Ads

Pemandu Riba Kekasih Dalam Bas Ekspres Di Penjara 12 Bulan & Denda RM5000

pemandu
Pemandu riba kekasih dalam bas dipenjara 12 bulan, mengaku salah pandu secara berbahaya. Tindakan seorang pemandu, Arif Fahmi Abd Salam, 36 yang meriba kekasihnya, Nur Adila Najwa Ilham Ameerrullah, 21 di dalam bas ekspres minggu lalu yang mana aksi berpelukan mereka tular di media sosial mengundang padah apabila dipenjara 12 bulan atas kesalahan memandu secara berbahaya di jalan raya.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas Arif Fahmi dan enam bulan ke atas Nur Adila Najwa Ilham Ameerrullah yang  mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Riba kekasih dan bergaduh dengan penumpang

Pemandu Riba Kekasih Dalam Bas Ekspres Di Penjara 12 Bulan & Denda RM5000
Pemandu riba kekasih. Arif Fahmi di penjara 12 bulan dan denda RM5000  akibat meriba kekasihnya dalam bas. Dalam pada itu, kekasihnya Nur Adila Najwa Ilham Ameerrullah dijatuhi hukuman penjara 6 bulan kerana berada di tempat duduk pemandu ekspres.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama sebagai pemandu bas Sri Maju Ekspress dengan nombor pendaftaran APE 9588 telah memandu kenderaan tersebut dengan cara yang merbahaya kepada orang awam.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 7.30 petang di susur keluar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bemban, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dalam daerah ini pada 12 April 2026 yang mana video keduanya bermesraan tular di media sosial selepas ditangkap layar oleh penumpang yang risaukan nyawa masing-masing.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Ads

Di kamar mahkamah yang sama, Nur Adila turut didakwa dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina seorang penumpang wanita berusia 44 tahun uang menegur perbuatan tidak bermoralnya itu, iaitu duduk di riba kekasihnya dan tangannya dilihat memegang stereng.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.

Pemandu Riba Kekasih Dalam Bas Ekspres Di Penjara 12 Bulan & Denda RM5000
Tindakan meriba kekasih yang boleh membahayakan nyawa penumpang akhirnya membawa padah buat pasangan ini

Memetik laporan Kosmo Online, tertuduh Arif Fahmi merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan dia kini hilang sumber pendapatan susulan telah dibuang kerja oleh pihak syarikat dan masih perlu memberikan kerjasama dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kes sama.

Ads

Tambahnya lagi, kejadian itu adalah kesalahan pertama mereka dan sedar ia memberi impak yang merugikan diri sendiri.

Sementara itu, Nur Adila pula merayu dia ingin melanjutkan pengajian dan telah berhijrah dari Kedah ke Kuala Lumpur kerana ingin mencari wang bagi tujuan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Mohd. Asri Abd. Rahman Sidik dan Syazwani Mohamad Yusri bagaimanapun memohon agar hukuman berat diberikan dengan faktor pemberat peruntukkan hukuman di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 iaitu penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM15,000 telah mencerminkan keseriusan kes.

Ads

Hujahnya lagi, tertuduh juga mencetuskan kegusaran orang awam berkaitan keselamatan menggunakan pengangkutan bas, selain tindakan mempertaruhkan 27 nyawa penumpang dengan aksi berbahaya berkenaan sama sekali tidak boleh diterima.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan denda RM5,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar terhadap Arif, manakala Nur Adila dipenjara enam bulan dan juga denda RM5,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar. Kesemua hukuman itu berjalan dari tarikh sabitan.

Mazana turut memerintahkan lesen memandu kedua-dua tertuduh digantung selama lima tahun.

Nur Adila turut dikenakan denda RM100 atau 14 hari penjara jika gagal bayar bagi Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

sheila rusly

Sheila Rusly Terkejut Jiran Depan Rumah Perompak, 12 Tahun Duduk Gated...

Sheila Rusly terkejut apabila jiran depan rumah rupanya perompak walaupun tinggal di kawasan gated & guarded selama 12 tahun. Ini kisah yang membuka mata.