Pelakon dan penyanyi kelahiran Indonesia, Tya Arifi baru-baru ini berkongsi kejayaannya mengenggam segulung ijazah selepas sekian lama mengidamkannya. Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin berkongsi perasaan teruja di laman sosial miliknya.

Sibuk Urus Bisnes & Keluarga Bukan Halangan Tya Arifin Genggam Ijazah. Wanita Memang Punya Keazaman Luar Biasa!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

“Alhamdulillah finally, hari yang ditunggu tunggu tiba, ini merupakan suatu impian yang tersimpan dalam bertahun tahun. Akhirnya, hari ini jadi kenyataan, mendapat Bachelor Business Administration (HONS) dari Asia E University Malaysia. Terima kasih semua yang sudah mendoakan, Tya doakan kalian juga,” coretnya.

Usahawan kepada dua anak itu sempat merakam memori pada masa lalu yang mana memilih untuk tidak menyambung pelajaran ketika itu.

“Selepas Tya selesai senior high school, sebenarnya Tya harus kuliah, tapi saat itu Tya postponed karna Tya pilih untuk ambil peluang yang lain hijrah ke Jakarta, bekerja.

“Situasi saat itu, orang tua Tya boleh untuk biayai kuliah, tapi Tya fikir peluang yang Tya buat saat itu mungkin akan meringankan keluarga. Perasaan lihat kawan-kawan yang udah wisuda rasanya wah keren ya. Tapi Tya happy dengan keputusan yang Tya buat saat itu dan sampailah berkahwin dan dah ada anak dua.

“Dan terfikir lagi, memang saat Tya udah kawin. Tya memang set utk one of my dreams, harus sambung belajar lagi, kuliah,” ujarnya yang berkongsi momen indah tersebut di laman sosial miliknya.

IKLAN

Sibuk Urus Bisnes & Keluarga Bukan Halangan Tya Arifin Genggam Ijazah. Wanita Memang Punya Keazaman Luar Biasa!

Pemilik syarikat Mutyara Beauty itu  mengambil keputusan untuk berbuat demikian pada tahun lalu.

“Tahun lalu, terus daftar kuliah join program APEL.Q ambil jurusan yang lebih relate Business Administration. Mengikuti semua assignment, presentation and all sambil dengan bekerja, mengurus anak dan lainnya.

IKLAN

“Hufttttttt doa pada ALLAH semoga lulus sampai wisuda this year. Itu aja. Dan finally! Alhamdulillah masya-ALLAH.

Sibuk Urus Bisnes & Keluarga Bukan Halangan Tya Arifin Genggam Ijazah. Wanita Memang Punya Keazaman Luar Biasa!

Kejayaan Tya turut dikongsi oleh suami tersayang, Asyraf Khalid di laman Instagram miliknya. Menurut anak kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini, kejayaan isteri tersayang banyak memebri inspirasi untuk wanita lain mengecapi kejayaan.

IKLAN

“Sepanjang perjalanan ini, Tya telah menunjukkan dedikasi yang teguh, ketekunan dan semangat sejati untuk pembelajaran. Usaha kerasnya telah membuahkan hasil, dan dia tidak hanya menamatkan ijazah, malah berjaya mendapat kepujian, menjadikannya pencapaian yang lebih luar biasa,” ujar Asyraf dipetik dari laman Instagram miliknya.

Sibuk Urus Bisnes & Keluarga Bukan Halangan Tya Arifin Genggam Ijazah. Wanita Memang Punya Keazaman Luar Biasa!

“Saya tidak sabar untuk menyaksikan perkara-perkara luar biasa yang menanti. Masa depan adalah luas, dan saya yakin bahawa kamu akan terus mencapai kejayaan dalam segala yang  dilakukan. Ingatlah, ini hanya permulaan perjalanan yang luar biasa, dan saya akan sentiasa berada di sisimu, memberi sokongan pada setiap langkah yang  diambil,” ungkap Asyraf buat isteri tersayang.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI