Ads

Merdeka 2026: Nikmati Sajian 14 Negeri Di cirKLe. makan² The Campus Ampang

merdeka 2026

Masih mencari aktiviti menarik sempena Merdeka 2026? Pencinta makanan, budaya dan aktiviti komuniti boleh berkunjung ke cirKLe. makan²: Merdeka Semester 2026 yang berlangsung selama tiga hari di The Campus Ampang.

Acara yang berlangsung dari 28 hingga 30 Ogos 2026 ini menghimpunkan cita rasa, warisan dan semangat kreatif daripada kesemua 14 negeri di Malaysia.

Dengan tema “Malaysia, Gathered!”, sambutan Merdeka 2026 kali ini mengetengahkan makanan sebagai salah satu elemen yang menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang.

Sajian 14 Negeri Jadi Tarikan

Antara tumpuan utama acara ini ialah Sajian 14 Negeri, yang meraikan pelbagai cita rasa, bahan tempatan dan tradisi makanan dari seluruh negara.

Pengunjung bukan sahaja berpeluang menikmati makanan Malaysia, malah boleh mengenali lebih dekat pengusaha tempatan, artisan, usahawan kreatif serta penggiat budaya dan warisan.

Acara ini menyasarkan antara 30,000 hingga 40,000 pengunjung, termasuk keluarga, generasi muda, pencinta makanan dan komuniti kreatif.

Ads

Baca juga: Dari Katering Ke Bangsar, Rumoh Mekda Bawa Cita Rasa Pantai Timur Dengan Perkenan Sultan Pahang

Bukan Sekadar Festival Makanan

Selain gastronomi, cirKLe. makan² turut membawa pengalaman budaya yang lebih menyeluruh.

Salah satunya ialah Rahmat Bahgia, sebuah pengalaman pop-up multisensori yang diinspirasikan daripada nilai kesyukuran, perpaduan dan kebersamaan yang dizahirkan menerusi lagu kebangsaan, Negaraku.

Ads

Bagi mereka yang mahu menikmati suasana Merdeka 2026 dengan cara berbeza, acara ini turut menawarkan persembahan, bengkel dan pelbagai aktiviti interaktif.

Sokong Komuniti Dan Usahawan Tempatan

Menariknya, cirKLe. makan² juga menjadi platform untuk pengusaha tempatan, artisan dan usahawan kreatif memperkenalkan hasil karya mereka kepada khalayak lebih luas.

Acara ini turut mengetengahkan konsep seni dan F&B berteraskan komuniti, menjadikan pengalaman menjamu selera sebagai ruang untuk mengeratkan hubungan sesama masyarakat.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Sempena sambutan Merdeka 2026, mungkin inilah masa terbaik untuk kita melihat semula bagaimana makanan, budaya dan pengalaman bersama mampu menyatukan rakyat Malaysia.

“Satu Tempat. Satu Hujung Minggu. Satu Merdeka.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mingguan Wanita (@mingguanwanita)

Baca juga artikel: Tomei Lancar Syiling Emas MY Flora, Guna Emas Kitar Semula Untuk Sokong Pemuliharaan

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Malaysia Quran Hour 2026

Malaysia Quran Hour 2026: Raja Permaisuri Agong Bersama Rakyat Hayati Al-Quran...

Malaysia Quran Hour 2026 berlangsung 30 Ogos dengan tema Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera, menghimpunkan rakyat bersama al-Quran.