Ads

Tomei Lancar Syiling Emas MY Flora, Guna Emas Kitar Semula Untuk Sokong Pemuliharaan

syiling emas

Bukan sekadar koleksi bernilai, syiling emas terbaharu Tomei membawa mesej tentang kepentingan memelihara khazanah alam semula jadi Malaysia.

Menerusi kerjasama dengan WWF-Malaysia, Tomei Group melancarkan Set Koleksi Syiling Emas Flora Malaysia (Syiling Emas MY Flora) sempena Projek Prihatin Sokongan Dana Tomei 2026.

Menariknya, koleksi ini turut mengetengahkan pendekatan kelestarian dengan penggunaan emas kitar semula dalam penghasilannya.

Empat Flora Ikonik Malaysia

syiling emas

Set lengkap ini mengandungi empat keping syiling emas dengan jumlah berat 12.44 gram emas tulen 999.9, manakala setiap syiling mempunyai berat 0.1 auns atau 3.11 gram.

Terhad kepada hanya 800 set di seluruh negara, setiap koleksi dilengkapi nombor siri unik dan dilancarkan pada harga RM8,888, tertakluk kepada perubahan harga emas antarabangsa.

Ads

Empat flora yang ditampilkan ialah Bunga Raya, Orkid Selipar (Paphiopedilum rothschildianum), Periuk Kera (Nepenthes rajah) dan Rafflesia.

Pemilihan spesies ini mencerminkan keunikan hutan hujan tropika Malaysia serta kepentingan melindungi biodiversiti untuk generasi akan datang.

Emas Kitar Semula, Pembungkusan Lebih Lestari

syiling emas

Ads

Menurut pihak Tomei, penggunaan emas kitar semula diperoleh daripada emas tukar ganti sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan kesan alam sekitar berkaitan perlombongan emas baharu.

Selain itu, pembungkusan dan bahan cetakan turut mengutamakan bahan mesra alam, termasuk penggunaan kertas yang disahkan di bawah piawaian Rantaian Pengawasan (Chain of Custody) FSC, apabila bersesuaian dan praktikal.

Pendekatan ini menjadikan syiling emas MY Flora bukan sekadar barangan koleksi, tetapi turut membawa nilai kelestarian.

Ads

Sokong Usaha Pemuliharaan

Melalui kempen ini, Tomei menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya RM70,000 dan berharap jumlah sumbangan dapat melebihi RM100,000 bagi menyokong usaha pemuliharaan.

Anda mungkin berminat dengan

Kerjasama dengan WWF-Malaysia ini merupakan kesinambungan kolaborasi pemuliharaan Tomei pada 2022, yang ketika itu mengetengahkan hidupan liar terancam. Kali ini, fokus diperluaskan kepada flora Malaysia.

Sebagai simbol komitmen terhadap alam sekitar, wakil Tomei dan WWF-Malaysia turut menyertai upacara penanaman pokok pada 21 Ogos 2026.

Koleksi syiling emas MY Flora kini boleh didapati di semua cawangan Tomei di seluruh negara.

Baca juga artikel: Wanita dan TOMEI Tidak Dapat Dipisahkan, Bukan Sekadar Hiasan Tetapi Lambang Keyakinan Diri

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Sakit Mental

Sakit Mental Bukan Tanda Lemah, Suaranya Perlu Didengar & Dapatkan Sokongan

Sakit mental bukan tanda lemah. Mereka ini bukan gila, bukan juga mencari perhatian, dan bukan sengaja mahu menjadi begitu. Kadang-kadang senyuman yang dipamer hanya untuk menutup perjuangan yang orang lain tidak nampak.