Ads

Pengorbanan Ibu Ayah OKU Jadi Inspirasi, Arifah Azhari Raih Anugerah Pengarah

Pengorbanan Ibu Ayah
Pengorbanan Ibu Ayah

Melihat pengorbanan ibu ayah OKU, seorang gadis, Arifah Azhari nekad untuk kejar impian dan memberikan sebuah kejayaan buat keluarga tersayang.

Pengorbanan Ibu Ayah OKU Jadi Inspirasi

Pengorbanan Ibu Ayah OKU Jadi Inspirasi, Arifah Azhari Raih Anugerah Pengarah

Tiada yang mustahil, graduan Diploma Kejuruteraan Awam PTSB, Arifah Azhari berjaya memperoleh CGPA 3.76 sekali gus meraih Anugerah Pengarah Konvokesyen 2026.

Arifah berusia 22 tahun turut menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Jabatan Kejuruteraan Awam atas pencapaian cemerlangnya.

Pencapaian luar biasa ini menjadi lebih bermakna apabila melihat perjalanan hidup serta sokongan padu keluarga yang sentiasa di belakangnya.

Anak kelima daripada sembilan beradik ini merupakan anak pasangan Azhari Zainol dan Che Asma Hamzah OKU pendengaran pertuturan.

Walaupun ibu bapanya OKU sejak lahir Arifah mengakui kasih sayang serta dorongan mereka tidak pernah kurang sedikit pun.

Ads

Arifah Azhari Raih Anugerah Pengarah

Pengorbanan Ibu Ayah OKU Jadi Inspirasi, Arifah Azhari Raih Anugerah Pengarah

Ibu dan bapanya sentiasa berpesan supaya belajar rajin-rajin agar menjadi insan yang berjaya pada masa akan datang.

Komunikasi di rumah sejak kecil menggunakan bahasa isyarat manakala urusan sekolah dibantu abang kakak serta ahli keluarga lain.

Perbezaan cara berkomunikasi tidak pernah menjadi batas sebaliknya menguatkan lagi ikatan mesra sembilan beradik bersama ibu bapa.

Ads

Bapanya bekerja keras sebagai pekerja pembersihan di Universiti Sains Malaysia USM demi menyara serta membesarkan sembilan orang anak.

Pengorbanan Ibu Ayah OKU Jadi Inspirasi, Arifah Azhari Raih Anugerah Pengarah

Di sebalik kekangan hidup ibu bapa tetap menitikberatkan pendidikan dan mengingatkan anak-anak supaya bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

Ads

Kejayaan ini lahir daripada doa pengorbanan keluarga serta sokongan guru pensyarah dan rakan-rakan yang tidak pernah henti.

Anda mungkin berminat dengan

Abang-abangnya pernah mengumpul duit membeli komputer riba yang diguna kakaknya sebelum diserahkan kepada Arifah untuk kegunaan pengajian.

Pengorbanan kecil itu menjadi pendorong utama Arifah untuk belajar bersungguh-sungguh demi membalas jasa ahli keluarga tersayang.

Masyarakat disarankan agar sentiasa menghargai pengorbanan ibu bapa serta menjadikan kekangan hidup sebagai pembakar semangat kejayaan.

Ternyata perbezaan komunikasi antara ibu ayah dan si anak tidak menjadi halangan untuk mencapai kejayaan dalam hidupnya. Teruslah terbang tinggi wahai si anak!

Sumber: Suara TV

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Rosmah

Rosmah Dapat Penangguhan Bersyarat Bayar RM67.5 juta Kepada Syarikat Barang Kemas...

Hari ini tular keputusan dari Mahkamah Tinggi tentang Datin Seri Rosmah Mansor dapat penangguhan pelaksanaan bersyarat bagi pembayaran RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas berpangkalan di Lubnan.