Jus kunyit ini sememangnya kaya dengan khasiat. Tapi, macam mana nak pastikan kunyit yang diolah menjadi air rebusan itu kekal khasiatnya.
Dr Suri Roowi, Saintis Prinsipal berkongsi teknik sebenar menyediakan jus kunyit (tumeric) atau biasa mak-mak sebut air rebusan kunyit. Beliau juga memberikan panduan cara betul meminum jus kunyit. Dan apakah cara terbaik untuk anda minum jus kunyit ketika sedang mengambil ubat-ubatan moden.
TEKNIK SEBENAR SEDIAKAN JUS KUNYIT (Turmeric)
1. Kunyit sebaiknya di ‘blend’, dimasak atas dapur sebelum diminum.
2. Kajian menunjukkan memasak kunyit yang di’blend’ dalam masa singkat (kurang 10 minit) dapat tingkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan dan lebih mudah di serap ke dalam darah.
3. Merebus kunyit lama (lebih 15 minit) akan kurangkan khasiat kunyit sehingga 50%. Memanggang akan turunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng @ menumis akan kurangkan khasiatnya sehingga 98%
Ads
4. Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak @ rebus BERSAMA sedikit ASAM JAWA.
5. Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (suka pada minyak) jadi, untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama susu atau sedikit minyak zaitun. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.
6. Meminum jus kunyit BERSAMA secubit serbuk LADA HITAM juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat tingkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%.
KHASIAT & ‘REMINDER’ TENTANG KUNYIT
Ads
Kajian yang dilakukan oleh Saintis China pada tahun 2015 juga mendapati gabungan kunyit dengan lada hitam dapat tingkatkan penyerapan bahan khasiat kunyit dengan ketara
Selain itu, gabungan kunyit dengan lada hitam dapat elakkan pembesaran batu hempedu dan dapat turunkan lemak dan kolesterol darah.
Kajian oleh Saintis Italy pada 2019 pula mendapati kunyit hidup boleh membantu masalah kulit seperti radang, psoriasis, atopik dermatitis, penjagaan luka, kanser kulit dan jangkitan kuman. Caranya adalah dengan mem`blend’ dan disapu atas kulit.
ADAKAH PENGAMBILAN JUS KUNYIT BAIK UNTUK KESIHATAN?
1. Kajian ke atas 121 individu menunjukkan pemberian 4 g kunyit selama beberapa hari kurangkan risiko serangan jantung sehingga 65%. 2. Kajian lain menunjukkan pemberian 4 g kunyit selama 30 hari kepada 44 lelaki mengurangkan risiko kanser usus sehingga 40% 3. Kajian menunjukkan kunyit bertindak sebagai anti-radang yang kuat dan dapat membantu mengatasi arthritis. 4. Kajian TERKINI yang dilakukan Saintis pada tahun 2020 di University of Houston, USA mendapati kunyit boleh bantu MEMPERBAIKI penyakit buah pinggang pada kedua-dua model tikus nefritis akiut atau kronik (dengan menurunkan ‘proteinuria’, ‘blood urea nitrogen’, ‘glomerulonephritis’, ‘crescent formation’ ‘tubule-interstitial disease’ dan renal infiltration by lymphocytes.
BOLEHKAH KITA MEMINUM JUS KUNYIT BERSAMA UBATAN MODEN @ MEMINUMNYA PADA KADAR TINGGI?
1. Elakkan pengambilan jus kunyit bersama ubat-ubatan moden dan suplemen cair darah, suplemen antiplatelet dan ubat antikencing manis. 2. Penggambilan jus kunyit semata (100% kunyit) yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana kunyit tinggi bahan oksalat, bahan ini dapat mengikat kalsium dan membentuk kalsium oksalat (batu karang) dalam ginjal atau pundi kencing. 3. Untuk kurangkan risiko bentuk batu karang, sebaiknya minum susu selepas minum jus kunyit.
Selamat mencuba dan dapatkan nasihat Dr anda
Mohon jasa baik anda agar tidak iklankan produk kunyit anda di sini.
Nak pokok berbuah lebat, tentu pelbagai cara dan petua yang dicuba oleh mak-mak. Maklum saja, ada pokok yang dah merimbun tapi hasilnya tak nampak pun.
Pokok mangga, salah satu pokok yang dianggap kerap membuahkan hasil. Tapi tak kurang juga pokoknya tidaklah berbuah lebat pun. Kalu ada pun mungkin bila sudah dikupas berulat pula.
Ada sesetengah pokok mangga bila berbuah memang mempunyai ulat, tak tahu apa punca dan sebabnya.
Berlainan dengan cara yang dilakukan oleh Kak Chah dalam facebooknya. Pokok mangga berbuah lebat hasil daripada petua yang diberikan oleh anaknya. Ikuti apa yang dikatakan ini. Moga mak-mak boleh gunakan cara yang dilakukan oleh Kak Chah.
Ini mangga tepi rumah. Berbuah lebat dan merimbun sampaikan tak boleh nak tanggung oleh dahan. Bila patah dah besar itu, berbagi-bagilah pada jiran tetangga dan selebihnya boleh buat kerabu mangga.
Ramai juga yang tanya baja apa yang digunakan. Sebenarnya, tak ada pun baja specifik yang digunakan. Cuma anak bagi tip yang dia terbaca pada satu artikel dari barat.
“Mereka akan gali lubang sekitar pokok dan buangkan minyak masak terpakai. Jadi, saya cuba dan tuangkan minyak yang sudah tidak guna seperti baki goreng ikan bilis, hati ayam dan sebagainya dalam sekitar 2-3 kaki dari batang pokok.
“Alhamdulillah, buah kali ini sangat lebat pada setiap tangkai dan manis. Cuma, kali ini buahnya berbuah pada setiap dahan dan bukan pada semua pokok. Ada yang sudah masak, muda, putik buah dan baru nak keluarkan bunga.
Tabur Garam, Elak Buah Berulat
Bagi yang bertanya tentnag buah mangga berulat dari dalam. Dahulu, memang buah mangga akan jadi seperti ini. Daripada tip yang diberikan oleh orang, taburkan garam kasar di sekeliling, antara 2-3 kaki dari batang pokok.
Mingguan Wanita : Bagi yang ada pokok mangga bolehlah cuba cara ini. Moga ia bermanfaat.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Macam-macam resipi mudah yang mak-mak boleh buat untuk gembirakan hati anak-anak.Terutamanya anak-anak yang suka makan coklat. Salah satunya resipi ‘Choco Jar’ viral yang dikongsikan oleh Puan Syarifah Wafa Syed Munir ini.
Bukan apa jika nak beli, boleh tahan juga harganya.Lebih baik buat sendiri, lebih jimat dan puas hati. Malah nak buat jual pun boleh sangat.
Berikut perkongsian resipi wanita ini sebagai panduan;
“Siapa cakap buat resepi yang mahal ni susah.Senang dan sangat jimat kalau buat sendiri.”
Bahan-Bahan:
250g bubble rice
3bungkus coklat(saiz besar)
1/2 cawan minyak masak
Bekas plastik
Cara Membuat:
1.Bubble rice saya masuk oven suhu 160c dalam 10 minit.Dah sejuk masuk bekas.
2.Saya guna coklat cadbury.Kalau nak buat choco jar ni kita double boil coklat,minyak tu kita suamkan lepas tu curah dalam coklat.Fungsi minyak supaya coklat tak keras.
3.Dah agak mencair masuk 1/2 cawan minyak masak yang suam-suam dan kacau sebati.
4.Coklat dan minyak dah bersatu tunggu sejuk.Itu toping nak tabur-tabur.Atas tu saya tabur serbuk oreo.
Jadi buat mak-mak yang suka makan coklat atau nak buatkan untuk anak-anak boleh cuba resipi Choco Jar yang dikongsikan ini. Mudah sangat hanya perlu 3 bahan je.
Mak-mak mesti dah cuba pelbagai produk untuk pastikan rumah sentiasa wangi. Tambahan, kalau dah lepas masak, baunya satu rumah, melekat pula bau kat langsir, sementelah bau pakaian yang kita masak.
Kadang-kadang pewangi yang beli kat pasaran tak tahan lama dan wanginya hanya sekejap saja. Kali ini, Dato Alha Alfa sendiri kongsi cara nak buat semburan bagi rumah sentiasa wangi dan tahan lama.
Ini cara Dato Alha Alfa ajar untuk buat rumah sentiasa wangi macam ada perfume.
Bahan:
Baking soda – 2 sudu Ajax Fabuloso– 2 penutup – Keguanaan lain juga untuk cuci dan bersihkan minyak serta kotoran. Downy Premium Parfum – 2 bekas penutup (ikut pilihan citarasa)
Cuka – 2 bekas penutup(ini untuk buang buih dan tak ada licin bila gunakan)
2 cawan air panas untuk larutkan bahan
Caranya:
Satukan semua bahan di atas.
Masukkan ke dalam bekas.
Spray pada tempat yang dikehendaki. Boleh bersihkan minyak-minyak, lantai dapur, meja, langsir atau sofa. Sangat wangi, segar dan tahan lama.
Mingguan Wanita : Boleh cuba, katanya bau-bau ‘kepam’ yang melekat kat langsir dan sofa pun boleh hilang.
Warga emas tegur remaja main motosikal maut dipukul besi cota. Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun maut selepas dipercayai dipukul dengan sebatang besi cota dalam kejadian di Kampung Buluh, Gual Ipoh pada petang Khamis.