Ads

Sulong Teruskan Langkah, Orang Ramai Tolong Jangan Berhenti Semata-mata Nak Ambil Gambar

Sulong
Sulong

Ramai yang kongsi gambar dan video Sulong, seekor gajah yang dipercayai mahu pulang ke tempat asalnya di Gua Musang, kakinya cedera tetapi itu tidak patahkan semangatnya.

Sulong Teruskan Langkah

Sulong Teruskan Langkah, Orang Ramai Tolong Jangan Berhenti Semata-mata Nak Ambil Gambar

Jika anda terserempak semasa lalu jalan berkenaan, jangan berhenti semata-mata untuk mengambil gambar atau merakam video liar jantan dewasa itu di sepanjang Jalan Raya Timur Barat (JRTB).

Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), tindakan sedemikian boleh menyebabkan kenderaan berhenti dan mengganggu kelancaran aliran trafik di kawasan berkenaan.

Pengguna jalan raya juga perlu sentiasa mematuhi arahan anggota penguat kuasa dan petugas Perhilitan sekiranya berada di kawasan pemantauan.

Ads

Orang Ramai Tolong Jangan Berhenti Semata-mata Nak Ambil Gambar

Sulong Teruskan Langkah, Orang Ramai Tolong Jangan Berhenti Semata-mata Nak Ambil Gambar

Pemberian makanan atau meletakkan makanan untuk gajah adalah ditegah di sepanjang JRTB. Perhilitan turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak berhenti atau keluar daripada kenderaan sekiranya terserempak hidupan liar termasuk gajah yang berada di bahu jalan dan tidak menunjukkan tingkah laku agresif.

Ads

Orang ramai juga diminta tidak melakukan sebarang bentuk provokasi terhadap haiwan liar yang ditemui.

Terdahulu, Perhilitan memaklumkan seekor gajah liar jantan dewasa yang dipercayai Sulong dikesan berkeliaran di JRTB sejak 17 Ogos lalu dan mengalami kecederaan pada kaki hadapan sebelah kanan.

Ads

Sulong Teruskan Langkah, Orang Ramai Tolong Jangan Berhenti Semata-mata Nak Ambil Gambar

Anda mungkin berminat dengan

Keadaan fizikal serta tingkah lakunya dilaporkan normal selain masih mampu makan dan bergerak dengan baik, manakala luka pada kakinya semakin kering serta menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Beberapa pengguna jalan raya juga kelihatan berhenti dan memberi makan kepada Sulong kerana simpati dengan nasibnya yang perlu berjalan jauh menuju ke kawanan asalnya.

Untuk info, Sulong dikatakan berasal dari Chalil, Gua Musang sebelum ini dipindahkan Perhilitan dari Gua Musang ke Gerik, Perak bagi mengelakkan konflik dengan penduduk termasuk gangguan terhadap tanaman.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Helikopter Terhempas

Helikopter Terhempas, KKM Maklum Dr Ainul Meninggal Dunia

Hari ini Malaysia diselubungi rasa duka apabila sebuah helikopter terhempas yang dinaiki lima individu terbakar di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram.