
Sedang mencari aktiviti kanak-kanak yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi turut memberi pengalaman pembelajaran? Edutainment Fest 2026 bakal berlangsung pada 5 dan 6 September 2026 di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.
Dianjurkan oleh Pa&Ma dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), festival ini membawa tema “Membuka Dimensi Masa Hadapan”, dengan fokus kepada STEM, literasi digital, kreativiti, kecerdasan emosi dan literasi kewangan.
Aktiviti Kanak-Kanak Bertemakan Masa Hadapan

Antara tarikan utama Edutainment Fest 2026 ialah Future Stamp Journey, iaitu cabaran interaktif yang membolehkan kanak-kanak meneroka pelbagai stesen aktiviti sambil mengumpul cop.
Antara aktiviti kanak-kanak yang ditawarkan termasuk Cup Stacking Booth, Math Gripper-Bot Mission, Mission Bot in The Rescue dan Jom Menyimpan!
Konsep ini membolehkan pembelajaran berlaku dalam suasana lebih santai dan menyeronokkan.
Aktiviti Keluarga Untuk Hujung Minggu
Selain aktiviti pendidikan, Edutainment Fest 2026 turut menyediakan pelbagai aktiviti keluarga seperti Himpunan Generasi Futuristik, Jom Mewarna Futuristik, Jom Mewarna Multiverse, Energizing Zumba dan Konsert Futuristik Pa&Ma.
Pengunjung juga berpeluang bertemu selebriti dan pempengaruh seperti Mimie Haris, Dayah Bakar, Bunga Isme dan Nas Adila.
500 Sijil Penyertaan Untuk Kanak-Kanak
Menariknya, sebanyak 500 Sijil Penyertaan disediakan untuk kanak-kanak yang melengkapkan Future Stamp Journey serta menyertai aktiviti pentas yang ditetapkan.
Dalam masa sama, PTPTN turut menyasarkan pembukaan 500 Akaun Simpan SSPN sepanjang dua hari festival bagi menggalakkan ibu bapa mula merancang simpanan pendidikan anak sejak awal.
Anda mungkin berminat dengan
Bagi keluarga yang mencari aktiviti kanak-kanak di Kuala Lumpur, acara ini boleh menjadi pilihan untuk mengisi hujung minggu dengan pengalaman yang menggabungkan pendidikan dan hiburan.
Edutainment Fest 2026 berlangsung pada 5 dan 6 September 2026, jam 10 pagi hingga 5 petang di Sunway Putra Mall. Kemasukan adalah percuma.
Baca artikel: Tak Perlu Aktiviti Mahal, Masak Bersama Anak Pun Boleh Jadi ‘Quality Time’ Bermakna
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

