Ads

Tudung Terbelit Pada ‘Role Gate’ Kunci Air, Wanita 56 Tahun Meninggal Dunia di Lokasi

Tudung Terbelit
Tudung Terbelit

Hanya disebabkan tudung terbelit pada role gate kunci air, seorang kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) disahkan maut di Grand Sabak Hotel.

Tudung Terbelit Pada ‘Role Gate’ Kunci Air

Tudung Terbelit Pada 'Role Gate' Kunci Air, Wanita 56 Tahun Meninggal Dunia di Lokasi

​Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima laporan berhubung insiden berkenaan pada jam 3.35 petang sebelum mengerahkan lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam ke tempat kejadian.

Wanita 56 Tahun Meninggal Dunia du Lokasi

Tudung Terbelit Pada 'Role Gate' Kunci Air, Wanita 56 Tahun Meninggal Dunia di Lokasi

​Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar memaklumkan bahawa mangsa merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 56 tahun.

​“Komander Operasi yang tiba di lokasi melaporkan mangsa ditemui terbaring di atas pintu kunci air berkenaan.

Ads

​“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat tudung mangsa yang terbelit pada bahagian role gate.

Tudung Terbelit Pada 'Role Gate' Kunci Air, Wanita 56 Tahun Meninggal Dunia di Lokasi

Petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi,” katanya menerusi kenyataan rasmi hari ini.

Ads

Menurut suami arwah, Basar, “Menantu minta saya pergi tengok isteri. Dalam keadaan mamai dan kaki kebas, saya gagahkan juga ke lokasi kejadian dengan memandu kereta. Sebaik tiba, saya naik ke kunci air dan melihat isteri sudah ‘tiada’.”

Tambahnya, arwah yang sudah berkhidmat 21 tahun sebagai penjaga pintu air ada menyatakan hasrat untuk menunaikan haji dan hanya menunggu panggilan ke Tanah Suci.

Takdir Allah, wanita ini kembali kepada Pencipta dahulu sebelu dapat ke Tanah Suci. Semoga keluarga mangsa tabah hadapi ujian Allah dan reda dengan pemergian mangsa.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Salam takziah.

Gambar dan info: Info Kemalangan & Bencana Malaysia

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Suami Kepada Arwah

Luahan Suami Kepada Arwah Nahas Temerloh, “Ini Tamparan Hebat dan Titik...

Sebak mendengar luahan suami kepada arwah nahas Temerloh, Saifulnizam Sulaiman selepas apa yang berlaku. Bukan mudah untuk terima kehilangan insan tersayang buat selama-lamanya.