Setiap hari, mak-mak mesti memasak untuk keluarga terutamanya masak nasi dah menjadi rutin harian kan!. Biasanya, semasa membasuh beras, air basuhan itu dibuang terus ke sinki. Malah, rasa tiada apa-apa kepentingan.
Walau bagaimanapun, bagi mak-mak yang tahu, air basuhan beras bukan hanya dikatakan untuk petua kecantikan tetapi ia turut bermanfaat pada pokok yang mak-mak tanam.
Cara yang paling mudah dan murah untuk elakkan serangan serangga terutamanya pada daun cili.
6. Inilah hasilnya, dari pokok cili kecil sampai lah besar saya spray dengan air basuhan beras. Daun cili cantik dan serangan serangga pun kurang. Kena buat selalu baru menjadi.
MW: Sebenarnya, ada macam-macam cara dan petua yng boleh dikongsi untuk pastikan pokok yang kita tanam sentiasa subur dan sihat. Ini salah satunya. Selamat mencuba!
Agak-agak dalam sebulan berapa banyak kita menabung duit daripada gaji yang kita dapat itu. Mungkin bagi yang pandai menyimpan, tak kisah sedikit pun tetap simpan, bila tengok hujung tahun, macam-macam boleh buat dengan duit simpanan itu.
Nak menabung duit ini kena ‘kuat’ dan ketepikan siap-siap supaya tak adalah tersalah pakai. Dengan duit simpan yang kita keteikan ini, bolehlah digunakan untuk waktu-waktu terdesak.
Mungkin ada juga antara kita menabung duit ini untuk pelaburan masa akan datang. Nampak saja sedikit, lama-lama akan banyak jadinya. Paling penting bila menyiumpan itu, jangan sesekali nak keluarkan.
Ada berpendapat, gaji sedikit menyebabkan tak ukup untuk kita menabung duit setiap bulan. Jangan takut, pakar ini ada cara untuk tentukan cara kita nak menyimpan duit. Boleh ikuti cara yang Dr. Azizul Azli Ahmad ini cadangkan.
Katanya, gaji banyak mana sekalipun, tidak akan cukup selagi kita tak menabung dan menyimpan, kita tak akan ke mana-mana. Jadi, kekalkan buat simpanan selagi kita masih ada kerja dan gaji.
“Bang, saya kalau menabung mesti akan habis bang.
Duit banyak sikit mesti nafsu kuda belang datang”
“Belajar simpan tempat susah keluar la..”
“Susah macam mana pun saya akan korek juga bang”
“Pernah menabung emas?”
“Belum bang”
“Belajar simpan emas tiap bulan, tiap kali gaji kau
simpan 1 dinar, 1 gram, 1 kilo baru lah senang”
“Baik saya cuba bang.
Kawan kawan,
Asas bila dapat gaji bukan melabur, tetapi menyimpan. Bila dah cukup SIMPANAN baru MELABUR.
MW: Kalau menyimpan duit, jangan sesekali cuba nak ‘tarik’ kononnya bulan depan harapan, bulan akan datang dapat simpan lebih. Rasanya, bila dah ‘bocor’, memang akan bocorlah juga tiap-tiap bulan.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Di Malaysia, sebut sahaja Ar-Rahnu, mesti mak-mak akan ingatkan tentang simpanan barang kemas di situ. Tak perlu lagi nak ke pajak gadai semata-mata untuk menjualnya. Paling penting, boleh pajakkan emas dan mudah untuk tebus di kemudian hari.
Perkongsian daripada Faraszuiana Yazid ini boleh dijadikan rujukan untuk mak-mak di luar sana, cara untuk simpanan barang kemas di Ar-Rahnu. Malah, katanya tip ini untuk mak-mak yang ada barangan kemas kecil tapi mahukan dapatkan barang kemas yang lebih berat.
Bunga Kantan antara bahan yang diperlukan bagi menambah aroma mahupun menyedapkan lagi masakan seperti kuah laksa, asam pedas dan sebagainya. Jimat banyak kalau ada tanam pokok bunga kantan sendiri ni di rumah. Sebab harga sebatang bunga kantan di kedai mahupun pasar boleh tahan mahal juga harganya.
Pokok kantan atau biasanya lebih dikenali bunga kantan oleh masyarakat Malaysia dan bunga kecombrang dari Indonesia, yang sering digunakan dalam masakan juadah Malaysia seperti Assam laksa, Assam pedas, Kerabu dan sebagainya.
Bunganya yang cantik berwarna kemerah jambuan ini adalah satu satunya kategori bunga yang boleh dimakan selain dari bunga kobis kerana aroma dan rasanya sangat menyelerakan dan melengkapkan lagi resepi masakan. Harganya boleh mencecah sehingga Rm3-Rm8 sekuntum pada musim perayaan, Rm1-Rm2 di waktu biasa.
Bunga kantan ini bermula dari rhizome seperti gambar di bawah yang diambil dari rumpunan pokok kantan.Cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.
Rhizome ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga. Pengambilan rhizome dari pokok yang kurang matang tidak digalakan kerana tumbesaran pokok tidak memberansangkan.
Rhizome yang telah di cantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Sebaik baik nya pokok ditanam berhampiran dengan tali air.
Rhizome yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru.
Selepas 2-3 minggu, rhizome akan mengeluarkan anak yang baru.
Untuk tempoh minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok.
Ibu rhizome (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak.
Dalam tempoh 4-6 bulan. Pokok kantan akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok.Kalau banyak sangat anak pokok, kena buang sikit untuk pengudaraan.
Apabila pokok sudah berusia 1 tahun. Ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan (P) untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar.
Dalam tempoh 2 tahun. Pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki. Waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk menggalakkan pengeluaran bunganya.
Batang muda ini adalah rupa awal bunga kantan. Berbeza dengan anak pokok batang kantan yang lebih tajam dan gelap. Bunga kantan akan tumbuh dicelahan batang pokok kantan.
Pucuk muda pokok kantan yang lebih tajam dan gelap.
Satu batang pokok kantan matang boleh mengasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok.
Apabila sudah hari ke 4-7 hari. Bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Bunga boleh dituai 4-5 hari sekali.
Bunga yang sudah mengembang ini tidak sesuai untuk dijual. biarkan dia jadi hiasan atau dijadikan buah kantan.
Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak. Hanya perlu berwaspada pada serang kulat dalam tanah.
Batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong dari pangkalnya untuk menggalakan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik. Batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya. Daun daun kering boleh digunakan untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.
jumlah rumpun pokok(R) x jumlah kuntum (K) x harga semasa (RM) x jumlah tuaian sebulan (T)
contoh.
100R x 3K x 1RM x 7T = Rm2100
500R x 3k x 0.5RM x 7T = Rm5250
800R x 3k x 0.8RM x 7T = Rm13’440
Apapun, kita merancang tapi sebaik baiknya perancangan Allah Lebih baik. Untuk tempoh 4 tahun ini saya mengadaptasikan hidup ini kearah pertanian pokok kantan. Sememangnya satu tempoh yang lama untuk menunggu. Apa yang penting adalah APA YANG KITA MULAKAN. Pasti akan ada hasil untuk orang yang berusaha. Saya Saqdam Zaim Arffain. Peladang pokok kantan.
MW: Memang berbaloi tanam pokok bungan kantan ni di rumah. Selain guna untuk diri sendiri, boleh juga dijual dijadikan pendapatan sampingan. Ikut panduan yang dikongsikan ini.
Nak cerita pasal curang, memang tidak akan ada penamatnya. Baik lelaki atau perempuan, masing-masing bijak buat hal diam-diam tanpa memikirkan kesannya.