Rasa senangnya hati, bila pakaian siap dilipat dan elok tersusun di tempat masing-masing. Bahagian baju, kain, seluar dan sebagainya. Kiranya, kalau nak ambil pakaian itu, kena hati-hati sebab bimbang hilang bentuk susunannya.
Tidak dinafikan juga, setiap mak-mak ada cara tersendiri dalam melipat baju. Cuma, bila nak lipat itu bergantung kepada moodnya. Ada yang bila saja angkat dari ampaian terus dilipat baju. Tapi, ada juga yang boleh simpan sampai berminggu, hingga menimbun seperti bukit la jawabnya.
Malah, bukan saja lipat baju, ada banyak lagi jenis-jenis kain yang dibasuh dan perlu dilipat. Kalau yang kecil sampailah yang besar, kena elok tersusun mengikut bahagian masing-masing.
Masalahnya, kalau ada anak kecil, elok tersusunnya hanyalah seketika, bila datang anak ambil pakaian, habis terburai. Ini belum lagi bila minta anak tolong simpankan sendiri pakaian yang telah dilipat.
Sebenarnya, nak bagi elok tersusun pakaian ada caranya. Lebih-lebih lagi cara nak lipat cadar yang bergetah. Memang susah untuk betulkan dan nampak cantik. Kadang-kadang boleh tengok cadar yang dilipat nipis dan tak kurang yang tebal, belum lagi kedutan getah itu tak sama lipatannya.
Wanita ini berkongsi cara nak melipat cadar fitter supaya nampak elok dan tersusun. Tak nak bagi berselerak, masukkan sekali aarung bantalnya dalam lipatan tersebut. Adik beradik, apatah lagi mentua pun tersenyum, puas hati bila tengok elok tersusun.
“Boleh cuba cara ni untuk ambil hati ibu mentua. Jom belajar lipat cadar (fitted) cantik-cantik”.
Ikut cara ini.
1. Cadar ini adalah bersize King..
Ads
2. Mula-mula, temukan bucu ke bucu.
3. Seperti ini.
4. Kemudian, kemaskan bucu lagi satu juga.
5. Sampai jadi segiempat macam ni.
Ads
6. Ambil bahagian berkedut dan bahagian bergetah itu dan masukkan ke bahagian dalam cadar. Kemaskan.
7. Lipat bahagian bawah tu. Kalau cadar ‘single’ boleh skip part ni. Kalau cadar Queen, kecilkan sedikit lipatan ni. Step ini akan menentukan ‘lebar lipatan cadar’ bila siap nanti.
8. Lipat bahagian atas pula. Sampai jadi macam ini. Kemaskan.
Ads
9. Selepas itu, lipat lagi…
10. Bolehlah susun sarung bantal ke bahagian dalam lipatan cadar supaya sarung bantal kita ‘tak hilang’.
11. Siap! Ini cara lipatan cadar “fitted”. Boleh cuba. Insya Allah senang saja.
12. Contoh susunan dalam almari. Cadar ini ada size Queen dan juga Super Single.Apa yang penting, lebar lipatan cadar tu mesti sama besar supaya bila kita susun dalam almari, cadar kita elok saja dan tak tumbang.
MW: Boleh cuba cara ini, sebab biaa yang kita buat itu boleh ‘naik angin’ sebab asyik tak sama je. Mungkin sebab ada getah kat tepi kot.
Masalah yang biasa berlaku bila bercucuk tanam tentulah serangan serangga yang makan daun tanaman. Boleh ‘sakit hati’ dan geram pula. Ini pun bercucuk tanam dalam pasu di laman rumah.
Bagaimanalah kalau bercucuk tanam di kawasan ladang atau tempat yang luas. Mesti macam-macam masalah, bukan setakat serangga makan daun tanaman tapi boleh jadi tanaman terus tak menjadi.
Kalau nak hapuskan serangan serangga pada pokok tanaman dengan menggunakan racun serangga, bimbang masalah lain pula. Jika sudah pelbagai jenis ubat atau bahan untuk elak serangan serangga yang makan daun tak menjadi. Apa kata cuba saja bahan dapur ini.
Inilah yang dikongsikan oleh MD FS tentang semburan organik untuk tanaman yang dia hasilkan di rumah.
Serangga Makan Daun Tanaman, Guna Semburan Organik
Sekadar berkongsi ilmu yang saya cedok daripada orang-orang yang berpengalaman dan internet untuk penjagaan pokok-pokok dan saya sudah guna untuk tumbuhan yang saya tanam
Saya panggil sebagai Semburan Organik
Bahan-bahannya:
7 biji cili padi (tak kisah warna apa)
7 biji bawang putih (tak perlu buang kulit)
1 inci halia (tak perlu buang kulit)
500-700ml air
1 sudu besar minyak masak
Semua bahan ini blend sampai halus. Selepas itu, masukkan 1 sudu kecil sabun cuci pinggan dan goncangkan.
Masukan dalam botol dan simpan di tempat gelap semalaman.
Cara Guna: Ambil sikit pati organik dan masukan dalam botol spray dan tambahkan air (Pastikan ada bau). Selepas tu dah boleh sembur pada pokok hingga ke tanah.
Tapi…
Pastikan JANGAN sembur waktu PANAS, takut daun MELECUR.
Saya sembur awal pagi dan senja.
Inilah salah satu cara untuk saya kawal daripada serangga makan daun-daun pokok saya
Selamat mencuba
Mingguan Wanita : Ada banyak cara yang boleh kita gunakan untuk elak serangan serangga. Slah satunya cara ini, tak perlu risau sebab semua bahan yang digunakan adalah organik.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Buah Avocado memang banyak khasiatnya. Namun kalau beli, susah nak jumpa yang dah masak ranum, biasanya mesti masih muda dan isinya keras.Kalau salah cara peram, buahnya jadi busuk dan rosak pula. Sayang sungguh, buah ni dah lah agak mahal.
Rupa ada cara tersendiri untuk peram buah avocado ni. Barulah buahnya masak ranum, lembut dan cantik elok isinya.
Boleh ikut petua peram buah avocado yang dikongsikan oleh Puan Ummu Aiman ini.
“Buat yang tertanya macamana cara saya peram buah avocado. Saya kongsi disini ya.”
“Sebelum ni selalu jumpa buah avocado yang keras-keras.Jarang jumpa yang masak ranum.Kalau jumpa pun buruk selalunya.Pernah balik cuba peram sendiri.Biar ja di atas meja tanpa buat apa-apa. Dalam 4, 5 hari lepas tu buah memang masak.Tapi semua buruk, tak dapat makan langsung.”
“Dapat petua ni, saya cuba buat dan alhamdulillah semua masak ranum dan buah pun elok semuanya. Cantik aja warnanya.”
Cara-Caranya:
1. Potong, buang bahagian tangkai dia macamtu. Buang nipis ja ya. Jangan banyak sangat.
2. Balut bahagian yang dah dihiris tu dengan sehelai tisu. Kemudian salotepkan kemas-kemas.
3. Simpan di tempat gelap.Dalam 2 – 3 hari dah lembut dan boleh makan. Ni saya peram dah 3 hari.Alhamdulillah hari kedua dah boleh makan dah.
Info Ekstra!
Buah ni agak tawar-tawar lemak. Saya tak suka makan saja. Saya suka buat jus.Susu segar+avocado+kurma+badam. Nak letak madu sikit pun boleh.
Kena pastikan buah dah masak baru sesuai buat jus.Kalau tak, tak sedap.
Dulu saya tak suka. Tapi bila fikir khasiat dia sangat banyak, jadi cuba cari resepi yang kena dengan tekak.Buah ni kan sangat baik untuk elak penyakit jantung dan rendahkan kolestrol jahat.
MW: Begini rupanya cara nak peram buah avocado. Barulah buahnya masak ranum, warna cantik dan elok lembut. Sesuai dibuat jus, dicampur dalam salad atau dimakan begitu sahaja.Malah banyak khasiatnya.
Rupanya campuran air basuhan beras dan roti boleh menghasilkan Mol Roti yang sangat bagus untuk menyuburkan tanaman. Namun Mol Roti ini hanya sesuai untuk 4 jenis pokok yang tahan lasak iaitu Pokok Kari, Kunyit, Pandan dan Serai. Ia menjadikan pokok lebih ‘gemuk’ sihat dan tahan lasak.
Ikut cara membuat MOL ROTI seperti yang dikongsikan oleh Puan Liyana Mohd Poad ini sebagai panduan;
KEGUNAAN MOL ROTI
Pagi ini saya tunjukkan apa yg saya gunakan utk pokok kunyit, pokok serai dan pokok pandan supaya gemuk, sihat dan tahan kepada penyakit.
Cara Membuat:
Ini ialah air basuhan beras yang telah diperam semalaman.Selepas tempoh itu, masukkan dua keping roti kosong gardenia atau brand apa pun boleh. Carik carikkan sebelum masukkan ke dalam botol ini.Letakkan di bawah sinki untuk tempoh seminggu.Longgarkan sedikit penutupnya.Jangan ketat sangat.
Selepas seminggu, goncang botol ni.Hasilnya roti akan hancur. Kemudian, boleh terus siramkan pada pokok kunyit, pokok pandan, pokok kari dan pokok serai.Tidak boleh digunakan untuk pokok pokok yang lain. Hanya 4 pokok ini sahaja atau pokok lain yang tahan lasak. Untuk pokok yang kurang daya tahan akan menyababkan buruk pada akar.
Untuk gunakannya, nisbahnya ialah 1:1 iaitu secawan mol roti + secawan air biasa dan siramkan pada pangkal pokok.Buat seminggu sekali.
U/P:Bila dah guna mol roti ni,jangan disimpan lebihannya.Guna sampai habis.
Pokok kunyit berusia tiga bulan. Full cahaya. Saya hnya guna mol roti dan tinja kambing. Saya guna tanah organik+ cocopeat.Untuk pokok kunyit, pastikan dapat cahaya penuh dan air yang mencukupi.
Baru berusia sebulan setengah. Sudah 6 kali disiram dengan mol roti.Full cahaya.
Ini first time saya tanam pokok pandan.Asalnya daripada anak pokok yang hanya ada 5/6 helai daun. Sekarang dah membiak dengan banyak.Ada dalam sebulan setengah usianya.Full cahaya.
Serai yang baru dua bulan ditanam.Juga guna mol roti.
Mingguan Wanita: Menarik juga buat MOL ROTI ni di rumah. Daripada air beras terbuang begitu sahaja, mahupun roti yang dah tamat tempoh tak habis makan, boleh buat MOL Roti untuk tanaman. Elok pokok-pokok gemuk, segar, sihat tanpa penyakit.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...