Empat beradik termasuk bayi 10 bulan kena halau dengan nenek, ditinggalkan depan pejabat kerajaan. Entah di mana hati nurani seorang wanita berusia yang bertindak menghalau empat cucunya termasuk bayi berusia 10 bulan.

Dalam kes menyayat hati ini, dalam usia yang belum pun baligh, empat beradik di bawah umur ditemui ditinggalkan di hadapan Kompleks Pentadbiran Perak Tengah, Kampung Gajah, di sini, semalam.

4 Beradik Termasuk Bayi 10 Bulan Kena Halau Dengan Nenek

Memetik laporan Harian Metro, kejadian kira-kira 10.50 pagi itu membabitkan kanak-kanak lelaki masing-masing berumur 11 tahun, tiga tahun dan bayi 10 bulan serta seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada Pegawai Kebajikan Masyarakat Kampung Gajah pada jam 5.39 petang.

4 Beradik Termasuk Bayi 10 Bulan Kena Halau Dengan Nenek, Ditinggalkan Depan Pejabat Kerajaan

Ditinggalkan Depan Pejabat Kerajaan

Hasil siasatan awal, katanya, pengadu dimaklumkan oleh pengawal keselamatan bahawa semua mangsa ditinggalkan di hadapan pondok pengawal keselamatan kompleks pentadbiran itu oleh seorang perempuan yang tidak dikenali yang menaiki kereta jenis Toyota.

“Hasil pertanyaan kepada kanak-kanak berumur 11 tahun berkenaan, dia mendakwa mereka dihalau dari rumah oleh nenek di Kampung Kuchai, Bota di Parit.

IKLAN

“Mereka dihantar ke tempat kejadian menaiki kereta oleh seorang perempuan yang tidak dikenali.

“Pengadu kemudian menghantar kanak-kanak itu ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Gopeng untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hafezul Helmi berkata, polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan ibu bapa atau waris kanak-kanak itu.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan insiden ini boleh menghubungi pegawai penyiasat jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Inspektor Mohd Hanif Dzulkifli di talian 012-6477452,” katanya.

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI:- Suami Derhaka Kepada Allah Bila Abaikan Isteri, Lebihkan Ibu & Adik Beradik

“Anak Mana Tak Sayangkan Emaknya,” Meskipun Dihalau Dari Rumah, Diharamkan Susu Badan

Bukan Berkira, Sistem Giliran Elak Adik Beradik ‘Lari’ Tanggungjawab Uruskan Mak Ayah

IKLAN

Bukan Berkira, Sistem Giliran Elak Adik Beradik ‘Lari’ Tanggungjawab Uruskan Mak Ayah

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Kenapa Ada Pasangan Yang Cari Skandal Di Luar? | Borak Kelamin
9/10 kes cerai selalunya melibatkan orang ketiga. Seringkali kita terdengar mengenai isu curang di antara lelaki dan wanita. Lebih menakutkan, berlakunya juga kes perhubungan sulit antara suami dan isteri orang.
Apakah punca perkara ini terjadi? Sekadar nak “have fun” atau terdapat tujuan lain ?

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI