Nampak ringkas isu tentang tabiat sayang nak buang. Tapi sebenarnya masalah yang disebut Hoarding Disorder ini merupakan kecelaruan mental seseorang yang tak dapat buang barang.

Sememannya nampak macam simple dan bukan penyakit sangat pun, tapi bila kita tengok lagi mendalam, sebenarnya benda ini parah sebab berkait dengan Depression, Anxiety, OCD etc.

Penghidap HD, atau dipanggil Hoarders, ada satu masalah untuk lepaskan barang milikan dia, sayang nak buang walaupun tak ada nilai.

Tabiat sayang nak buang ni kadang-kadang mengundang penyakit lain. Contohnya kalau terlampau banyak pakaian yang sayang nak buang tu, menyebabkan lipas, cicak, tikus pun bersarang.

Tabiat Sayang Nak Buang Barang, Nampak Ringkas Tapi Sebenarnya Anda Mungkin Alami Kecelaruan Mental

Tabiat Sayang Nak Buang Barang, Nampak Ringkas Tapi Sebenarnya Anda Mungkin Alami Kecelaruan Mental

Terlampau Obses Pada Barang Yang Dikumpul

Hari ini Program Bual Bicara Mingguan Wanita telah mengupas topik yang menarik ini. Bersama Pakar Psikologi Kesihatan, Dr. Shazli Ezzat Ghazali.

“Sayang kepada barang boleh jadi satu penyakit. Tabiat suka menyimpan barang merupakan satu tingkah laku suka mengumpul. Bila barang yang disimpan banyak menjadi satu masalah untuk bergerak di dalam ruang rumah.

“Mereka yang mempunyai tabiat ini juga kadangkala cepat marah kerana terlampau obses pada barang yang dikumpul kerana bernilai buat dirinya.

“Tanda awal penyakit mereka yang alami penyakit ini mempunya dua elemen iaitu elemen emosi dan pemikiran (di mana mereka letakkan barang pada nilai-nilai tertentu kerana rasa barang tu berniai pada masa akan datang).

“Kebanyakkan mereka ni ada simpton-simpton Depression. Tak suka berkawan dengan orang dan suka menyendiri dan akan simpan barang sebaik mungkin.

“Malah mereka juga sering beranggapan barangan yang mereka ada mempunyai sentimental value, contohnya apabila mereka beli baju baru mereka akan sayang untuk buang baju yang lama. Sepatutnya baju yang dibuang atau beri pada orang lain. Jangan letakkan nilai kenangan pada barang itu. Akan menyebabkan pengumpulan barang yang banyak pada rumah atau tempat.

“Bukan saja barang dikumpul dirasakan sangat bernilai, malah ada barang yang kutipan sampah pun dikumpul. Setiap barang yang ada di persekitaran dia akan berasa bernilai hingga sampah pun dikumpul,” ungkap Dr Shazli Ezzat Ghazali.

Tabiat Sayang Nak Buang Barang, Nampak Ringkas Tapi Sebenarnya Anda Mungkin Alami Kecelaruan Mental
Antara tetamu lain yang menjadi jemputan.

Malah sewaktu diundang Dr Shazli juga telah memberikan penerangan panjang lebar mengenai tabiat ini. Jadi kepada anda yang tidak mahu lepaskan peluang mengenali mereka yang memiliki masalah Hoarding Disorder bolehlah ikuti kupasannya bersama Mingguan Wanita Talkshow pada jam 5 petang ini.

Hanya di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

#MingguanWanitaTV
#AstroPrima

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI