Sejuk mata memandang penampilan penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti yang berhijab tatkala berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama keluarga tersayang baru-baru ini.

“Sesungguhnya Shofa dan Marwah adalah sebagian dari syiar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitulloh atau berumroh, maka tiada dosa baginya mengerjakan sa’i antara keduanya.

Dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. Al-Baqarah:158)

Kris Dayanti tunai umrah sekeluarga, penampilan anak perempuan jadi tumpuan!

Menerusi Instagram miliknya,  penyanyi berusia 48 tahun itu bersama suami dan anak-anak kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan umrah.

Kris Dayanti tunai umrah sekeluarga

Meskipun tanpa sebarang solekan, wanita ini kelihatan anggun dalam persalinan jubah rona kelabu dan hitam serta putih sepanjang berada di Tanah Suci.  Hantaran isteri kesayangan Raul Lemos itu turut disertakan bersama sepotong hadis yang berkaitan dengan ibadah umrah.

Kris Dayanti tunai umrah sekeluarga, penampilan anak perempuan jadi tumpuan!

Hantaran pelantun Mencintaimu itu mengenai keberadaannya di Tanah Suci menarik perhatian umum apatah lagi ramai memuji penampilan dua beranak ini yang cantik menutup aurat.

IKLAN

Meskipun Ariannha Amora Lemos baharu mencecah berusia 12 tahun, namun Amora  tampak begitu manis menutup aurat dengan sempurna. Bahkan, sekali imbas, Amora dilihat lebih tinggi daripada ibunya. Amora kini mewarisi bakat dalam bidang nyanyian seperti ibunya apabila kini bergelar penyanyi remaja di Indonesia.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/krisdayanti-mulan-jameela-terjun-dunia-politik-jadi-ahli-parlimen-indonesia/

Penampilan anak perempuan jadi tumpuan!

Kris Dayanti tunai umrah sekeluarga, penampilan anak perempuan jadi tumpuan!

IKLAN

Rata-rata para peminat selebriti ini memuji kecantikan anak dara Kris Dayanti yang baharu menginjak usia remaja itu.

Kris Dayanti tunai umrah sekeluarga, penampilan anak perempuan jadi tumpuan!

‘Kak Amora cantik pakai hijab. Semoga istiqomah ya. Semoga umrahnya lancar mimi KD dan keluarga, diberikan kesihatan yang baik.’

IKLAN

‘Masya-ALLAH Amora cantiknya, persis maminya waktu muda. Teringat awal-awal waktu memasuki Asia Bagus.’

Sumber: Instagram krisdayantilemos

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI