Mior Muhammad Fikri Mohd Zaini berkata, Pusat Gerakan Operasi JBPM menerima panggilan pada 5.43 petang.

Menurutnya, jentera dengan kekuatan 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi pada 5.50 petang, pasukan mendapati mangsa yang bekerja sebagai operator kren menara tidak sedarkan diri di dalam kabin.

IKLAN

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa berjaya dibawa turun menggunakan bantuan kren menara bersebelahan pada 7.46 malam dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Dalam itu, di video yang sama, rakan yang mengenali arwah memaklumkan, baru bertemu arwah Ahad lalu dan seorang yang sangat baik. Bahkan ramai yang meminta isteri arwah dikenali sebagai Ziema untuk kuatkan hati menghadapi ujian ini. Difahamkan arwah mempunyai seorang anak yang masih kecil. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Anak 2 Tahun Meninggal Ditinggalkan 8 Jam Dalam Kereta, Ibu Sangka Anak Sudah Turun Ke Tadika

Isteri Sarat Mengandung 8 Bulan Meninggal, Penantian 4 Tahun Suami Tunggu Zuriat Berakhir Duka

IKLAN

Kanak-Kanak 3 Tahun Main Skuter Depan Rumah Meninggal Dirempuh 4WD, Ibu Meraung Saksi Kejadian

Pelajar 14 Tahun Meninggal Dalam Tidur, Mimpi Arwah Isteri Jadi Petanda Anak Djemput Allah

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

DS Vida tawarkan pekerja McD kerja dengan gaji banyak selepas bersimpati mendengar luahan Izuan, pemuda masalah pendengaran yang merayu agar rakyat Malaysia menghentikan boikot ke atas restoran makanan segera McD kerana banyak pekerja yang terjejas.
Memahami keperitan dialami Izuan, dirinya menawarkan pekerjaan. Alhamdulillah, moga rezeki DS Vida terus murah.

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI