Ads

“Kalau Nak Bawa Rocky, Saya Sendiri Akan Serahkan…”Roghinidevi Pertimbang Pilihan Undang-Undang

rocky

Kalau nak bawa Rocky, saya sendiri akan serahkan. Roghinidevi pertimbang tindakan undang-undang.

“Kalau mahu bawa ia pergi, boleh. Saya sendiri akan serahkan. Saya mengaku saya tiada lesen (pelihara anjing) tetapi kamu boleh bawa ia. Saya tak akan menghalang.”

Itulah rayuan yang didakwa dibuat oleh pemilik anjing peliharaan Rocky, Roghinidevi ketika haiwan kesayangannya ditangkap dalam operasi menangkap anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah, Port Klang pada 29 Julai lalu.

Rocky
“‘Kalau nak bawa Rocky, saya sendiri akan serahkan.’ Roghinidevi

Namun menurut Roghinidevi, rayuannya langsung tidak diendahkan. Kini, beliau sedang meneliti tindakan undang-undang yang boleh diambil sementara menunggu hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Rocky Didakwa Tidak Terlibat

Bercakap kepada pemberita pada satu sidang media, peguam Choo Dee Wei berkata anak guamnya yang hanya mahu dikenali sebagai Roghinidevi masih menunggu hasil siasatan polis dan DVS sebelum memutuskan langkah seterusnya.

Mengimbas kejadian itu, Roghinidevi berkata seorang jiran memaklumkan kepadanya bahawa seekor anjing lain didakwa mengejar seorang kanak-kanak di kawasan kejiranan berkenaan. Bagaimanapun, beliau menegaskan Rocky tidak terlibat dalam insiden tersebut.

rocky
“Rocky, anjing didakwa milik Roghinidevi yang mati ketika operasi menangkap anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah, Port Klang.”

Beliau berkata, sebaik pulang ke rumah bersama anak perempuannya, dia mendapati orang ramai berkumpul di hadapan rumah manakala Rocky sedang ditangkap oleh dua lelaki.

Menurutnya, beliau berkali-kali merayu supaya Rocky dilepaskan sambil menjelaskan bahawa anjing itu ialah haiwan peliharaan keluarganya.

“Saya beritahu mereka, ‘Kalau mahu bawa ia pergi, boleh. Saya sendiri akan serahkan. Saya mengaku saya tiada lesen (pelihara anjing), tetapi kamu boleh bawa ia. Saya tak akan menghalang,'” katanya.

Roghinidevi berkata beliau tidak pernah menghalang operasi tersebut. Sebaliknya, beliau bersedia menyerahkan sendiri Rocky sekiranya anjing itu perlu dibawa oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, beliau mendakwa rayuannya tidak diendahkan dan alat tangkapan itu terus dibiarkan melilit leher Rocky.

Ads
Dakwa Cuba Selamatkan Rocky

Roghinidevi turut mendakwa beliau bersama anak perempuannya cuba memotong alat tangkapan itu bagi membebaskan Rocky.

Namun, usaha mereka dikatakan dihalang oleh orang awam yang berada di lokasi.

Beliau juga mendakwa tangannya dipukul menggunakan sebatang kayu ketika cuba menyelamatkan Rocky.

Insiden itu akhirnya mengorbankan Rocky dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat, khususnya pencinta haiwan yang mengikuti perkembangan kes berkenaan.

Pertimbang Tindakan Undang-Undang

Memetik laporan Free Malaysia Today,  Choo Dee Wei berkata keluarga itu kini sedang meneliti pilihan undang-undang yang boleh diambil, namun buat masa ini mereka memilih untuk menunggu hasil siasatan polis dan DVS.

Beliau berkata, hasil siasatan tersebut akan membantu menentukan tindakan lanjut yang bersesuaian mengikut lunas undang-undang.

Ads

Sehingga kini, kedua-dua agensi berkenaan masih menjalankan siasatan dan belum mengeluarkan keputusan rasmi berhubung insiden itu.

rocky
Roghinidevi hadir bersama peguam dan ahli keluarga ketika sidang media, sambil memaklumkan beliau sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang selepas kehilangan Rocky.
MBK Tiba Ketika Rocky Sudah Mati

Menurut Roghinidevi, ketika pegawai Majlis Bandaraya Klang (MBK) tiba di lokasi, Rocky didakwa sudah pun mati.

Beliau turut mendakwa alat yang digunakan untuk menangkap Rocky bukanlah penjerut penangkap anjing standard, sebaliknya kabel lutsinar yang mengandungi dawai sehingga pegawai MBK terpaksa memotongnya menggunakan alat pemotong.

Roghinidevi juga mengkritik tindakan awal pihak berkuasa yang menurutnya lebih memberi tumpuan kepada isu beliau tidak memiliki lesen memelihara anjing, sebelum polis mengambil laporan beliau secara rasmi selepas video kejadian itu tular.

“Jiran kemudian memberitahu saya, Rocky bersembunyi di bawah sebuah kereta. Mereka berkata beberapa lelaki memasuki kawasan rumah jiran, mengheret Rocky keluar, kemudian memukulnya sebelum menangkapnya,” dakwanya.

SAFM Mahu Siasatan Menyeluruh

Sementara itu, Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM), Kalaivanan Ravichandran berkata polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) perlu menjalankan siasatan secara menyeluruh berdasarkan semua bukti yang ada.

Ads

Menurutnya, siasatan perlu mengambil kira keterangan saksi, rakaman video, bukti fizikal serta penemuan veterinar bagi memastikan punca sebenar kematian Rocky dapat dikenal pasti.

Anda mungkin berminat dengan

Beliau berkata pihaknya turut menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan oleh DVS bagi menentukan punca kematian anjing berkenaan.

Kalaivanan turut menjelaskan bahawa walaupun pemilik haiwan bertanggungjawab mendapatkan lesen memelihara haiwan, isu lesen Rocky tidak seharusnya dicampuradukkan dengan cara anjing itu dikendalikan semasa operasi tersebut.

Beliau turut menggesa MBK menjelaskan beberapa perkara, termasuk siapa yang menjalankan operasi berkenaan, sama ada orang awam turut terlibat, jenis peralatan yang digunakan untuk menangkap Rocky serta sama ada operasi itu mematuhi garis panduan tangkapan anjing liar secara berperikemanusiaan.

“Tiada siapa berhak menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak perlu kepada haiwan hanya kerana ia tidak mempunyai lesen,” katanya.

Tunggu hasil siasatan

Kes kematian Rocky mendapat perhatian meluas selepas tular di media sosial dan mencetuskan perbincangan mengenai prosedur operasi menangkap anjing liar serta aspek kebajikan haiwan.

Pada masa sama, orang ramai turut menantikan hasil siasatan pihak berkuasa bagi mengetahui sama ada semua prosedur dipatuhi ketika operasi dijalankan.

Bagi Roghinidevi, apa yang diharapkannya kini ialah siasatan yang telus agar segala persoalan mengenai kematian Rocky dapat dirungkai dan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran prosedur atau undang-undang, tindakan sewajarnya dapat diambil.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Bertemu Pencipta

Pergi Bertemu Pencipta Selepas Tiga Hari Tak Sedarkan Diri, Suami Tunaikan...

Tiga hari tidak sedarkan diri, akhirnya si isteri pergi bertemu Pencipta akibat komplikasi penyakit asma dihidapinya. Suaminya, Raja Muhammad Raja Ali, 45, reda dan arwah pernah beberapa kali memaklumkan sudah mengisytiharkan untuk menderma organ.