khasiat kunyit rahsia ibu kunyit

Khasiat kunyit dah ramai yang mak dalam pantang sedia maklum. Antaranya mengecutkan rahim, melancarkan peredaran darah malah membangkitkan seri wajah. Mak bersalin akan jadikan minuman atau ulam dalam makanan pantang. Perasan tak ada satu benda penting yang selalu bidan pesan. Bila nak buat air rebusan tu gunalah ibu kunyit. Kenapa agaknya ibu kunyit? Apa rahsia ibu kunyit?

Haa.. MW hubungi Pengasas Jamu, SuzyHoney Herbs, Puan Suzima Hazish untuk berkongsi rahsia ibu kunyit.

Khasiat Kunyit Ramai Dah Tahu, Tapi Rahsia Ibu Kunyit Ini Mak Dalam Pantang Kadang Terlepas Pandang

Ibu Kunyit Sangat Powerful

Sebagaimana kita tahu perkataan ‘ibu’ itu sendiri memberi makna yang ianya sangat ‘powerful’. Ketika nak tanam kunyit, kita akan tanam dari rizom kunyit cukup matang atau tua. Iaitu dalam anggaran saiz 4cm.”

Dari situlah terjadinya ibu kunyit. Apabila rizom tadi telah bercambah dan membesar. Ibu kunyit ini akan dikelilingi oleh cabang-cabang isi kunyit yang yang saiznya lebih kecil.”

Ketika mahu mengambil ibu kunyit, sebaiknya cabut sekali dengan batangnya.”

Menurutnya lagi, ibu kunyit ini didapati mempunyai khasiat dan manfaat yang tersendiri iaitu lebih baik daripada cabang isi kunyit yang tumbuh mengelilinginya.

Dalam perbidanan Melayu, disarankan pengambilan ibu kunyit kerana khasiatnya terbukti sangat berkesan mengecutkan rahim selepas bersalin dan mencuci darah kotor keluar.

Sebab itu, ibu kunyit ini dikenali sebagai ‘Pembersih Dalaman Wanita’ dan mencantikkan kulit. Petua ini dah digunakan secara turun menutun dari zaman nenek moyang lagi.”

Yang mana, ibu dalam pantang akan mengambil ibu kunyit untuk dibuat air rebusan atau pun ulam.”

Nak tahu dengan jelas ibu kunyit dengan cabang isi kunyit tadi, lihat pada perbezaan warna dan saiznya. Warna ibu kunyit lebih kuning gelap dan saiznya tentulah lebih besar dari saiz cabang isi kunyit.

Bila Dah Tahu Rahsia Ibu Kunyit, Cuba Air Rebusan Segarkan Badan Ni

Khasiat Kunyit Ramai Dah Tahu, Tapi Rahsia Ibu Kunyit Ini Mak Dalam Pantang Kadang Terlepas Pandang

Bahan-bahan

Sedikit ibu kunyit sebesar ibu jari
Halia Bentong sebesar ibu jari
1 gelas air
3 sudu gula kabung
Sedikit limau

Caranya

1. Kisar ibu kunyit dan halia Bentong dengan segelas air dan tapis.
2. Kemudian rebus dan tambahkan 1 gelas air dengan 3 sudu gula kabung.
3. Biarkan mendidih.
4. Tapis dan perahkan limau.
5. Sedia untuk diminum

Khasiat Air Rebusan Ibu Kunyit, Halia Bentong

√     Untuk kesegaran badan / mantop.
√     Melancarkan peredaran darah.
√     Minumna ini elok diambil sebelum haid. Boleh juga ketika haid tapi jumlahnya sedikit saja.
√     Amalkan sebulan sekali atau dua kali.

Sumber/Foto : Suzy Honey – Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI